Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Kembara Tanah Suci 2014 - Part 1

Assalammualaikum dan sempat lagi kalau nak ucap salam Aidilfitri.

Baru sempat nak update. Aku tulis seringkas dan selengkap yg boleh. Bagi yg merancang, insyaAllah semoga perkongsian ini boleh beri sikit sebanyak gambaran awal untuk korang disana.

Kembara Tanah Suci 2014 - Part 1
Kembara Tanah Suci 2014 - Part 2

Hari 1

Kami gerak dari Chenor dalam 4.30pg, sempat sarapan di area Leha Kelfood (lupa kedai apa nama) dan subuh di Masjid Taman Melawati. Sampai di airport dlm 9.30pg dan dijadualkan berkumpul untuk taklimat pukul 10.30pg. Penerbangan 12tghari. Nasib flight dah mmg charted dan kerana jemaah ramai, boarding pukul 12.45ptg dan depart jadi pukul 1.45ptg kalau xsilap. 

Kitorang 1 family ber-7 semua. Emy & Aizat xde dalam pic
Dalam flight ada 2 group majoriti jemaah dari Andalusia dan Tiram. Jemaah Andalusia terus berihram sbb diorg masuk Mekah dulu, kami ke Madinah dulu. Alhamdulillah kami selamat sampai di Terminal King Abdul Aziz dekat2 nak magrib. Arrival terminal kami dekat terminal haji, jadi mmg beruntung sebab x ramai dan x sesibuk terminal commercial lagi 1 cuma bila azan kaunter immigresen semua xde org, semua gi solat jadi dari menunggu je lebih baik kitorg solat sekali. Urusan luggage pun semua mudah sebab terminal ni mmg xramai org guna. Hanya padat bile musim haji. Habis kutip luggage, cuma tggu group lelaki. Sebab kaunter separated by gender. Saudi kan, so mmg ada khas kaunter laki dan perempuan. Kaunter laki semua line sistem error. Mmg semua kene tunggu la jawabnya.

Kalau bukan musim haji memang lengang terminal haji
Aku, kandar, abah karim, emy dan aizat mmg xtukar langsung duit riyal kat Malaysia. Dalam wallet cuma ada dalam 50riyal sbb wan dan aki bg aku balance diorg balik umrah bulan sblm kitorg. Jadi banker kami mmg izwan dan mawar la jawabnya utk beli jajan2 hahahaahahahaha. *Ok tips 1, better tukar duit riyal di Madinah. Lagi murah compare Malaysia. Bila semua dah ada, masing2 gerak ke bas. Bas tagging ikut no group. Kitorg group 1. Masuk bas semua dpt meal pack utk makan malam. Makan2 pastu keletihan semua tidur sebab perjalanan dalam 5-6jam lagi. Dalam pukul 11macam tu bas berhenti lebih kurang dekat R &R dia. Aku dan kandar turun gi beli air mineral dan jajan2. Banker ade kan hehehe. Jgn risau, cashier situ pandai jugak sikit2 bahasa kita. Alaaa nampak sgt muke melayu semuanya. Tapi kalau nak bg diorg konon2 impress kat kita, boleh la guna bahasa arab sket. So bile nak bayar sebut je 'kam riyal?' atau 'kam haza?' Maksudnya berapa harga. Siap2 g toilet dan budak2 laki berasap, naik bas sambung lelap. 

Hari 2

Kitorg sampai dan masuk kota Madinah lebih kurang 1pagi. Turun bas terus semua mata jadi segar sbb nampak masjid nabawi yang cahaya terang benderang. Haji Yusuf mutawif group kitorang ckp, xpayah la tidur dah. Ambik kunci, naik bilik bersihkan badan boleh masuk masjid dah sbb azan pertama masjid nabawi dlm pukul 3.30. Jadi org2 laki boleh guna masa yg ada sblm azan utk masuk Raudhah. X sesak sgt masa tu. Tapi perempuan xboleh. Masa kitorg pergi, ada masa2 khas je utk kaum wanita masuk Raudhah. Oh, hanya di Madinah je yang ada 2x azan subuh. Azan pertama utk kejut org bangun tidur.

Hotel kitorang betul2 pintu belakang Masjid nabawi
Lepas solat subuh balik hotel sarapan pastu masuk bilik berehat terus masing2 sbb penat. Semalam lebih 24jam kurang tidur. Jadi nak recharge tenaga sket. Lepas zohor kitorg baru gi money changer pastu lunch dan jalan2 cuci mata kawasan Bin Daud cuci2 mata dulu. Lepas asar aktiviti bebas. Ade lebih kurang 3 family termasuk kitorg ikut Hj.Yusuf pergi ala2 tour masjid nabawi pastu ke pasar Kurma di Madinah. *Ok tips 2, kurma & kekacang beli kat madinah lebih murah.



Hj tgh cerita sejarah mayat atas kubah kawasan makan Rasulullah

Kubah hijau maknanya kawasan makam Nabi Muhammad, kalau kubah silver tu, kawasan Raudhah. Nampak x atas kubah hijau tu, kalau x silap zaman Saidina Abu Bakar rasanya (kalau silap tlg betulkan), ada orang nak curi mayat Rasulullah, tapi Allah x izinkan lalu Allah panahkan dgn petir sampai terbakar mayat itu. Allah perintahkan jgn alihkan mayat itu, supaya biar jadi pengajaran. Disebabkan kena hujan panas, kain kafan yang tutup mayat tu pun reput, jadi Abu Bakar arahkan supaya disimenkan. Kalau dari dalam, dari kawasan makam Rasulullah, boleh nampak 1 spotlight kecil pancarkan ke atas, ke arah mayat tu yang mana boleh nampak dia tengah peluk salah 1 besi bumbung.

Kubah silver belah sana kawasan Raudhah


Lepas solat isyak hari ke2, aku, k.mawar dan emy plan nak masuk Raudhah esoknya.Tapi nyata perancangan Allah itu lagi maha hebat

sambung Part 2


Double i
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers