Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Mr.Treller yang hampeh

09/12/2010, khamis 7.50a.m

wah..wah..pagi yang agak geram hari ni... yela macam mana aku tak geram dan emo melampau batas, dah la aku lambat tahap gaban, boleh plak die main2 ngan aku.


Apesal IZZATI ISKANDAR ter'emosional' pagi khamis yang mulia ini?
a) terlambat
b) bergaduh
c) terlapar
d) tiada satu pun di atas

*teeeeet.. jawapan nya semestinya lah D for Dodol

Memang tak de satu pun di atas sebab ni kan kisah Mr.Treller yang hampes..so mestilah berkaitan treller.Treller yang panjang nak mampus tu menyebabkan keceriaan pagi khamis ku ini tercalar..hahaha
Al-kisah nya macam ni, aku keluar dari Chenor, Maran, Pahang jam 7.28 a.m untuk ke tempat kerje ku di Bandar Pusat Jengka yang mana jaraknya lebih kurang 25km. Tengok2, plak minyak dah E, ceh, terpakse la singgah sebentar di petronas Kg.Awah. Adushhh, terlewat la lagi...

Dengan berhemahnya aku pon teruskan pemanduan aku menaiki Lamborghini ku. Agak2 sampai di jengka 19, aku terfollow la lori treller yang panjang..nak memotong, die macam tau2 jek aku nak potong, so die pon laju.mentang2 la die xberat, so die dengan berlagaknya memecut laju jugak.. mungkin tercabar disebabkan Lamborghini ada kat belakang die kot.

Ni la Mr.Treller yang hampes itu






Ha ni lah die paras rupa nya Mr.Treller yang hangit di perkatakan di atas. Opps termasuk plak pic wiper Lamborghini aku nih. Sorry ye, coz i interprem my Lamborghini's wiper... jgn marah...
So, aku terus la follow and follow jela tanpa rasa ape2, niat dihati memang nak memotong, sebab mcm die ni main2 kan aku jek.. Tercabar dan trbakar jugakla isi hati aku nih kerana jam sudah menunjukkan masa untuk memotong telah tiba, berikutan waktu untuk me'manch' kad sudah hampir sampai dipenghujung waktu hidupnya.

"Ah, ini x boley jadik ni, by hook or by crook, aku kene dan mesti memotong la", kata hatiku.

Yang menjadi masalah nye, seperti di atas2 tadi, bile tibe time Lamborghini aku nak potong or dalam bahasa orang putih, "cut the lorry", die pon nak memotong jugak kenderaan di depannya. Dah la die gedabak besar, memotong plak makhluk yang separuh besar dari diri die iaitu lori angkut sawit. Adoyai treller ni sudah menjadikan kesabaranku berada di tahap paling maksima.

Dan-dan juga Lamborghini ku nak memecut serta memberi signal, die pon dan-dan tu jugak memotong. Masyaallah, si Mr.Treller yang hampes ni, memang nak kene renjis dengan Lamborghini aku nih. 

Yang menarik dan tertarik untuk aku men'snap' pic ni, wah, tengah memandu pon boleh snap ye. (amaran, jangan melakukannya di rumah, hanya yang professional sahaja boleh melakukannya) cehhhwahhh kire macam aku ni pro la plak.. uweeekk jgn marah la guys, sebab i announced myself as a professional.

Si Mr.Treller ni boleh memotong si lembab lori angkut sawit tu. Itu xde lah menjadi kesalahan kan kalo di ikutkan sebab si lori angkut sawit ni dah memang lembab, tetapi.....

Die nak juga memotong walaupun si lori lembab itu telah memberi isyarat kanan yang membawa maksud xboleh memotong kerana ada kenderaan di arus bertentangan dihadapan....

Ini lah rupanya cara memotong Mr.Treller yang hampes itu


Nampak kan signal dari lori angkut sawit tu?? mmg kalo tengok2 dari mata kasar, tiada kereta di hadapan, tapi sebenarnya ada. Sebab kereta sana sangat laju, dan Mr.Treller ni pon bukan la ade turbo untuk men'turbo'kan diri nya memotong dgn lebih pikap.

Aku hanya menggelengkan aje kepala ku ini. Dan seterusnya, giliran Lamborghini aku memotong lori sawit itu serta Mr.Treller yang hampes itu. Aku renjis sikit la kat die bagi die hangin sikit..hahaha

Kesimpulannya, aku sampai ke pejabat dengan kelewatan 2 minit.. Maka, merah la kedatangan aku...hahahaha


*p/s : saja nak show off ni, pic yang di ambil di atas adalah menggunakan  nokia N8 yang aku beli baru-baru ini. tak de editing langsung ye harap maklum. walaupun tengah memandu, tiada gegaran langsung untuk pic yang aku ambil..


*p/s: Kepada k.nini, ni la hasil menggunakan nokia N8 yang mana camera nya 12.1 megapixel

No comments:

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers