Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Perjalanan Persendirian Ke Bumi Haramain - Part 1

Assalamualaikum,

Baru sedar rupanya lama dah 'break' dari post something. Last post adalah lebih kurang hampir setahun yang lepas. Idea dan minat nak post sambil share experience tu mmg ada cuma atas faktor kekangan masa. Last post adalah berkaitan Kembara Tanah Suci 2014 Part 1 pun tak sempat nak siap kan. Maaf kalau sambungannya ambil masa yang lama. InsyaAllah nanti akan update. 

Sementara masih ingat setiap perjalanan untuk perjalanan UMRAH kami dengan sendiri tanpa menggunakan khidmat mana2 agensi, saya teruskan yang ini dulu. Mudah2 han setiap patah perkongsian yang di kongsi, sikit sebanyak boleh menyumbang kebaikkan kepada kami dan juga bermanfaat utk rujukan yang lain. InsyaAllah.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w:

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga"

Kerana rindukan suasana 2 tanah suci Mekah dan Madinah, kami terus sama2 niat untuk jejakkan kakik ke sana lagi pada tahun berikutnya jika Allah izinkan. Isu tentang perbelajaan dan kos, itu semua kerja Allah. Cuma kita kalau betul2 nak, submit terus doa dan usaha setakat yang termampu.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa, perkara dan doa yang baik insyaAllah, pasti Allah makbulkan. Masa submit doa ni, nekad betul2 dalam hati. DAO cakap, lintasan hati ni kuat. Apa yang terlintas terus submit mintak dengan Allah sungguh2 dan insyaAllah akan terjadi. Sesungguhnya, itu jugaklah yang berlaku pada kami. Allah rezekikan untuk kami kembali jejak ke Tanah haramNya seperti doa kami.

InsyaAllah, semua itinerary perjalanan dan perkara berkaitan kos dan lain2, akan di update dalam post berikutnya.







Double i
Izzati Iskandar




Kembara Tanah Suci 2014 - Part 1

Assalammualaikum dan sempat lagi kalau nak ucap salam Aidilfitri.

Baru sempat nak update. Aku tulis seringkas dan selengkap yg boleh. Bagi yg merancang, insyaAllah semoga perkongsian ini boleh beri sikit sebanyak gambaran awal untuk korang disana.

Kembara Tanah Suci 2014 - Part 1
Kembara Tanah Suci 2014 - Part 2

Hari 1

Kami gerak dari Chenor dalam 4.30pg, sempat sarapan di area Leha Kelfood (lupa kedai apa nama) dan subuh di Masjid Taman Melawati. Sampai di airport dlm 9.30pg dan dijadualkan berkumpul untuk taklimat pukul 10.30pg. Penerbangan 12tghari. Nasib flight dah mmg charted dan kerana jemaah ramai, boarding pukul 12.45ptg dan depart jadi pukul 1.45ptg kalau xsilap. 

Kitorang 1 family ber-7 semua. Emy & Aizat xde dalam pic
Dalam flight ada 2 group majoriti jemaah dari Andalusia dan Tiram. Jemaah Andalusia terus berihram sbb diorg masuk Mekah dulu, kami ke Madinah dulu. Alhamdulillah kami selamat sampai di Terminal King Abdul Aziz dekat2 nak magrib. Arrival terminal kami dekat terminal haji, jadi mmg beruntung sebab x ramai dan x sesibuk terminal commercial lagi 1 cuma bila azan kaunter immigresen semua xde org, semua gi solat jadi dari menunggu je lebih baik kitorg solat sekali. Urusan luggage pun semua mudah sebab terminal ni mmg xramai org guna. Hanya padat bile musim haji. Habis kutip luggage, cuma tggu group lelaki. Sebab kaunter separated by gender. Saudi kan, so mmg ada khas kaunter laki dan perempuan. Kaunter laki semua line sistem error. Mmg semua kene tunggu la jawabnya.

Kalau bukan musim haji memang lengang terminal haji
Aku, kandar, abah karim, emy dan aizat mmg xtukar langsung duit riyal kat Malaysia. Dalam wallet cuma ada dalam 50riyal sbb wan dan aki bg aku balance diorg balik umrah bulan sblm kitorg. Jadi banker kami mmg izwan dan mawar la jawabnya utk beli jajan2 hahahaahahahaha. *Ok tips 1, better tukar duit riyal di Madinah. Lagi murah compare Malaysia. Bila semua dah ada, masing2 gerak ke bas. Bas tagging ikut no group. Kitorg group 1. Masuk bas semua dpt meal pack utk makan malam. Makan2 pastu keletihan semua tidur sebab perjalanan dalam 5-6jam lagi. Dalam pukul 11macam tu bas berhenti lebih kurang dekat R &R dia. Aku dan kandar turun gi beli air mineral dan jajan2. Banker ade kan hehehe. Jgn risau, cashier situ pandai jugak sikit2 bahasa kita. Alaaa nampak sgt muke melayu semuanya. Tapi kalau nak bg diorg konon2 impress kat kita, boleh la guna bahasa arab sket. So bile nak bayar sebut je 'kam riyal?' atau 'kam haza?' Maksudnya berapa harga. Siap2 g toilet dan budak2 laki berasap, naik bas sambung lelap. 

Hari 2

Kitorg sampai dan masuk kota Madinah lebih kurang 1pagi. Turun bas terus semua mata jadi segar sbb nampak masjid nabawi yang cahaya terang benderang. Haji Yusuf mutawif group kitorang ckp, xpayah la tidur dah. Ambik kunci, naik bilik bersihkan badan boleh masuk masjid dah sbb azan pertama masjid nabawi dlm pukul 3.30. Jadi org2 laki boleh guna masa yg ada sblm azan utk masuk Raudhah. X sesak sgt masa tu. Tapi perempuan xboleh. Masa kitorg pergi, ada masa2 khas je utk kaum wanita masuk Raudhah. Oh, hanya di Madinah je yang ada 2x azan subuh. Azan pertama utk kejut org bangun tidur.

Hotel kitorang betul2 pintu belakang Masjid nabawi
Lepas solat subuh balik hotel sarapan pastu masuk bilik berehat terus masing2 sbb penat. Semalam lebih 24jam kurang tidur. Jadi nak recharge tenaga sket. Lepas zohor kitorg baru gi money changer pastu lunch dan jalan2 cuci mata kawasan Bin Daud cuci2 mata dulu. Lepas asar aktiviti bebas. Ade lebih kurang 3 family termasuk kitorg ikut Hj.Yusuf pergi ala2 tour masjid nabawi pastu ke pasar Kurma di Madinah. *Ok tips 2, kurma & kekacang beli kat madinah lebih murah.



Hj tgh cerita sejarah mayat atas kubah kawasan makan Rasulullah

Kubah hijau maknanya kawasan makam Nabi Muhammad, kalau kubah silver tu, kawasan Raudhah. Nampak x atas kubah hijau tu, kalau x silap zaman Saidina Abu Bakar rasanya (kalau silap tlg betulkan), ada orang nak curi mayat Rasulullah, tapi Allah x izinkan lalu Allah panahkan dgn petir sampai terbakar mayat itu. Allah perintahkan jgn alihkan mayat itu, supaya biar jadi pengajaran. Disebabkan kena hujan panas, kain kafan yang tutup mayat tu pun reput, jadi Abu Bakar arahkan supaya disimenkan. Kalau dari dalam, dari kawasan makam Rasulullah, boleh nampak 1 spotlight kecil pancarkan ke atas, ke arah mayat tu yang mana boleh nampak dia tengah peluk salah 1 besi bumbung.

Kubah silver belah sana kawasan Raudhah


Lepas solat isyak hari ke2, aku, k.mawar dan emy plan nak masuk Raudhah esoknya.Tapi nyata perancangan Allah itu lagi maha hebat

sambung Part 2


Double i
Izzati Iskandar

SLE & Nisa

Bismillah,

SLE atau formalnya Sistemik Lupus Eritematosus atau korang boleh je direct website LUPUS.

Secara ringkasnya :

SLE atau Lupus adalah penyakit kronik "autoimmune" di mana antibodi seseorang bertindak balas dgn tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti KULIT, SENDI, BUAH PINGGANG, PARU-PARU, SISTEM SARAF, atau organ2 lain dalam badan.



SLE boleh menjejaskan organ2 seperti dia atas iaitu BUAH PINGGANG, PARU-PARU, SISTEM SARAF, SALURAN DARAH, DARAH dan JANTUNG

Aku tahu kewujudan penyakit ni masa aku belajar di Uitm Lendu, Alor gajah dulu. Kalau x silap tahun 2006 rasanya. Salah sorang junior depan bilik aku Siti (bukan nama sebenar asal Kelantan) ambik kos Art & Design salah sorang penghidap penyakit ni. Memang kesian tengok dia, baring aje pastu rambut gugur sampai dah jarang2 rambuntnya. Asyik baring aje sebab letih. Muka pulak pucat je. Tak tahu apa kesudahan cerita si Siti ni sebab terus lost contact dgn dia. 

Masa aku balik dari Herbalife Universiti di Macau 2012 , masa dah nak boarding utk balik Malaysia tu aku terberatur sekali dgn Dr.Khadijah (President Team Malaysia) dan Nisa. Nisa ni pun salah seorang penghidap penyakit SLE. 


Khairunnisa

Alhamdulillah, dengan izin dariNya melalui sistem pemakanan yang sihat iaitu dengan nutrisi HERBALIFE, kini Nisa survive dari SLE yang berisiko menyebabkan kematian. Nisa bermula dengan HERBALIFE atas nasihat & bimbingan Dr.Khadijah sendiri.

Pada peringkat awal penyakitnya dikesan, dia perlu mengambil 30 biji ubat sehari dan daripada jumlah itu 12 biji merupakan pil steroid. “Sekarang ambil jer ubat tapi tak makan pun., makan nutrisi Herbalife" KOSMO 30/8/2013. Page 34. Dan paling best katanya , sekarang kesemua adik-beradik serta ibubapanya telah menjadi Pengedar Bebas HERBALIFE , hasil perubahan hidupnya yg berjaya survive daripada SLE dengan izin ALLAH melalui HERBALIFE . Korang boleh refer SINI untuk artikel kosmo online pasal Nisa. 




Masa di HQ Herbalife hari tu ade jumpa Nisa. Sempatla meyimbang kejap. Misi utama dia dan family ingin bantu ramai lagi orang yang memerlukan supaya lebih sihat seperti dia. Sekarang Nisa tengah fokus dari World team untuk ke next level hanya dengan bantu lebih ramai orang sihat. 



Kepada sesiapa antara korang yang nak tahu lebih lanjut tentang HOW SHE CAN SURVIVE SLE WITH HERBALIFE NUTRITION & nak interview dan jumpe Nisa secara personal dan boleh jumpa beliau di SPECTACULAR. So jangn segan2 email izzati.sis@gmail.com


HEALTHY LIFESTYLE?



I am nothing but ALLAH is everything



Double i

Izzati Iskandar




Poligami? Kahwin Lagi?

Bismillah,

Dengar tajuk post pun dah macam berdebar kan. :) Sekadar berkongsi pendapat sahaja.


Buat para2 isteri & wanita yg akan berkahwin, pernah tak korang diajukan soalan macam ni atau korang sendiri yang bertanya kat orang lain macam ni 

"Kau tak takut ke kalau laki kau kahwin lagi sorang?" (ini memang biasa member2 duk tanya)
"Ape perasaan kau, andainya laki kau cakap nak kahwin lagi 1?" (pun biasa budak2 ni xde keje tanya)
"Abang, awak nak kahwin lagi 1 ke?" ( yang ni mmg jarang isteri2 nak tanya hahaha)
"Yang, abang nak kahwin lagi 1 boleh?" (kalau macam ni, mmg sentap la)

Tak kisah la korang borak2 dengan member2 korang dah sama2 bergelar isteri ke atau perbualan korang dengan suami atau pun suami korang sendiri yang bertanya kat korang.

Selalunya bila para SUAMI atau kaum adam selalu cakap '"Kan kahwin ramai tu sunnah Nabi" atau "Ok apa, kalau perempuan yang bermadu akan dapat payung emas" sangat cliche ok.

Tapi ramai orang LELAKI lupa nak ikut SUNNAH Rasulullah yang mana tidak menduakan Saidatina Khadijah.

Terharukan buat si isteri bila si suami pesan "Orang ramai lupa yang Nabi Muhammad tak pernah menduakan Saidatina Khadijah sehingga isteri baginda wafat itukan sunnah juga"

Jadi para2 isteri, jika ada antara suami2 korang yang pesan macam tu pegang jela katanya. InsyaAllah korang tidak berkongsi kasih sayang suami dgn orang lain :)

Tiba2 teringat pulak perkongsian Imam Muda Asyraf :

Gagalnya hubungan sesama manusia terutamanya hubungan suami isteri adalah kerana gagalnya menjaga hubungan dengan Allah. Dan kenapa selalu pasangan itu curang, kerana mereka juga curang denga Allah

Nauzubillah. Semoga kita antara pasangan2 yang dalam peliharaNya. Ameen



HEALTHY LIFESTYLE?

izzati.sis@gmail.com



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

Jadikan Tujuan Kita Adalah MEMBERI

Bismillah,

Share! Share! Share!
Peringatan untuk diri sendiri juga (selfremind)

Reset minda usahawan oleh Prof. Dr Muhaya

"Jadikan tujuan kita berniaga adalah untuk MEMBERI"


Apa maksudnya?

Ini bermaksud jika betul2 nak berjaya dalam sesuatu bidang/cabang perniagaan, jadikan tujuan kita itu adalah untuk memberi. Jika kita seorang peniaga/berniaga maka selalu niatkan rezeki yg di perolehi itu adalah untuk memberi. Jangan selalu fikir apa yg kita akan DAPAT / PEROLEHI dari perniagaan itu. Jangan selalu fikir berapa keuntungan yg kita dapat, tapi selalu fikir dan niatkan hasil keuntungan kita dari berniaga itu untuk MEMBERI.

Selain itu, untuk org2 muslim jgn lupa 1 perkara. Hasil keuntungan/pendapatan dari perniagaaan itu jgn sesekali KEDEKUT untuk berZAKAT. Kadang tu, apabila terjadi sesuatu yg buruk pada perniagaan/ business seseorg, maka cuba kaji balik, kenapa selalu down & selalu rugi. Tanya pada diri sendiri, BERAPA BANYAK DARI HASIL ITU KITA ZAKATKAN? BERAPA BANYAK KITA GUNAKAN DUIT NIAGA ITU UTK SEDEKAH? Waallua'lam.




Semoga kita antara peniaga2 muslim yg xlupa tujuan perniagaan kita dan moga Allah terus beri rahmat dan barakah dalam setiap perjalanan perniagaan aku dan korang semua sehingga berjaya. Ameen, ameen, ameen.




I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar



Itinerary Sydney

Bismillah


Ada beberapa orang kawan2 kitorg sebenarnya yg suka pm/inbox tanya bajet dan itinerary, sebab mungkin diorang nak buat budgeting ke sana. Jadi hari ni rangka sikit itinerary kitorg dulu. jadi secara rambang korang dah ade plan sikit2 untuk buat korang punya itinerary. Biasa lah, kalau pergi sendiri, jadi kena handle semuanya sendiri. Tapi kalau pergi sendiri lebih adventure hahahahahahaha dan xde terhad dengan jadual. Plan pun boleh ubah2 ikut kesesuaian korang. Kalau bawak anak2 terutama yg kecik lagi la nak kene ikut kesesuain diorang. 

Rumusannya, dari apa yang kitorg plan, boleh katakan 80% ikut itinerary awal. Yang lain2 tu sebab masa. Dah terlalu lama dan syok sgt kat satu2 tempat, jadi terpaksa batal atau ubah itinerary asal. 



SABTU
Sampai , kastam clearance, ambik lugagge
Cari simkad dan beli Mymulti
Naik train airport ke Central Station
Tukar lane naik train ke Macleay St
Drop luggage
Bas ke Paddy Market
Lunch depan Paddy  “ kungfu ramen”  Betul2 luar paddys
Balik Hotel check in, tidur kejap
Darling Harbour cross Chinatown
Tombalong Park (dekat Darling Harbour)
Panckaes on the Rocks (wajib) *Hard Rocks cafe 

 Paddy Market

Kungfu Ramen

AHAD
DFO Homebush
Shopping
Balik Hotel
Opera House
Botanical Garden
Naik ferry ke Manly
Tengok Sunset dekat Manly

 Naik Ferry Ke Manly


Manly Wharf


ISNIN
Alexadria World of Kitchen  naik train & tukar naik bus (311,310)
Balik Hotel
Fish market area Glebe
Jumpa Farah
Broadway  (Jalan2 city Farah bawak)
Coles, Kmart, Woolworths
QVB
Government Bulidings
Museum of Libarary Sydney 
Unisyd ( Harry Porter)


Gov. Buildings

SELASA
Blue Mountain *three sisters
Sydney Wildlife
City Tour
Bondi beach


 Sydney Wildlife Park




Itu antara plan kitorg. Tapi ade je tambahan dan ubah2 dah. Itinerary awal ni dah di rangkum bile aku chat dengan Farah masa 1minggu sebelum gerak. Die yg tolong susun. Aku just mention die nak kemana dan die tolong susnn kan dan sesuaikan dengan jadual study dia sebab kalau dia free boleh bawak kitorg jalan2. Kenal Farah melalui Izha. Tak pernah pun jumpa. Oh Izha & Farah jugak Herbalifer yang sebelum ni buat Herbalife part-time masa belajar di Malaysia, sekarang sambung belajar UTS, NSW. Best kan. Dari x pernah kenal, tapi sebab family Herbalife, jadi pergi sana pun diorang layan macam dah kenal lame.. ...Gile x terharu kalau mcm tu. Itu first time sebenarnya aku jumpa Farah. kalau Izha selalu nampak die masa training STS ke ape ke. hahahaha 

Thanks FARAH & IZHA

Seronok !! Sangat recommended kalau org tanya antara Melbourne & Sydney, boleh letak Sydney first choice. hahahahahahha. Next time kalau jejak sana lagi, kalau pergi sendiri2 (mane tau....tiba2 nak dating......hahaha) Farah cakap stay aje rumah die. Wahhhhh T__T nangis jap. Ni macam nak kesana lagi. Itulah HERBALIFE FAMILY!!!

Farah siap tolong fowardkan lagi waktu solat time sana masa kitorg pergi.

Subuh- 4.52
Zuhur - 11.56
Asar - 15.09
Maghrib - 17.36
Isyak - 18.54

*waktu kitorg pergi, Sydney 2 jam lebih awal dari Malaysia. Tapi kalau musim winter kalau x silap, 3 jam lebih awal dari sini



MENCARI PELUANG TAMBAH PENDAPATAN?

izzati.sis@gmail.com



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar




From Tokyo To Sydney

Bismillah,

Dah sebulan kot, tp baru nak update. Sementara awal2 ni ada masa. Semalam baru lepas EOM utk September jadi ada lah masa relax kejap 1 2 hari sebelum on track utk Oktober pulak. Ramai sangat yang finish strong semalam. Bile baca rata2 kawan2 dalam Herbalife punye post, entry & status dalam FB, Twitter & Insta semua mcm dah naik level. Alhamdulillah tumpang gembira dan sedih pun ade sebab dalam HERBALIFE la kita boleh nampak ramai ANAK-ANAK MUDA MELAYU yg betul2 boleh buat kita Oang Melayu rasa bangga. Itulah "beuty of HERBALIFE". Tak kira dari group mana pun kita, kene support each other. Tolong sama2 sendiri, bukan pentingkan diri sendiri. Bukan hanya tau gain maney and making profit utk benefit sendiri atau gorup sendiri, tp belajar mcm mana nak give back melalui tolong kawan dr group lain bila ada yg mintak tolong. HERBALIFE jugak ajar kita mcm mana nak bekerja dgn group lain utk gain more knowledge. Ramai je yang cooperate dan selesa bekerja dgn group lain dan belajar jd independent dgn kawan2 dr team lain utk naik level. 

Sebenarye Herbalife punya PROMOTION GROUP bulan Mei yang aku qualified adalah utk ke TOKYO bagi 2 org , tapi memandangkan nak kene tambah expenses utk 2 lagi askar kecik kitorg si Thaqif & si Ajmal jadi,kitorg decide utk ambik Promotion CASH macam dlm entry sebelum ni, dan deicide utk ke tempat yg cukup dalam baget CASH tu. hahahaha



Abang & kakak ipar aku pun qualified promotion group, tapi diorg ke Melbourne,tapi decide punye decide, amik CASH last2 diorang kata joint trip sekali ke SYDNEY. Huh, macam xpercaya pulak akan jejak Sydney sebab tahun lepas aku de buat entry pasal Sydney kat sini  masa awal tahun 2012, masa tu AirAsia  tgh launching route baru. Betul la kata org, kalau kita nak ke mana2, atau berhajat sesuatu, tulis lah (write it down) sebab itu pun seolah2 macam doa. Allahuakbar.



Bukan tolak xmau pergi Tokyo, tapi rasa macam costly sangat pergi sana, sebab kalau nak ke sana utk cuci mata boleh la, tapi utk cuci POKET memang x lah. Bandar Mahal kot. InsyaAllah, 2014 panjang umur murah rezeki ke TOKYO pulak. Ameen

Macam biasa, bab tiket & hotel semua aku uruskan. Total tiket kitorang sorang lebih kurang dalam RM800++ untuk return. Pergi balik RM800++ ok la, tapi kalau dapat betul2 promotion, ade je kawan2 dapat RM565++ & RM600++ utk return. T___T nangis jap.

Ok sebelum tu nak cakap, kerja kuat2, jadi sekali sekala tak salah kalau kita invest sikit utk kita punya motivation supaya next time insyAllah kerja kuat lagi. Ameen, ameen.


Details ::
Trip date : 30 Ogos 2013 sampai 4 September 2013
Accomodation : De Vere Hotel
Transport : MyMulti3 (unlimited for all Public Transport) Bus, Ferry, Tram, Light Train








InsyaAllah nanti sambung entry seterusnya.



INGIN PERUBAHAN DALAM HIDUP KORANG?
MENCARI PELUANG TRAVEL BERSAMA KELUARGA? 
MENCARI PELUANG TAMBAH PENDAPATAN?


izzati.sis@gmail.com



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar







IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers