Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Sememangnya Kreatif + Lawak

Bukan ape, saje jek boring2 duk termenung sebab kerja tak de lah bertimbun sangat, so nak bagitau la sikit benda yang aku rase sedikit mencuit hati kecik aku ni baru2 ni..


Kisah yang sedikit memancing jiwa raga aku dan Mr.Buddy ku ni mase kami travel ke Jakarta tempoh hari. Before ni, kalau ke indonesia, kami jarang makan KFC sana, kalau ade pun, hanya tempah ayam jek, yang lain macam pelik je bagi kami so kali ini kami ke KFC sebab Mr.Buddy betol2 lapar dan perot yangbulat tu dah menjerit2 mintak isi. Maka kami terkebetulan tengah bersiar-siar dalam Roxy Mas di Grogol, kami pon masuk lerr KFC indonesia ni. Buddy suh la order yang berat2 sikit. Makanya aku amik la set order yang aku tengok kiri n kanan aku semua dok order yang tu je, so aku pun order. Maka inilah rupa paras makanan yang kami order tadi. Air+ayam+sebungkus+kentang


Kalau korang pandai ape dalam bungkus tu?? Mesti korang fikir itu burger ke ape kan. Mula2 aku macam terpikir berger yang mana setiap meje ada bungkusan itu. Aku pon mase order tu tgk xde plak die tulis perkataan berger ke ape...aku rase macam lain...dan bile kami buka, punye la tergelaknya kami kerana....


Taaa daaa..........seketul nasi putih..hehehe..macam kat Malaysiakan kite baru jek ada nasi dalam 2 3 tahun lepas, itupun bukan nasi puti, tapi nasi macam rase nasi ayam sikit2, tapi diorg rupe nye dah lame dah buat set nasi+ayam. Tengokla pic Buddy mase melantak KFC ye....


Hahahaha...sangat sedap kot kate die..die kate Malaysia nasi ayam macam xsedap, nasi putih lagi masuk. Sampai kene 2 kali order tau. Buddy ni seorg yang memilih makanan, asal xsedap die mesti xmau, tapi kalau dah dua kali order dan ayam aku pun die rembat, ini maknenye memang sedap la kot....hehehehe

Banyak lagi makanan sedap2 tapi macam yang lain tu xde lah nak geletek jiwa raga aku sangat...


Ngeh,ngeh,ngeh
Izzati Iskandar

Thaqif Back to School

Finally i got my free time to write about my darling sweetheart Mr.Debot a.k.a Syed Thaqif Dinzly Bin Syed Muhamad Iskandar. I tell u guys, he is really make my life more fun everyday with his style. hahahahaha...(masih lagi tesenyum2 mase taip entry ni)

On top of that title pon dah macam org boleh agak kan, tapi betul ke si Debot ni yang baru umurnya setahun jagung bakar ni dah boleh ke sekolah. Sekolah apa yg boleh terima budak 1 tahun 3 bulan ni masuk sekolah depa??? ishh..ishh..pelik, pelik...hahaha...

Mase tangkap pic die ni memang esok nye orang mula masuk sekolah balik. So die tgk2 org lain sibuk2 siap2 nak kembali ke sesi persekolahan, so die pon sibuk jugak la...mengalahkan orang yg akan gi sekolah esok. Siap bergaya dengan beg die lagi...

Ishh, ishh, ishh...pe pun layankan aje la pic si Debot nih.



Pe pun cakap org2 lain and whatever pandangan org luar terhadap u dear, you always in my heart sayang! You always rock my heart!

"CAR WASH" NOW OPEN

CAR WASH 7days/week

Opsss!!! I mean not online car wash ye..kalau semua benda nak online macamne plak nak pos balik kereta2 anda...huhuhu.. so today's entry, sebenarnye more to my Mr.Buddy nye entry la derr. Now, the new of kandar came out with new product!! yeay i like the new of he! positive thinking and business minded. What he produce? so nama kat entry tu pon da bleh agak kan, so SYED MUHAMAD ISKANDAR and friends open a new car wash at CHENOR!

So, to all my family members, my friends, my kandar's friends, my and my and my...please sent your car or lorry or bus or truck or motorcycle or bicycle (bicycle i xtau la diorang accept ke x, i just mention jek all types of vehicle) or motorboat (if ada sape2 nak suh tolong basuh kan, al-maklumlah orang2 CHENOR kan suka main bot2 ni, so ramai yg ade bot and malas nak basuh) so jgn segan-silu, sila lah hantar ke CAR WASH mereka ye.

If you guys nak tau tahap kualiti and kebersihan nye, so jemputlah hantar. Jangan malu, jangan segan, datang la dengan orang2 kampung untuk support "Bumiputra Business" ni.

Kalau ada orang government or even any Minister yang tebaca entry i ni pun, kalau nak tolong support Bumiputra nya business, so please don't be hesitate untuk menghulurkan bantuan kewangan so boleh lah satu hari nanti kita wat franchising dalam car wash auto care ni! (fuhh tinggi betol cita2 and impian i kan. i plak yang beria2 berangan2 mat jenin).

So,  kat sini aku ada provide Map untuk korang yang dari jauh nak datang sebab nak support "bumiputra" nye biz and please, please and please war2 kan pada yang lain2 ye, lagi 1 aku nak mention yang pembantu2 or pekerja2 kat CAR WASH ni bukan "abang la" or "abang don" ye..maknenye, bukan la pakcik bangla dan mamat indon. Totally ORANG MELAYU chenor.

So and so xde la bau2 yang kurang menyenangkan seperti di kebanyakkan car wash lain terbau2.. eeee, mak geli nyah!nak muntah mak...hahahahaha (alamak, sekejap aku, sekejap i...ape daa izzati ni)

So, malas nak merepek2 lagi, sila tengok dan google sendiri kalau map yang di providekan ni xjelas. Sila google dari temerloh, pahang ke chenor,pahang.




Ni 3D map yang aku google kat internet, or nak yang aku draw sendiri, tapi macam buruk je, wat malu kot sebab i'm not professional artist..huhuhu....lukis2 ni xreti tapi kalau duit, duit reti la nak manage macam ne..hahaha

Nak xnak tengok jela ape yang aku lukis ni..senang jek nak pi chenor ni. dari Temerloh tu terus jek samapi nampak belah kanan tu Chenor or dari Kuanatan (jalan lama kuar dari Highway Maran) terus and belah kiri ye.



So, you guys aku pon nak provide la beberapa pic CAR WASH tu. Sebabnya, sekarang aku ni macam seorang marketer je dah...ceh...

Oh, kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan CHENOR ke BERA, or BERA ke KUANTAN melalui CHENOR, maka anda juga akan melihat CAR WASH ini. So, berhenti la ye...jangan malu2..

dari bandar jengka / temerloh / kg.awah


pintu gerbang Chenor

signboard kawasan sekitar Chenor

signboard to Jayadiri b4 samapi ke bandar Chenor

on left side is SMA Chenor

on right side is Masjid Jame' Chenor

So, pic di atas adalah sign2 untuk sampai ke CAR WASH ye.. sila teruskan pemanduan anda wahai semua. Dari sign2 diatas and tidak jauh dah. lebih kurang 5 minit akan tiba di destinasi.

1

2

3

4

5

Oh, pic 1 sampai 4 adalah rupa paras CAR WASH Mr.Buddy ku and friends for the first day it's operate. So, bagi lah support skit, that's why lerr aku write in dalam blog aku ni. He is my HERO kan, so he one of the people yang related with me, for sure la aku put al-kisahnye dalam blog aku ni. I hope your journey will success and never give up dude!

Opsss, pic 5 tu tertinggal la. Itu adalah balai polis Chenor. So belakang Balai Polis ni adalah TERATAK kami sekeluarga..meh la ke rumah kami. If kelapangan dan ingin melawat IZZATI and family, jemput la datang (datang bawak la buah tangan ye, jgn datang kosong2)

So, to all my friends, my family members and others...please come, WE SERVE YOU AS BEST AS CAN


Lots of LOVE
IzzatiIskandar

Dosa Gugur Apabila Suami-Isteri Bersalaman

Salam 'Jumaat' yang mulia, penghulu segala hari awal-awal tahun 2011 ni... fuhhh sedar xsedar dah 7 hari dah kita jejak kan kaki ke tahun baru 2011 ni. Sekejap je kan rasa tirai 2010 berlabuh. Cerita suka duka 2010 pon xsempat nak jilidkan dalam buku dah masuk cerita 2010...

Kali ni terdetik kat dalam jiwa raga ni nak kuarkan entry berbentuk segitiga kiub tazkirah pada hari jumaat yang mulia ni. yela, hari jumaat kan, awal2 tahun plak. rasa macam biarla buku amalan tu nampak elok skit mula2 ni..

So, berbalik pada topik kita pada hari ni, "dosa gugur apabila suami-isteri bersalaman" wah entry ni memang sesuai la orang macam aku ni sebab dah berkahwin kot dan yang belom berkahwin, sebagai rujukan la, mana tau nak wat research sikit2 sebelum kawin. Yela, untuk preparation lepas kahwin nanti supaya tetap berada bawah lembayung dan rahmat ALLAH s.w.t.

So, so, so..bape banyak kali so daaa....time kasih la kat mums acdc (salah seorang friend-list dalam FB aku merangkap office-mate aku ler kat bumi KMTPh ni) sebab die yang fowardkan tazkirah pada aku di hari jumaat yg mulia ni. Thanks again, dude!!

(model kat dalam ni tentu la aku n Mr.Buddyku)


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tiada yang indah

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya Jadilah anak yang soleh dan solehah.

Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya Usahalah sehingga berjaya.

Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid Jadilah syuhada' fisabilillah

Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya Hindari diri dari mengkhianati

Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia. Wujudkanlah keluarga bahagia

Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan. Jadilah kawan yang baik

Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat. Carilah ilmu yang berkat

Ingatlah

Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.

Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuma kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.

Lot of LOVE
izzatiiskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers