Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Seksa Ketagih SYABU

Sekadar renungan dan peringatan untuk semua...tiba-tiba rasa nak share topic pasal SYABU/ICE ni sebab dunia yang semakin mengejar kemajuan semakin mundur pemikiran manusia..bukan setakat mundur je, tapi boleh di klafikasikan sebagai pemikiran manusia yg semakin bangang+bahlul.

Antara sebab kenapa rakyat Malaysia khususnya bangsa MELAYU boleh terjebak menjadi HAMBA SYABU ni antaranya :

1- kononnya alternatif paling cepat untuk KURUS atau
2- untuk tahan mata atau berjaga sebab kesan SYABU ni dikatakan boleh membuat seseorang itu TIDAK TIDUR selama 2- 3 hari atau
3- cari duit la kot....masyuk ape jual najis ni tapi memang bangang atau
4- untuk jadi agresif kot..sebab pengambilan najis ni boleh menyebabkan seseorang itu bertindak agresif.

Info DADAH : Apa itu SYABU??

Juga dikenali sebagai : Methamphetamine Hydrochloride/Ice

Cara Menggunakan : Chasing the dragon atau biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu.



Peralatan untuk menghisap SYABU


SYABU merupakan jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan dan ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan untuk tujuan mengubati. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit.


Fakta: Kesan syabu pada kesihatan



Mental dan emosi: 
Gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.
Jika pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

Kepala:
Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.
Fizikal:
Pengguna tidak tidur dan boleh bertahan selama 2-3 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan.
Sistem peranakan (wanita):
Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

Sistem seksual:
Sistem seksual terganggu (nafsu seksual menurun)



Cara pengguna SYABU

Pesanan,
JANGAN JADI HAMBA dan MANGSA SYABU.
Izzati Iskandar
 
sumber :

http://mzubairafandi.blogspot.com/2009/06/kasanova-jerat-mahasiswi.html


http://ntahapaapatah.blogspot.com/2009/08/syabu.html
 

Buat TEMAN WANITA Yang Istimewa Dari Kaca Mataku

Wanita ibarat bunga,
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah" (H.R. Muslim)

Wanita ibarat bunga,
Cantik indahnya pada pandangan mata hanyalah sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya..
Kerana akhlak wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu..

Ibarat bunga,
Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan..
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya..

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa,
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita..
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka..
Walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dimiliki oleh wanita solehah..

Kerana itulah....
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah..
Sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang bersemangat..
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
Dan pastinya, sebagai hamba Allah, dia akn menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Whatever mountains satnds in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilizes you,
The prayer full of faith can remove it.

Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya,
Hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya.



Tulus,
izzati iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers