Hai semua....Just nak share ilmu yang sedikit ni ngan korang semua supaya boleh di amalkan dan boleh disampaikan pada yang lain2...insyaallah.................
Kepada semua bakal-bakal ibu atau ibu-ibu saudara atau yang bakal menjadi isteri dan tak lupa juga pada semua kaum adam yang bergelar atau yang akan bergelar sebagai seorang suami dan AYAH kepada 'Bayi Perempuan'
*thanks google image |
Cuma ingin sampaikan sedikit perkongsian ilmu yang aku rasa berguna sama ada untuk sekarang atau akan datang supaya kehidupan yang bakal kita tempuh bersama dengan anak2 perempuan menjadi lebih mudah.
Korang mungkin tidak akan tahu apa yang bakal anak perempuan korang tempuhi pada masa hadapan. Dalam proses tumbesarannya menjadi seorang wanita. Benar lah kata orang, beban menjaga anak perempuan terlalu mencabar ditambah dengan zaman kini yang semakin meruncing dengan gejala2 sosial....betol x??
Mesti perasaan korang takut dan risau untuk melepaskan anak gadis korang tanpa pengawasan waima anak korang dah besar panjang......
Mai aku kongsi ngan korang 1 ilmu yang aku dapat semasa aku pi kursus.
Semasa bayi perempuan di lahirkan, selepas dibersihkan dan siap untuk dialunkan kalimah suci Allah Yang Maha Besar ke telinganya, buat lah cara sebagaimana korang buat pada bayi lelaki. Sama sahaja caranya. Sebagaimana korang
'Azan di telinga belah kanan & Iqamat sebelah telinga kiri'
begitu juga korang buat pada bayi perempuan korang dan....................selepas siap di azan & diiqamatkan,
'Bacakan di telinga sebelah kanan juga Surah Al-Insyirah sehingga habis'
Apa kelebihannya???
Supaya bila bayi perempuan ini membesar dalam keadaan terpelihara maruahnya dari teraniaya....insyaallah...seperti mangsa rogol dll. Bila dirinya ditimpa perkara2 yang bakal melibatkan maruahnya, akan diturunkan oleh Allah pertolongan dari segala macam bentuk bantuan. Sesama manusia sendiri akan merasa kasihan dan datang menghulurkan bantuan.......................waalhualam....amin
Semoga korang dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan yang lain2 sebagai panduan hidup kita....
Izzati Iskandar
No comments:
Post a Comment