Salam Februari 2012 semua,
Kesibukkan semakin bertambah dengan timbunan tugas2 sebagai seorang ibu, isteri, pekerja, pelajar dah jadi sikit kekangan unuk aku meneruskan coretan yang tak seberapa ni. Ditambah pula untuk menyediakan persiapan yang serba ringkas bagi menyambut kedatangan 'orang baru' dalam hidup kami tak lama lagi. Berseri-seri lagi lah keluarga kami nanti...insyaallah..amin.
Cerita pasal K.E.R.E.T.A, siapa yang sangka kini kereta bukan lagi boleh diberi istilah kemudahan dalam hidup kita semua, tapi dah jadi macam keperluan pulak kan. Sebab itu lah di bandar2 besar, kesesakan lalu lintas menjadi semakin parah kerana hampir setiap orang memiliki kereta dan menggunakannya sebagai perhubungan untuk ke tempat kerja. Istilah 'Car-Pool' pulak agak rumit, terutamanya bagi ibu2 yang mana mempunyai anak2 kecil untuk diurus sebelum ke tempat kerja.
Ya, tiba2 idea untuk berkongsi cerita dengan korang semua setelah aku terbaca article seorang blogger yang di tulis pada 2008 dan beliau kini sudah kembali ke rahmatullah * al-fatihah
Apa yang penulis luahkan adalah100% benar dan aku sangat setuju dengan pandangan yang arwah lontarkan. Hari ni, ramai masyarakat kita khususnya golongan muda remaja tidak terlepas dari bebanan hutang kereta. Kadangkala sehingga boleh diistilahkan kerana terlalu mengikutkan kemahuan, diri jadi sengsara. Ramai yang sanggup mengikat perut semata2 untuk membayar ansuran bulanan kereta hanya kerana keperluan bagi pengangkutan ke tempat kerja.
Kadangkala, ansuran bulanan yang tinggi sehingga hampir melibatkan separuh gaji agak menyulitkan pengguna. Bukan itu sahaja, malahan belum dicampur lagi bebanan untuk mengisi petrol. Semuanya memerlukan duit, duit, duit.....
Kadangkala, bukan disebabkan untuk bermewah2 atau sikap menunjuk bahawa mampu memiliki kereta, tetapi "sistem pengankutan awam di Malaysia yang tidak efisyen" masih lagi menjadi persoalan kepada semua rakyat terutamanya seperti kami yang berada di luar bandar. Bayangkan kalau di Bandar Jengka, pengankutan awam pun setakat jam 6 petang sahaja waktu operasinya dan kekerapannya setiap 2 jam sekali, itu pun hanya pada laluan tertentu sahaja. Itulah yang menyulitkan keadaan kepada ratusan orang yang bekerja di kawasan luar bandar.
Kalau kita nak bandingkan dengan negara luar, rata-ratanya pengankutan awam adalah perhubungan utama mereka. Kereta pula hanya kemudahan bagi mereka yang benar2 mampu a.ka kaya. Bahkan, bukan di kawasan bandar pun, malah di kawasan luar bandar, pengankutan awam nya sangta efisyen. Sebagai contoh di Indonesia & Australia. 2 negara yang pernah aku jejaki sendiri dan sangat berpuas hati dengan sistem pengankutan awam mereka. Walaupun Indonesia tidak la begitu selesa pengankutan awam mereka kadang2, tetapi kekerapan pengankutan awam sangat la superb bagi kawasan luar bandar seperti di Jogjakarta, Surabaya, Bandung, dl hatta ada yang beroperasi sehingga 24jam.
Yang paling memuaskan hati (itu kata Mr. Buddy aku) adalah di Perth, Australia. Melalui pembacaan dan pandangan kawan2 aku di UK adalah yang terbaik, tapi kami tak pernah kesana, jadi tak boleh diberi penilaian lagi. Perth bukan la bandar, malah kalau di tanya pada org2 Aussie, Perth di katakan kawasan luar bandar kalau nak di bandingkan dengan Melbourne dan Sydney 2 bandar mewah dan maju seperti KL & JB.
Coretan ini bukan sekadar pandangan aku saja, malah boleh digunakan sebagai tips jika korang bercadang nak ke sana. Soal pengankutan untuk kemana2 jangan korang risau, hatta niat untuk menyewa kereta sekali pun, kalo budget tak cukup pun tak pe. Kalau setakat untuk berjalan dalam CBD Perth, korang tak perlu keluarkan 1 sen pun sebab semua nya free. Ada 3 jenis bas free yang boleh dikatakan setiap 10minit. Dipanggil C.A.T by Transperth. Ada 3 warna bas free yang boleh digunakan bermula dari jam 7 pagi samapi 8 malam. Boleh google kat link Transperth tu.
Nampak, Mr.Debot & Mr.Buddy tenagh tggu Red C.A.T kat bus stop 3. Dengan sempoinya diorang tunggu bas kan. Selama ni betapa teruknya komen bila diajak naik bas, tapi kat sana, terus ok je.
Apa beza gambar ni ngan gambar atas?? cube korang click kat gambar untuk besar kan ye!!! nampak x yang aku bulatkan tu dan ade anka panah?? ha itu penunjuk masa bas akan sampai. Paling lama kitorang pernah tunggu adalah 10 minit. Dia macam auto komputer, bagitahu berapa minit lagi bas akan sampai. Sangat awesome kan..... tak de lah rasa nak marah atau tertanya2 bas sampai pukul bape. Diorang memang punctual dan sangat menepati masa. Kalau betol 4 minit, memang tepat 4 minit kemudian, sampai la bas tu. Serius tak tipu!!!!!
Sorry sebab ter'over' plak gambar aku posing dlm bas tu.. tengok Mr.Debot pon same, dengan gaya santai. Yang penting 'No Cost'....bas ni semua PERCUMA.
Bagi kawasan atau tempat2 lain yang tak de pengankutan FREE, jangan risau kaedah nye tetap sama, cume kene beli pass harian. Ala, mcm Rapid KL buat. Tapi pass harian tu boleh gune untuk kesemua tempat dan kemana2 dalam tempoh 24jam tak kire la naik Tren, Ferri, Bas atau apa lagi yang Transperth sedia kan. Awesome kan. Ada family pass cuma AUD9 je untuk seharian bagi 2dewasa 2 kanak2 kemana aja.....tapi kalau korang menetap kat sana ada kad ala Touch N Go gitu, yang memang utk kegunaan harian. Yang mana harganya lebih murah.
Yang ni masa kami tunggu 'public transport yang berbayar'. Transperth Tren mase nak pergi Fremantle kalau tak silap. Tapi memang sangat convenient. Mr.Buddy pun sangat puas hati dan bila kita carry baby lagi la ramai orang prihatin kat kita.
Setakat ni jela kot cerita aku pasal beban hutang kereta. Kalau la kat luar bandar ni ada pengankutan awam yang sangat convenient, memang dah lame aku xpakai kereta. Lebih baik aku naik public transport je, jimat tenaga aku, boleh rehat2 dan xpayah fikir duit minyak, duit service dan insuran & roadtax kereta yang mahal setahun sekali .Dan baik aku guna duit ansuran bulanan tu untuk simpanan kan..... Fuhhhhh
Ok lah, kalau korang de nak share cerita dan pendapat yang sama, sila lah komen dan sertakan link article korang ye.
Best regards,
Izzati Iskandar
No comments:
Post a Comment