Bismillah,
Salam 1 Ummah semua,
MasyaAllah dah terasa lame sangat x hupdate ape2. Sebenarnye bukan sebab xde masa, kalau cakap xde masa dan bz sangat2 tipu lah, nampak sangat kita manusia yang biasa2 ni x reti nak mengurus masa. Sebenarnye idea banyak tapi x tercetus nak tulis. Maklumlah sejak bermenjak2 ade Insta ni, macam dah agak kurang rajinnye nak mencoret, bukan mencarut okeh. Kalau kat Insta, upload terus tulis caption, ha kan senang gitu ;) ececewahhh. Ok tak lambat lagi ye nak ucap Salam Aidilfitri buat seluruh muslimin & muslimat yang menyambutnya x kira walau dimana korang berada.
Berbalik pada tajuk kat atas, kenapa kita kene berdoa? Sebab bagi orang Muslim, doa tu lah yang menjadi senjata kita. Doa dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan bantu hambaNya yang lemah ini.
Raya ke-3 baru ni, Achik (mak sedara) aku buat open house, jadi masa pergi dapur, aku terbaca nota kekal yang agak besar kat peti ais die tulis bertujuan memberi peringatan buat semua penghuni rumah tu barangkali dan jugak bagi sesiapa yang melintas kawasan tu supaya boleh baca.
"MANUSIA YANG TIDAK BERDOA SELEPAS SOLAT, ADALAH MANUSIA YANG SOMBONG DENGAN ALLAH"
Nauzubillah, xnak, xnak jadi manusia yang sombong dengan Pencipta. Nota ringkas tu kire macam terkena batang hidung aku jugak. Sebab kadang2 kalau nak cepat, buru2 waktu, aku pun kadang berdoa ala kadar aje, atau kadang2 x berdoa langsung sebab biasa konon2 urgent dengan hal duniawi.
Memang patutlah Allah gandakan lagi rezeki orang2 yang boleh luangkan waktu untuk mengharap & menghadapNya walau sesibuk mana sekali pun mereka. Yang kaya terus menjadi kaya, maka boleh memberi dengan banyak pada orang lain. Semakin banyak rezeki dan kayanya orang Muslim itu, maka boleh lah memberi dengan lagi banyak sebab kita kena ingat "dalam setiap pendapatan yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain" Sebab tu pun rezeki Achik semakin melimpah2 dan meruah2.
Sebab tu Achik adalah salah seorang sumber inspirasi aku untuk kerja kuat2 lagi. Orang yang aku selalu rasa nak ikut jejak langkah dia. Orang yang suka tengok orang lain berjaya terutama anak2 sedara. Orang yang x sombong dengan orang paling bawah walaupun die berada di atas. Bagi aku, bukan apa yang kita perolehi dari hasil kerja kuat kita tu yang kita nak banggakan, tapi perasaan dan rasa nikmat memberi itu lebih membahagiakan jiwa kita sebenarnye. Jadi makin banyak kita perolehi, makin banyak kita boleh beri kat orang lain.
INGINKAN PERUBAHAN & TINGKATKAN TARAF HIDUP KORANG?
EMAIL : izzati.sis@gmail.com
I am nothing but ALLAH is everything
Double i
IzzatiIskandar
1 comment:
Koi setuju dgn awok. Mmg acik sengaja letak besar2 kat peti ais rumah dia supaya sesiapa yg nk bukak peti ais tu secara tk lansung akn terbaca. Acik juga menjadi sumber rujukan koi. Kita kena belajar dr org dh success. Koi salute acik. Dia bkn shj menolong anak sedara habis semua jiran keliling dia akan sibuk menolong.. koi pon tk taulah.. mulia benor hati acik..
Post a Comment