Assalammualaikum dan sempat lagi kalau nak ucap salam Aidilfitri.
Baru sempat nak update. Aku
tulis seringkas dan selengkap yg boleh. Bagi yg merancang,
insyaAllah semoga perkongsian ini boleh beri sikit sebanyak gambaran
awal untuk korang disana.
Kembara Tanah Suci 2014 - Part 1
Kembara Tanah Suci 2014 - Part 2
Kembara Tanah Suci 2014 - Part 1
Kembara Tanah Suci 2014 - Part 2
Hari 1
Kami gerak dari Chenor dalam 4.30pg, sempat sarapan di area Leha Kelfood (lupa kedai apa nama) dan subuh di Masjid Taman Melawati. Sampai di airport dlm 9.30pg dan dijadualkan berkumpul untuk taklimat pukul 10.30pg. Penerbangan 12tghari. Nasib flight dah mmg charted dan kerana jemaah ramai, boarding pukul 12.45ptg dan depart jadi pukul 1.45ptg kalau xsilap.
Kami gerak dari Chenor dalam 4.30pg, sempat sarapan di area Leha Kelfood (lupa kedai apa nama) dan subuh di Masjid Taman Melawati. Sampai di airport dlm 9.30pg dan dijadualkan berkumpul untuk taklimat pukul 10.30pg. Penerbangan 12tghari. Nasib flight dah mmg charted dan kerana jemaah ramai, boarding pukul 12.45ptg dan depart jadi pukul 1.45ptg kalau xsilap.
Kitorang 1 family ber-7 semua. Emy & Aizat xde dalam pic |
Dalam flight ada 2
group majoriti jemaah dari Andalusia dan Tiram. Jemaah Andalusia terus
berihram sbb diorg masuk Mekah dulu, kami ke Madinah dulu. Alhamdulillah kami
selamat sampai di Terminal King Abdul Aziz dekat2 nak magrib. Arrival
terminal kami dekat terminal haji, jadi mmg beruntung sebab x ramai dan x
sesibuk terminal commercial lagi 1 cuma bila azan kaunter immigresen
semua xde org, semua gi solat jadi dari menunggu je lebih baik kitorg
solat sekali. Urusan luggage pun semua mudah sebab terminal ni mmg
xramai org guna. Hanya padat bile musim haji. Habis kutip luggage, cuma
tggu group lelaki. Sebab kaunter separated by gender. Saudi kan, so
mmg ada khas kaunter laki dan perempuan. Kaunter laki semua line sistem
error. Mmg semua kene tunggu la jawabnya.
Kalau bukan musim haji memang lengang terminal haji |
Aku, kandar, abah karim, emy dan aizat mmg
xtukar langsung duit riyal kat Malaysia. Dalam wallet cuma ada dalam 50riyal
sbb wan dan aki bg aku balance diorg balik umrah bulan sblm kitorg. Jadi
banker kami mmg izwan dan mawar la jawabnya utk beli jajan2 hahahaahahahaha. *Ok tips 1, better tukar duit riyal di Madinah. Lagi murah
compare Malaysia. Bila semua dah ada, masing2 gerak ke bas. Bas
tagging
ikut no group. Kitorg group 1. Masuk bas semua dpt meal pack utk makan
malam. Makan2 pastu keletihan semua tidur sebab perjalanan dalam 5-6jam
lagi. Dalam pukul 11macam tu bas berhenti lebih kurang dekat R &R
dia. Aku dan kandar turun gi beli air mineral dan jajan2.
Banker ade
kan hehehe. Jgn risau, cashier situ pandai jugak sikit2 bahasa kita.
Alaaa nampak sgt muke melayu semuanya. Tapi kalau nak bg diorg konon2
impress kat kita, boleh la guna bahasa arab sket. So bile nak bayar
sebut je
'kam riyal?' atau 'kam haza?' Maksudnya berapa harga.
Siap2 g toilet dan budak2 laki berasap, naik bas sambung lelap.
Hari 2
Kitorg
sampai dan masuk kota Madinah lebih kurang 1pagi. Turun bas
terus semua mata jadi segar sbb nampak masjid nabawi yang cahaya terang
benderang.
Haji Yusuf mutawif group kitorang ckp, xpayah la tidur dah. Ambik kunci,
naik
bilik bersihkan badan boleh masuk masjid dah sbb azan pertama masjid
nabawi dlm pukul 3.30. Jadi org2 laki boleh guna masa yg ada sblm azan
utk masuk Raudhah. X sesak sgt masa tu. Tapi perempuan xboleh. Masa
kitorg pergi, ada masa2 khas je utk kaum wanita masuk Raudhah. Oh, hanya
di Madinah je yang ada 2x azan subuh. Azan pertama utk kejut org bangun
tidur.
Hotel kitorang betul2 pintu belakang Masjid nabawi |
Lepas solat subuh balik hotel sarapan pastu masuk bilik berehat terus
masing2 sbb penat. Semalam lebih 24jam kurang tidur. Jadi nak recharge
tenaga sket. Lepas zohor kitorg baru gi money changer pastu lunch dan
jalan2 cuci mata kawasan Bin Daud cuci2 mata dulu. Lepas asar aktiviti
bebas. Ade lebih kurang 3 family termasuk kitorg ikut Hj.Yusuf pergi
ala2 tour masjid nabawi pastu ke pasar Kurma di Madinah. *Ok tips 2, kurma
& kekacang beli kat madinah lebih murah.
Hj tgh cerita sejarah mayat atas kubah kawasan makan Rasulullah |
Kubah
hijau maknanya kawasan makam Nabi Muhammad, kalau kubah silver tu,
kawasan Raudhah. Nampak x atas kubah hijau tu, kalau x silap zaman
Saidina Abu Bakar rasanya (kalau silap tlg betulkan), ada orang nak curi
mayat Rasulullah, tapi Allah x izinkan lalu Allah panahkan dgn petir
sampai terbakar mayat itu. Allah perintahkan jgn alihkan mayat itu,
supaya biar jadi pengajaran. Disebabkan kena hujan panas, kain kafan
yang tutup mayat tu pun reput, jadi Abu Bakar arahkan supaya disimenkan.
Kalau dari dalam, dari kawasan makam Rasulullah, boleh nampak 1
spotlight kecil pancarkan ke atas, ke arah mayat tu yang mana boleh
nampak dia tengah peluk salah 1 besi bumbung.
Kubah silver belah sana kawasan Raudhah |
Lepas solat isyak hari ke2,
aku, k.mawar dan emy plan nak masuk Raudhah esoknya.Tapi nyata
perancangan Allah itu lagi maha hebat
sambung Part 2
sambung Part 2
Double i
Izzati Iskandar