Kenapa 'semalu'??
Apa kaitan 'gadis' dan 'semalu'?? mesti ia nya menjadi tanda tanya korang kan..so pagi tadi receive email dari my classmate from uitm. Rasa tiba-tiba nak share dengan korang, bagi yang tak pernah tahu cerita disebalik nya atau yang dah tahu, kita refreshkan ingatannya. Buat renungan sesama kita khususnya kaum 'hawa'/
Wanita ibarat pokok semalu...hanya diibaratkan sahaja, bukan wanita@gadis itu disama ertikan dengan pokok, tp besar dan dalam makna pokok semalu itu jika kita yang punyai akal fikiran yang sempurna untuk memikirkan apa yang tersurat di sebaliknya.
kisahnya..............
Pada satu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda isitu, saidatina Fatima r.a. setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kaki nya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Maka Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
- 1- Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)
- 2- Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
- 3- Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang kuat atau pegangan yang kuat dengan penciptaNya, Allah Rabbul Alamin.
- 4- Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendiri nya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita sekelian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Maka, oleh yang demikian, ia sekadar motivasi minda dan santapan rohani dari aku, buat semua teman2 yang tersayang. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Bersihkan hati, lapangkan dada,
Izzati Iskandar
No comments:
Post a Comment