Salam sihat & ceria,
Selalu kita dengar ramai ustaz2, ustazah2, keluarge & kawan2 kita semua cakap, bila dah usaha kene berdoa dan akhirnya kene tawakal. *ha korang semua buat macam tu x? Alhamdulillah....tau korang semua rajin berusaha & berdoa.
Semua orang nak ape yang di doakan dan apa yang kita mintak dalam doa dimakbulkan dan diperkenankan olehNya.
Tapi.......*ade pulak tapi-tapinya iye....tak semua doa yang kita mintak akan dimakbulkan segera. Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?....oh sila jangan tanya aku kenapa. Ini bukan kaunter pertanyaan ye dan hanya Allah saje yang tahu kenapa doa korang ada yang tak dimakbulkan.
Pagi tadi ontheway nak gi keje mase tengah pecut potong lori sawit terdengar sudut tazkirah kat ikim.fm *wahhwahh yang sempat kutip sikit tazkirah bunyinye cam ni " Jika ada antara doa-doa kita yang tidak dimakbulkan oleh Allah, maka perbanyakkan istighfar"
Ingat!!!
Perbanyakkan istighfar kerana selain itu istighfar juga dapat menyucikan jiwa disamping penawar utk ketenangan hati.
Pesanan & nasihat ustazah Izzati pulak ::
- Korang2 jgn sedih2 tau kalau doa korang ada yang x dimakbulkan. Teruskan berdoa sebab mungkin Allah nak uji korang yg korang ni putus asa atau x.
- Kedua, mungkin Allah nak hadiahkan kat korang lebih dari ape yang korang mintak. Contoh la ye korang doa mintak Allah tambah rezeki dapat beli rumah teres 2 tingkat, tapi rupa2 nya Allah nak bagi banglo 3 tingkat siap lift lagi.......wallahualam
- Bile korang berdoa atau berharap sesuatu dariNya, berdoa dgn jelas apa yg korang harap atau mintak. Doa kita kena jelas, insyaallah Allah permudahkan. Contoh, mintak nak cepat kawen, kena sebut tarikhnya bila korang nak kawen tu siap dengan tahun sekali tau. *aku belajar mase trainning NLP -kuasa minda
Yang penting sentiasa berdoa semoga kita sentiasa diberi hidayahNya semasa masih bernafas di atas bumi yang fana ni. #Amin
Regards,
Izzati Iskandar
No comments:
Post a Comment