Salam ceria & sihat semua,
Fuhhh tiup2 sikit....cam dah berhabuk je.. :)
Sebenarnye dah lama dah write down entry ni, sebelum 25/10 lagi, ingat cam tepat2 25/10 tu nak terus post je, tp ALLAH itu punyai perancangan yg maha besar dari segalanya *subhanallah...
So nak dijadikan cerita, opismate cik Moni excident pagi2 tu dekat Setia Jasa, Temerloh xjauh pun dari Simpang Chenor tu, maka terus aje laju2 pecut ke HoSHAS dan terus x masuk opis dah. Esoknye pulak cuti lama. huh, itu yg bersawang dah ni..
*Flash back
Hari ini 25.10.2012. bersamaan 9 Zulhijjah.
Sekarang ni pada hari yang sama, tok abah Thaqif & Ajmal a.k.a abah aku dah berada di Padang Arafah. pintu langit terbuka dengan seluas-luasnya, semoga semua doa umat Islam termakbul dan semoga abah mendapat haji yang mabrur #Ameen
Tarikh yang sama juga untuk 4 tahun lepas, aku dan Kandar sah menjadi suami-isteri. Dan dah genap 4 tahun kami sama2 susah, sama2 senang, sama2 gembira, sama2 menangis, sama2 gaduh2. Semoga Allah terus merahmati hubungan kami ini. Insyaallah
chocolate tart ni sangat super gojes. TQ k.sophie utk tart yg super sedap ni
ANNIVERSARY 4
nampak tangan si Thaqif
berlagak cam ala2 titanic!! cettt
Ramai orang kata 'for the first 5 years of marriage is a challenging'. Aku setuju dengan statement tu tapi xde lah 100% sebab sebenarnye yang penting hati kita. Macam mana kita nak bentukkan hubungan tu supaya kita seronok menjalani fasa2 sebagai suami isteri. Alhamdulillah, kami hampir melepasi fasa 1 yg agak challanging pada mulanya dan berkat kesabaran bersama tempuh segalanya, sekarang ALLAH tambahkan rezeki kami dgn kurniakan 2 amanah yang sangat bernilai utk kami jaga & pelihara bersama. 4 tahun tu bukanlah tempoh yg lama pun. Panjang lagi perjalanan hidup kami, dan semoga ALLAH terus tetapkan hati kami dan panjangkan jodoh kami hingga ke Jannah #Ameen
Oh... ini gambar Kandar masa muda mudi dulu... sila jgn tertipu okeh.. :)
Terima kasih yang x terhingga buat Syed Muhamad Iskandar kerana ::
Menjadi penghibur tika bersedih
Menjadi penawar tika putus harapan
Menjadi penunjuk jalan tika kehilangan arah
Menjadi panduan tika tercari-cari
Menjadi penyemarak semangat tika lesu
Semoga dia terus akan jadi orang yang akan sama2 susah dan senang dengan aku.
Semoga ALLAH redha & berkati hubungan kita, terus pelihara kasih-sayang kita, moga ALLAH pelihara zuriat kita dgn jadikan anak2 dan keturunankita adalah anak2 yg soleh dan solehah #Ameen
I am nothing but ALLAH is everything
Double i
Izzati Iskandar
No comments:
Post a Comment