Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Siapa itu ISTERI

KISAH HAWA DICIPTA

isteri

Kewujudan isteri, iaitu perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seorang lelaki bermula dari kisah Nabi Adam a.s. Baginda walaupun menikmati kehidupan dan kesenangan tak terhingg di dalam syurga, namun hatinya tetap resah dan gelisah dan sering kesepian.

Kadang kala datang rindunya, baginda turun ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengar burung2 menyanyi besahut-sahutan. Namun, apakan daya, ianya masih tidak dapat mengubati kesepian Nabi Adam a.s, tetapi baginda malu untuk mengadu pada ALLAH SWT.

Walaupun baginda malu untuk memberitahu, namum ALLAH SWT maha mengetahui dan maha melihat apa yang tersembunyi di kalbu hambaNya, maka bagi mengusir kesunyian Nabi Allah Adam a.s, diciptakan Hawa untuk baginda.

Nah, sapa kata "no woman, no cry".....ceh, falsampah mana la ni kan... so ladies, we should proud to be yourself as a woman or in the specific word is to be a wife!!(for sure la legal wife ye)

Ketika Adan a.s tertidur nyenyak, ALLAH SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kirinya. Bagai dibius, baginda tidak berasa apa-apa.

Kudrat Illahi menghendakan terjadinya sesuatu hanya cukup berkata "kun" maka terciptalah HAWA dari tulang rusuk Adam a.s sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat bergurau-senda.

(oh..semestinya IZZATI diejadikan dari tulang rusuk kiri SYED MUHAMAD ISKANDAR, means mestilah IZZATI pelengkap pada insan yang bernama SYED MUHAMAD ISKANDAR...ceh, ceh, ter'inter-prem' plak aku nye modal iklan kat sini)

Sebaik terjaga dari tidurnya, Adam a.s terkejut kerana mendapati seorang jelita berada beberapa langkah dihadapannya. Maka bertanya la Adam a.s kepada Hawa dari manakah datang gerangannya. Hawa menjawab, 'Aku Hawa, datang dari Pencipta(ALLAH)....' Adam a.s melanggkah mendatangi Hawa, maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Tatkala tiba dihadapan Hawa, Adam a.s ingin menghulurkan tangannya, terdengarlah seruan: "Hai Adam..tahanlah dirimu, pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!"

Melalui pernikahan, Adam tidak lagi sunyi di dalam syurga. Itulah percintaan dan pernikahan pertama dalam sejarah umat manusia, dan berlangsung di dalm syurga yang penuh nikmat.

(melalui kisah & sirah nabi kat atas je aku dah terpikir dan terdetik, pasangan pertama dalam dunia adalah Adam dan Hawa, macam manalah otak kita boleh dijajah dan ditakluk oleh kuasa barat yang mengatakan sejarah peradaban manusia melalui orang gua, Neolitik, Paleolitik, blah..blah..apekejadah nya lagi xtau la...sudah terang lagi bersuluh kot, pasangan pertama manusia....)

No comments:

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers