*google pic & get from
Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya melihat apa yang di tegur
Insan lemah seperti kita tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan.Kesilapan inilah yang akan terus berlarutan sekiranya ia tidak disedarkan atau tiada siapa yang menegur kita.
Akan tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita juga sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur itu.
Contoh kisah 1 :
Suatu hari seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat berasa pelik. Lalu mereka bertanya, " Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?" Sayidina Umar menjawab, "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."
Kebiasaanya, manusia hatta diri kita sendiri kadang kala tidak suka pada teguran akibat sikit atau banyak ego yang ada dalam diri manusia itu sendiri, terpulang kepada bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau tinggi mana ego kita, teguran yang membawa kepada kebaikkan untuk diri kita sendiri perlulah diterima.
Jesteru itu, orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya. Jangan sampai di lebelkan sebagai
" cakap x serupa bikin"
Menjadi kebiasaan, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah
" bagai ketam mengajar anak berjalan lurus"
Jadi, orang yang menegur perlulah berwaspada terhadap kata2 mereka.
Siapa pun kita, besar mana pun kita, terimalah teguran itu sebagai 1 motivasi untuk perbaiki diri walaupun ianya teguran dari orang bawahan untuk kebaikkan ketuanya ataupun teguran yang baik dari seorang anak untuk kedua ibubapanya.
Best regards,
Izzati Iskandar
No comments:
Post a Comment