Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Melayu Gagah, Melayu Perkasa

Hebat tak tajuk entry kali ni?? So, Hari ini Melayu masih GAGAH ke? Melayu masih PERKASA ke? Melayu kah kita? so tepuk dada tanya lah hati masing2. Sebab isu ini sudah semestinya isu yang agak kesesitifan nya menyentuh banyak pihak, so saya xde la nak komen banyak just want to share with all of you guys.

Saje pagi2, bulan2 terakhir, atau saja nak refresh di akhir2 tahun 2010 sebelum ia menutup tirai yang mempunyai 1001 cerita suka duka. Jom kita cuba hayati dan layan lirik lagu ni:

 
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yg kecil,
Air mata darah,
Bercampur keringat
Bumi dipijak milik org.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri,

masa depan sungguh kelam..
kan lenyap peristiwa semalam..
bersatu lah hati,
bersama berbakti,
pulih kembali harga diri..

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara
 
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
 
*sila nyanyi dengan penuh semangat ya.
 
Ha, apa pulak motif IZZATI ISKANDAR kali ini?? 

Fuhh...apakah perasaan anda semua ketika menyanyikan lagu di atas?
 
So bg aku, lagu ini sgt sentimental dan membawa maksud yang sgt mendalam dlm diri aku. sebab nya mase aku di"orentasikan" masa mula2 aku masuk UiTM, Alor Gajah, Lendu, Melaka dulu, aku telah di sekolah kan dan telah di basuh dgn LAGU ini. Fuh setiap hari , setiap jam, setiap sesi kene menyanyikan lagu ni dengan semangat semasa "minggu mesra siswa" means minggu orentasi la. Fuhhh, sampai aku dah terbawa2 n mengigau2 dalam tido daa....

Selain dan di samping itu, kerana apa aku tidak boleh berenggang dengan lagu ini? antara sebab nya mesti lah aku telah disekolahkan masa MMS di uitm dulu. Yang ke-2 nye, sbb Mr.Buddy aku a.k.a Syed Muhamad Iskandar merangkap "pemandu peribadi" aku seumur hidup adalah "org kuat BTN"..hohohoho..so sesiapa yg pernah gi BTN mesti akan menyanyikan lagu ni kan???

Hahahaha....tapi serius cakap, aku memang tabik spring kepada yg mencipta lirik lagu ni, sebab die boleh membuat aku ter'touching' dan rasa macam semangat MELAYU aku terus naik tahap impak maksima.

Apakah sumbangan anda di dalam MELAYU?

Oh, kalo tanya pasal sumbangan aku, sebesar zarah pon xde. Yela, aku mane pandai cari2 peluang untuk bergiat lebih2, takut di salah ertikan. Tapi, semasa di KAMPUS ALOR GAJAH dulu, antara sumbangan kecil pada BANGSA MELAYU yg pernah aku buat adalah mempertahankan UiTM dari di buka kepada bangsa lain. BUkan la aku pi menentang bagai, aku yg wat macam2, tapi aku telah joint DEMONSTRASI atau piket (ntah aku pon xtau ape nama nya) secara aman di dalam UiTM itu menentang kemasukan bangsa lain ke dalam UiTM.

Sangat kecik kot sumbangan aku tu.....or itu tidak dipanggil sumbangan pon..ape pon, aku tetap ingin berbakti pada bangsa dengan pertahan MELAYU KITA...

Aku pon xtau secara specifiknya, just aku dapat input ni dari seorang lecturer aku mase aku studi. itupon baru2 ni aku dapat input ni. Aku try search and google tapi mc  xbape nak jumpa jek....so, aku still cari lagi.mungkin aku salah taip maklumat ke ape ke..hahaha..

Aku xtau samaada maklumat aku  ni betol ke x. Tapi yg aku tau untuk ORANG MELAYU wujudkan UiTM, org MELAYU terpaksa korbankan beberapa ribu kerakyatan pada masa itu (mase tu xdipanggil uitm lagi) so, kita dah berkorban benda yg penting utk tubuhkan khas bagi anak ORANG MELAYU, jadi kenapa kita nak sia2 kan pengorbanan itu??? kenapa kita nak sokong kemasukan org luar/bangsa lain kerana kita dah berkorban!! bukan saja2...(wah sorri semua teremosi pulak..........)

Kita bukannya dapat UiTM itu free2 jek sebab kita golongan majoriti, tapi kita bayar HARGA UiTM itu dengan pengorbanan!! So, sedarlah wahai anak MELAYU, jika sesiapa yg menyokong uitm itu dibuka pada org luar. Itu sebab aku terus2 jek volunteer mase sertai demonstratsi secara aman. MAse itu mmg best sgt, sebab aku rasa bangga jadi ANAK MELAYU yang pertahankan BANGSA MELAYU. So, antara pic aku mase sertai demonstratsi pada tahun 2008





Ini lah antara sumbangan kecil aku dalam BANGSA MELAYU semasa mempertahankan HAK ORANG MELAYU!!!
HIDUP MELAYU!

Lots of Love
Izzati ISkandar

2 comments:

Ayuraza said...

yunk..idup melayu..
idup kak ayu..hehe :P
mai ler jenguk blog...

IZZATI ISKANDAR said...

oret kak u..huhuhuuhuh....

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers