Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Cousins Time

Salam semua...


Just want to share a few more pics of Thaqif with some of his cousin and proudly say how adorable and charming the most special boy in my life - My Thaqif a.k.a Mr.Debot. You are the best thing to ever happen to this family. 


Layankan gelagat Thaqif dan sepupu2 nya (",). Macam2 gaya and pose si Debot ni buat dengan sepupu2 nya.
















*Sorry for the unprofessional snap the pic.






Love Thaqif always,
Izzati Iskandar

Kandar vs Sydney!!!

Salam & selamat pagiii semua....

Pagi yg terlewat utk gi keje...adushhh...aku terpaksa speed memotong lori2 sawit sbb tgk jam dah kol 7.52 tapi masih kat Jengka 17 lagi...alamak...oh s***!!!! Tengah2 aku layan corner...*ceh,ceh,ceh ade plak call dari "My Manje Kandar" a.k.a My Buddy lerr...hahaha * tu nama commercial aku save kan dlm hp. Dalam hati berapi2, 'alamak, time2 cam gini la die nak call bagai nye...dah la terlewat ni....'.....2x missed call, then dapat plak mesej cam gini 'Umi, dalam paper hari ni, ke Sydney RM199, first time route ke Sydney'........

Cetttt...aku ingat pe la tadi..then dah nak masuk kat pintu gate, aku pon call balik, tanye kenapa call?? first, Kandar cakap, hati2 drive, start semalam polis wat roadblock OPS SIKAP for CNY 2012...okeh abah, tenkiu, secondly, fly to price ke Sydney..oh, by the way tenkiu abah.....hehehehehe.

Then aku pon ketuk kad, lohhhhh merah sebab dah 8.03 a.m !!!!   K, amik nafas, bertenang, and bukak email, compem2 aku dapat email yg sama cam incik Kandar bagitau tadi.



*click to enlarge



Tengok, dah cakap, dah dear Nor Izzati......bla...bla...bla...nak suh aku perabis kan duit aku la tuh...cetttt..hahaha...


tapi seyes....murah la kot...if pergi balik RM199+RM199 plus die punye tax and fuel xsampai kot RM1k...tambang murah kan...everyone can fly...hahaha




Semoga korang semua boleh plan2 ke sane ye....nanti boleh belikan aku FM ye...best..best



Best regards,
Izzati Iskandar

Orang Yang M.U.F.L.I.S

Salam Jumaat semua....secebis coretan untuk dikongsi bersama!!!



Nabi Mohammad saw pernah bertanya pada sahabat siapa kah orang yang muflis? Sahabat menjawab, "mereka yang miskin". Nabi bersabda " Tidak! mereka yang muflis ialah mereka yang mempunyai anak tetapi apabila mereka mati anak mereka tidak mendoakan mereka dan mereka tidak mendapat apa apa kebaikan dari anak mereka". 

Oleh yang demikian, kepada semua korang2 semua, yang telahpun jadi ibubapa atau yg bakal bergelar ibubapa, ingat lah, sentiasa berbuat baik dan bersangka baik pada anak2 korang selagi korang hidup. Didiklah anak2 dengan kasih syg, hiasilah peribadi mereka dengan keimanan & pakaikan mereka dengan pakaian akidah yang terpuji. Anak itulah harta dunia & akhirat untuk bekalan diri kita. 

Ada diluar sana yang mana, anak2 masih lagi tidak menghargai ibubapa sendiri, maka, ibubapa itu sendiri juga hendalah melihat & mengkaji serta merenung kembali kedalam diri sendiri apa punca anak itu jadi sedemikian rupa. Jangan asyik menyalahkan anak sahaja.





Semoga, Mr.Debot a.k.a. Thaqif menjadi anak yang soleh serta sentiasa terlindung dibawah lembayung Illahi & mendapat rahmat dariNya. Doa serta harapan abah & umi semoga Thaqif menjadi pembimbing kepada adik2 yang lain menjadi insan yang berguna, bertaqwa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami berdua dan sedekahkan sebanyak yang mungkin alunan Al-Quran buat bekalan kami berdua, apabila kami telah meninggalkan dunia yang fana ini. Amin, amin, amin.



Yang sentiasa mengharapkan kebaikan,
Izzati Iskandar

Teguran Yang Membina

Sekadar untuk dikongsi bersama

*google pic & get from 


Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya melihat apa yang di tegur

Insan lemah seperti kita tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan.Kesilapan inilah yang akan terus berlarutan sekiranya ia tidak disedarkan atau tiada siapa yang menegur kita. 

Akan tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita juga sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur itu.

Contoh kisah 1 :

Suatu hari seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat berasa pelik. Lalu mereka bertanya, " Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?" Sayidina Umar menjawab, "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar." 

Kebiasaanya, manusia hatta diri kita sendiri kadang kala tidak suka pada teguran akibat sikit atau banyak ego yang ada dalam diri manusia itu sendiri, terpulang kepada bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau tinggi mana ego kita, teguran yang membawa kepada kebaikkan untuk diri kita sendiri perlulah diterima.

Jesteru itu, orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya. Jangan sampai di lebelkan sebagai
" cakap x serupa bikin"
Menjadi kebiasaan, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah
" bagai ketam mengajar anak berjalan lurus"

Jadi, orang yang menegur perlulah berwaspada terhadap kata2 mereka.

Siapa pun kita, besar mana pun kita, terimalah teguran itu sebagai 1 motivasi untuk perbaiki diri walaupun  ianya teguran dari orang bawahan untuk kebaikkan ketuanya ataupun teguran yang baik dari seorang anak untuk kedua ibubapanya.



Best regards,
Izzati Iskandar

Slot Terbaru

Tak terlambat lagi kot nak ucap "selamat Tahun Baru 2012" kat korang sume...hahaha, terlewat skit la sbb dah lame xupdate belog ni kot...al-maklumla byk plak keje skang nih..bertimbun2 tggu Q nak di selesaikan...tambah2 plak si Mr.Debot terlebih aktif skang...hannndoiiii byk pulak mulutnye skang... 

Cite pasal 2012, adoooyai, makin byk plak slot tv+drama yang muncul utk ditonton.Ni penangan Tentang Dhia la ni jadi terminat kat Nora Danish...sampai Mr.Buddy aku pon layan dari awal sampai akhir....hahahaha.

Beb, wa cakap talak tipu punya, incik Kandar muka ganas hari2 sharp kol 7 malam je berebut2 chop tempat depan tv nak tgk Dhia & Zikir.hahahaha Ni muncul plak drama baru kat TV9 "Ariana Mikhail" mula 16 January 2012 ni tiap2 isnin & selasa. 



Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.



Keterujaan bertambah sebab diorang shoot kat Paris ye, tengok belakang tu de Eiffel Tower okehhh... Mr.Buddy mesti lagi teruja kot sebab die memang nak ke Amsterdam pastu pass by ke Paris dan amik tren ke Old Trafford nak tgk go,go glory MU main secara live...Mr.Buddy kate mini Europe Tour...cettttt.....wahhhh...wahhhh

Okeh, nanti jom ramai2 kite pakat tengok si Nora & Sein nih berlakon same ek.






Best regards,
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers