Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Showing posts with label ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK. Show all posts

Review & Happy Bestday

Salam sihat, ceria dan salam EOM utk bulan Januari.

Banyak perkara baru aku belajar dan dapat dalam 2013. Kadang2, ade yang aku mudah dan senang aja untuk lalui, dan kadang2 terasa macam payahnya. Itulah kehidupan. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segala jalan yg ada untuk aku lalui dengan tenang. 

Allah itu punya perancangan yang lebih baik daripada apa yg akal kita mampu fikirkan. Aku rasa banyak sangat kekurangan diri yang perlu aku baiki. Aku nak hidup aku jadi lebih baik, jadi lebih bermatlamat, supaya aku dan Kandar jadi contoh yg sebaik mungkin pada Thaqif & Ajmal. 

Kalau difikir2 kan, banyak dah masa yg xberfaedah, masa bersuka ria tanpa manfaat kitorang bazirkan. Ade orang cakap & pesan kat aku yang mana, setiap perkara yg membuang masa yg kita lakukan, atau perkara2 lagha yg tidak mendatangkan faedah & mengundang dosa yg kita lakukan akan balik pada keturunan kita. Nak ke anak2 kita lakukan perkara yg sama macam kita lakukan? Itu soalan yg mana rasa terjerut leher aku bila org yg cakap n bagi nasihat tu tanya pada aku. #Nauzubillahiminzalik.

Macam itu lah perasaan makbapak kita sekarang rasanya, bila kita buat perkara yg kurang elok pada pandangan sesetengah umum, dan bila kena turn anak2 kita, xboleh bayangkan macam mana pulak reaksi kita. Semoga Thaqif & Ajmal jadi anak2 yg soleh. #Ameen

Nasihat dari seorang sahabat utk aku jugak, " Izzati tengok realiti dunia hari ini kan, ramai yg bangga dengan pasangan yg masih tak sah lagi disisi agama. Tanpa rasa malu & dengan rasa bangga post sana sini tengah dating. Kau kena ingat Izzati, sebab tu Allah susah nak murahkan rezeki bila hubungan kita dengan pasangan yg tiada lagi kaitan lebih diutamakan dari jaga hubungan dengan Allah dan itu penyebab dunia hari ini, berlaku banyak kekacauan & penceraian dlm kehidupan rumah tangga bagi golongan muda yg baru kahwin. Diorang lebih pentingkan hubungan sebelum sah & halal disisi agama dari memikirkan hubungan dan cara terbaik utk kita lakukan lepas bernikah."

Glupp, macam terkena batang hidung sendiri pulak dulu masa zaman2 bercinta dulu. Sama aja aku dulu dgn ape yg sahabat aku pesankan. Terima kasih, N****** sebab bagi nasihat yg sangat terkesan dlm hati aku. Ye mmg susah utk kita bg nasihat kat orang, takut2 orang salah anggap apa yg kita sampaikan. Tapi, sahabat aku ni, sgt tenang aje bila ingatkan aku dan berani pada jalan yg betul. Moga Allah berkati hidupnya.

Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dgn orang yg sama2 'lagha' satu masa dahulu, kini selamat jadi suami & ayah pada anak2 aku. Moga kesalahan2 lama & dosa2 lama Allah ampunkan melalui hubungan yang sah lagi halal antara kami ini. #Ameen. 

Terima kasih byk2 pada Kandar, sebab sama2 susah, senang & gembira. Selalu jadi supporter walaupun pada masa2 yg x diperlukan :) hahaha.... dan selalu jadi 'Best Friend' yang sporting, dan akhir sekali, semoga Allah jadikan Kandar pasangan dunia akhirat yg baik & selalu ada dan akan berubah kearah yg lebih baik untuk aku. 


*Abaikan Kandar masa gemuk. Thaqif xpuas hati.


Sama2 mintak dengan Allah, supaya kita jadi ibubapa yg boleh dicontohi oleh anak2, dan jadikan diri kita ibubapa yg anak2 banggakan. Semoga sama2 berubah ke arah yg lebih baik.

!
!
!
!
!
!
!
!




4 February 2013

*Wish u all the best Abang,
*Happy 31st bestday
*Semoga Allah murahkan rezeki & semoga diberi nikmat hidup yang baik




I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar



Anak Permata Hati

Assalamualaikum & salam Jumaat semua,

Memang dah lama sangat x update apa2 pun kat blog sini. Idea banyak tapi kesempatan kurang buat masa ni. Sampaikan kelmarin Mr.Buddy siap bertanya 'eh, awak dah lama x tulis blog ye?'  so macam semangat & roh untuk terus menaip tu berkobar2...cewahhh

Sempena hari yang baik, bulan yang baik ni, nak share 1 majlis ilmu yang aku attend & dengar yang agak terkesan dalam hati ni memandangkan sekarang aku & Mr.Buddy sudah pon berstatus IBU BAPA. 

Anak adalah Permata Hati

Pesanan ini juga khas ditujukan buat Mr.Buddy & aku khususnya.

A.N.A.K....
Perkataan anak itu sendiri mempunyai maksud yang mendalam bagi setiap pasangan yang mana nalurinya kuat ingin punyai atau yang sudah punyai anak. Maka, jaga dan didik lah anak itu dengan sebaik mungkin supaya kelak menjadi orang yang berguna.




Tips didikan anak mengikut sunnah Rasulullah ::

7 tahun pertama (1 - 7 tahun) - Didiklah anak itu dengan penuh kasih sayang & manjai mereka dengan sepenuhnya agar ikatan antara anak dan ibubapa erat.

7 tahun kedua (8 - 15 tahun) - Didiklah anak itu dengan cara displinkan mereka. Kerana diusia mereka ini, sedikit ketegasan diperlukan agar mereka tidak lalai dan berada di atas laluan yang betul

7 tahun ketiga (16- 22 tahun) - Didiklah anak itu dengan cara menjadi sahabat kepada mereka agar mereka berasa senang untuk berbual dengan kita. Dan seandainya jika mereka menghadapi sebarang kesulitan, pasti kita yang dicarinya sebagai tempat untuk mengadu.



Buat Syed Muhamad Iskandar , suamiku , ayah kepada anak2 ku & kawan baikku.


Ingatlah.............
Anak itu anugerah Allah
Jangan sesekali kita B.U.A.N.G anak itu kerana dia akan menjadi Saham Akhirat kita,
Mereka lah permata hati kita,
Mereka buat kita rasa kekadang ingin KETAWA dengan lawaknya,
Mereka buat kita rasa SEDIH bila dia jatuh sakit,
Mereka buat kita rasa kekadang ingin MARAH dengan kenakalannya,
Mereka buat kita rasa kekadang TIADA MASA hanya kerana ingin melayannya,
Mereka buat kita rasa PENAT dengan telatahnya,
Tapi itulah yang indahnya perasaan menjadi IBU & BAPA kepada seorang anak.
Perasaan manusia yang pelbagai ini, yang sentiasa turun dan naik inilah yang menjadikan manusia itu ciptaan yang ISTIMEWA.

Syed Muhamad Iskandar,


Ketahuilah bahawa..........
Setiap masa, keringat, peluh, penat lelah, kasih sayang dan juga WANG RINGGIT,
Yang dikeluarkan untuk anak,
Yang diberikan untuk anak,
Yang diperuntukkan untuk anak,
Semua nya adalah SEDEKAH JARIAH,
Amalan sedekah yang akan sentiasa kekal abadi dalam diri anak2,
Dan jangan sesekali MENGUNGKIT atau MEMPERTIKAIKAN apa yang telah kita berikan pada mereka,
Kerana kelak mereka juga akan mempertikaiakan keikhlasan kita sebagai IBU BAPA kepada mereka,
Dan itulah yang terjadi kepada anak2 zaman kini,
Kerana ketidak ihklasan mereka sebagai IBU BAPA lah yang menjadikan anak2 hilangnya rasa hormat pada mereka.


Alangkah ruginya bagi IBU BAPA yang tidak MENGHARGAI anak2 mereka!! waallahua'lam

p/s : Semoga hubungan antara kita, sebagai ibu dan bapa dengan anak-anak (Thaqif & adik2 nya..insyaallah) akan sentiasa erat dgn kasih syg & mendapat keredaan dariNya sehingga akhir usia kita. Amin

Sayang Mr.Debot selalu


Regards,
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers