Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Showing posts with label SOLAT. Show all posts
Showing posts with label SOLAT. Show all posts

Menjaga SOLAT

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Nak share sikit info "Rahsia Khusyuk Dalam Solat" dari apa yang aku dengar supaya ianya dapat aku sendiri praktikkan satu hari nanti...insyaallah.

Macammana kita nak jaga 'solat' kita supaya kita boleh rasa khusyuk & tawaddu' semasa dalam solat?

Dari tazkirah ringkas yang aku dengar dari Ustaz Dr. Jamnul Azhar, ada banyak punca dan sebab kita boleh khusyuk dalam solat. Kekhusyukan dalam solat ni pada zaman Rasulullah dulu sampai tahap kesakitan yang perit pun x terasa. 

Seperti kisah Saidina Ali R.A yang mana pada satu hari dalam sebuah peperangan, beliau telah terkena panah di betis, dan para sahabat yang lain mencari jalan untuk menanggalkan anak panah tersebut dengan berhati-hati tetapi yang kedengaran hanya raungan dan jeritan yang kuat dari Saidina Ali kerana sakitnya apabila sahabat ingin mencabut anak panah itu. Lantas para sahabat meminta pandangan Rasulullah dan Baginda telah menyuruh para sahabat mencabut ketika Saidina Ali sedang bersolat. Dan ketika dicabut semasa Saidina Ali bersolat, langsung tiada suara yang keluar dari mulut Saidina Ali bahkan tiada kesakitan yang dirasa ketika anak panah itu dicabut semasa dalam solat

Tengok, alangkah hebatnya bila rasa khusyuk dalam solat.




Dari banyak2 petua, cuma nak rungkaikan 2 cara untuk menjaga solat kita supaya khusyuk.

1. Jaga pemakanan & minuman

Maksud menjaga makan & minum adalah mengelak dari memakan dari sumber yang tidak diketahui halal haramnya.

Kenapa perlu mencari yang halal ?
Kerana sumber yang halal boleh menjaga & membersihkan hati kita dan hati yang bersih boleh membawa kepada rasa khusyuk semasa solat.

Seperti ada 1 kisah dulu dimana ada seorang yang alim akan membawa sebiji timun yang ditanamnya & diusahakannya sendiri di ladang miliknya tiap kali ke bandar. Apabila ditanya oleh anak muridnya, maka jawabnya, adalah untuk mengelakkan dari terbeli & makan di kedai makan sungguhpun begitu takut-takut sumber yang datang ke kedai makan itu diyakini tidak bersih & haram.

Subhanallah..


2. Jaga pandangan & percakapan


Maksudnya di sini, hendaklah kita menjaga mata & lidah dari benda2 yang 'lagha' iaitu benda yang melalaikan.

Kenapa perlu menjaga pecakapan?
Kerana membicarakan perkara2 yang melalaikan/lagha boleh mengeraskan hati. Hubungan antara lidah & hati sangat kuat. Maka perlu jaga lidah kita supaya terjaga hati kita untuk mendapat khusyuk dalam solat.


Untuk renungan diri sendiri supaya beroleh rasa khusyuk itu...insyaallah



Regards,
Double i (Izzati Iskandar)

Start New Course for Mr.Debot

Hi semua...kembali lagi ye. Hari ni 2 Ramadhan 1432 bersamaan 2 Ogos 2011. Dibulan-bulan yang mulia ni, makan entry kita pun kene la yang berunsur-unsur ke arah kebaikan juga...hehehehe..

Ni sebut pasal 'new course' ni...bukan ape.. bukan lah nak pi register semester baru untuk masuk U ke nak amik course baru ke untuk mak atau babah tahqif tapi ni cite bile Thaqif belajar "Subjek Baru" dalam kehidupan dia..jom layan.

Al-kisahnya adalah, bila Mr.Debot belajar pelajaran paling penting untuk sistem kerohanian dirinya sendiri dan semoga ia menjadi bekalan buat dirinya juga apabila bertemu Pencipta-nya, Allah Yang Maha Agung...iaitu bila Syed Thaqif belajar "Sembahyang" dan 'Mengaji" .......Alhamdulillah semoga sejuk perut ibu yang mengandungkan dia ni.

Sangat yeruja dan gembira bila lihat darah daging sendiri yang baru hidup di muka bumi Allah x sampai 2 tahun ni terbongkok-bongkok untuk belajar "Solat".

DAY 1 of learning

1

2

3

4
 Keterangan gambar :

1) Sebelum perform 'Solat' kene senyum dulu, biar seri muka tu naik....ngeh..ngeh

2) Dari pergerakan sujud untuk berdiri....biasalah, badan besar jadi bangun pon kene slow2

3) Siap sudah 'Solat', ni betul-betulkan kaki, lunujur bagi kendurkan urat2 yang tegang..hahaha

4) Sedia nak baca Doa...aminnnnnn


Itu baru hari yang pertama Mr.Debot 'solat' sorang2....kita layan hari ke-2 pulak..gelagat Mr.Debot bila perform 'Solat'.



DAY 2 of learning

1

2

3
Keterangan gambar :

1) Duduk antara 2 sujud

2) X berapa nak reti sujud, jadi paling mudah terus je cam tu....*siap pakai stokin lagi makkk oiii

3) Siap sudah 'Solat',amik Berkat dengan belajar baca Yaa-Sinnn (mase ni khamis malam jumaat kan)


Itu antara aksi dan keletoh Mr.Debot mase belajar 'Solat' dan 'Mengaji'. AHri yang ke-2 siap pakai stokin bagai...memang lawak betol Mr.Funny ni...
Doa dan harapan, semoga terus menjadi anak yang Soleh yang boleh banggakan umi&babah....aminnnn


Love,
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers