Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Showing posts with label DUIT. Show all posts
Showing posts with label DUIT. Show all posts

CASH RM1,000 Siapa Nak Bagi

Salam sihat & ceria

Backdated story ::

Sebenarnya dah lama nak share dengan korang cerita yang sedap & BEST *tapi x boleh makan ok :)

Kandar aku masuk WLC 6 (Weight Loss Challage) masa hari raya hari tu . So die sangat excited dan berharap kalau ada rezeki boleh menang tempat 1st. Korang..korang, macamana Kandar tak excited nak menang tempat 1st, hadiah dia CASH money tau RM1,000. Sape nak bagi betol x?

Cabarannya 6 minggu sahaja sepatutnya tapi dianjak menjadi 8 minggu sebab hari raya. Dah namanya rezeki kan, Allah saja yg mengetahui, maka Kandarku pun menang la hadiah RM1,000 itu. #Alhamdulillah.

 * tengok senyum Kandar yang besar itu

* serious aku pun teruja tau tengok CASH yang Kandar pegang tu


Korang....RM 1,000 tu banyak benda kot boleh buat. Pada aku lah....pada korang x tau lah...hehehe. Boleh beli stok susu anak, boleh beli stok pampers anak dan etc..etc..

Modalnya? Alah, modalnya korang beli & makan product baru berapa, plus Insyaallah korang dapat kesihatan yang baik lagi. So bile korang menang, hadiah DUIT yang korang terima tu, tolak aje dengan modal korang beli product, nah........untung tu kira ganjaran korang. 

Ada x product lain yang BELI, MAKAN & MENANG?

Kalau bukan rezeki korang tempat 1st = RM1,000, mungkin rezeki korang tempat 2nd = RM500 atau tempat 3rd = RM250.



* klik untuk besarkan


Nak berjaya kena la bersungguh dan berusaha. Nak menang? Korang nak x CASH RM1,000? Senang je, beli , makan, dapat result dan menang. 

Sape yang nak RM1,000 ke RM500 ke RM250 sila laju2 inbox/pm/sms  aku 017-920 3587



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar








Gandakan Pendapatan # Bijak Mengurus

Salam sihat & ceria

Bila sebut je pendapatan mesti berbagai ekspresi muka yang korang buat. Ada yg tersenyum lebar, ade yg senyum kejap pastu xnak senyum dah, ada yg tersedak, ade yg monyok dan ade jugak yg xde perasaan langsung bile dengar je perkataan p.e.n.d.a.p.a.t.a.n itu sendiri. 

Aku sendri pun bile sebut je perkaatan tu, macam2 ekspresi muka boleh keluar. Tapi berubah2 mengikut waktu.. ngeh..ngeh.. :)  Bila akhir bulan confirm la tersenyum lebar dan luas.

Achik pernah nasihatkan aku yg mana untuk menguruskan pendapatan ni bukan senang. Lebih2 lagi bila aliran masuk itu sedikit berbanding aliran yg keluar. Permulaan masa dia mula2 menjana pendapatan, simpanan yg dia buat bg kesulurhan jumlah pendapatan adalah lebih 70%. 70% tau....bukan 10% bukan 20% dan bukan jugak 30%. *owh Achik kira mak sedara aku la... kira2 masa ni dia nasihatkan aku  dan bg tips mcmana nak urus kewangan plus berjaya dalam apa jua yg kita buat!!

Uruskan pendapatan kita dengan bijaksana dan berdisiplin. So ini antara beberapa tips dan juga peringatan utk diri aku sendiri supaya Insyaallah boleh menambah simpanan kita disamping pendapatan yg kita perolehi digunakan dgn sebaiknye.



Agihkan pendapatan seperti ini :

  • Simpan 1/10 untuk dilupakan (* bermakna untuk simpanan kita sendiri dan bukan simpanan utk diambil )
  • Simpan 1/10 untuk melunaskan hutang
  • Simpan 1/10 untuk kebajikan & agama (termasuk zakat) #ini sangat perlu
  • Gunakan 2/10 untuk keluarga
  • Gunakan 1/10 untuk diri sendiri
  • Berikan 1/10 kepada orang tua
  • Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
  • Laburkan 1/10 utnuk perniagaan sedia ada

Kita selalu hanya akan menabung jika sudah ada lebihan wang. Itulah kesilapan kita!! Jangan fikirkan jumlahnya tapi fikirkan bagaiman kita boleh menyimpan berterusan.


# Fuuhhh kena manage balik (re-arrange) perbelanjaan aku amcam gini. Insyaallah semoga Allah permudahkan urusan dan niat kita yg baik. Amiin

Korang-korang, sesiapa nak gandakan pendapatan korang, nak aku bantu korang, Insyaallah aku boleh bantu. Korang email/pm/sms aku laju2 ye kat  017-920 3587



I am nothing but ALLAH is everything

Double i
Izzati Iskandar




Aliran Pendapatan BERGANDA

Salam jumaat yang penuh barakah semua!

Cuma nak share sedikit info. Bila sebut je bab P.E.N.D.A.P.A.T.A.N je mesti macam2 reaksi. Ada yang tersenyum, tersengih dan ada gak yang mencebik...hehehe...tapi bila sebut je PENDAPATAN BERGANDA, mesti semua macam ternganga je mulut....termasuk la aku jugak.




Apa RAHSIA si KAYA? Macam si KAYA menggandakan pendapatan mereka? 

Apakah sebenarnya rahsia si kaya & apah strategi mereka yang dah memang kaya menambahkan lagi pendapatan mereka? 

Jawapannya adalah aliran pendapatan yang berganda. Bermaksud, tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan saja. Sekiranya kita hanya ada satu je punca pendapatan, seperti makan gaji, apa akan terjadi sekiranya pendapatan tersebut terhenti?

Contohnya, jika kakitangan kerajaan hanya bergantung kepada gaji bulanan yg diperolehi semata2, dan terdapat kebarangkalian sebab-sebab yg tak dapat di elakkan yg menyebabkan kita terpaksa berhenti kerja, apakah yang akan terjadi pada aliran pendapatan kita? Bayangkan sekiranya ini terjadi kerana kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi kepada aliran pendapatan kita untuk 6 bulan kemudian...sudahkah korang bersiap sedia dengan simpanan yg cukup untuk jangkamasa 6 bulan kemudian kiranya terjadi sesuatu? Tepuk dada, tanya la diri sendiri.

Aliran pendapatan berganda sering diamalkan oleh ramai golongan kaya. Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca sahaja. Bagi seorang usahawan, separuh dari keuntungan perniagaan mereka itu akan dilaburkan pada satu perlaburan yang lebih lumayan untuk menambah aliran pendapatan yang sedia ada.

Labur lebih dari satu tempat

Apabila melabur, bukan melabur pada satu akaun perlaburan sahaja. Ramai yang melaburkan keuntungan mereka dengan membeli hartanah kemudian menyewakan hartanah tersebut untuk memperoleh lebih keuntungan. Sebagai tambahan juga, bidang hartanah boleh juga menjadi punca pendapatan berganda. 

Terdapat 2 jenis perlaburan iaitu perlaburan jangka masa pendek & perlaburan jangka masa yang panjang. Bidang hartanah adalah contoh jangka masa yang panjang dan semestinya selamat tapi perlu diingatkan juga, untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat, perlaburang jangka pendek juga diperlukan bg menampung sama aliran pendapatan yang sedia ada.

Oleh itu, fikir-fikirkan & renung-renungkan bagaimana kita (korang dan termasuk aku jugak) boleh menggandakan pendapatan yg sedia ada kini.


Semoga terus 'Success'
Double I # izzatiiskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers