Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Showing posts with label KERETA. Show all posts
Showing posts with label KERETA. Show all posts

Oh!! NBS 5736

Salam sihat & ceria semua!

Hari2 bangun pagi kena bersyukur sebab ALLAH bagi extra 1 hari lagi untuk kita terus bernafas di bumi ALLAH yg maha luas ni. Semoga ALLAH lebih memberkati hidup aku dan korang semua, lebih beri kasih sayang pada kita, dan murah kan rezeki kita semua. Allahumma amiin.

Pagi tadi tak de lah terkejar2 sangat nak ke tempat keje, sebab hari ni awal sikit, tapi xde la bawak kete melinggang kangkung cam gitu. Cuma hari ni agak 'terkejut mak' sebab hampir ade insiden, tapi nasib ALLAH masih bagi peluang & sayang aku lagi. Fuhhhh

Ceritanya cam gini, pagi tadi aku nak potong lori balak yg ada 2 langkau depan aku. Depan aku si Avanza, and then depan Avanza itu adalah lori balak yg mmg kompem2 la berat. So, Avanza tu mcm xde hint nak motong, dengan sehemah yg mungkin nak potong aku pun bagi la signal, dan2 nak potong, baru je nak potong, tanpa bagi signal tiba2 si Avanza tu cross jalan aku, sama nak potong jugak. Ha, korang macam boleh imagine kan, tp utk bg clearkan lagi, aku dah siap2 lukis dah.

Tapi maaf la lukisan gaya cakar ayam kot..hahaha sebab melukis tu bukan bidang aku..hahahaha ;p

 
Aku dah siap labelkan sekali semua..hahahaha. Oh sebab xreti & langsung xpandai melukis, 'tangan bangku' haha maka semua bentuk kerete ke lori ke aku lukis petak juga ye. 1 tu adalah lori balak, 2 si Avanza, 3 kompem la aku yg berhemah tu. Tengok kiri kanan jalan tu, kan ade mcm belon2, itu bukan belon ok, itu sawit2 hutan2 bagai. Kan ke jalan jengka, kompem la byk sawit2.

Ha, kejadian ni jadi kat jalan antara jengka 15 dan jengka 16. Kan jalan yg straight tu, sape penah lalu, tau kot. Jalan tu dari dulu mmg teruk, baiki pun tetap teruk jugak, lobang sane sini + tepi2 tanah yg xbape elok jalannye.

Aku mula2 dah siap2 bagi signal nak potong, cool je aku nak potong, tibe2 si Avanza boleh plak cross jalan aku, tanpa bg signal. Makk aii terkejut r aku, nasib aku sempat kontrol stereng beb. Tapi terjatuh gak r kete aku kat tanah tepi jalan tu, masuk lubang2 kecik. Tengok no tu. 1 Avanza tu main cross je aku, no 2, aku terjatuh dan termasuk kat lubang kcik tepi jalan. Hati aku sakit jugak. sebab dia ape pun xde buat. Angkat tgn ke ape ke, yg die buat die terus pecut. Takut r tu dah salah.

Hello abang!!! kita same2 pengguna jalan raya, jalan tu bukan jalan abg sorg, berhati2 sikit. Bukan abang aje lambat nak ke tempat keje, semua org pun macam tu. Bertolak ansur la sikit abang. Bukan nak dengar abang ucap maaf pun, tp sekurang2 nye angkat la tgn tanda maaf. Mentang2 kereta aku bawak kecik, macam di ayam2 kan aje.. Lagipun abang Avanza, jalan jengka ni xbape elok, lubang sane sini, kesian sikit kereta org lain.

Peringatan juga untuk brother tu dan aku, nak potong, tgk dulu cermin belakang, kiri kanan. Line clear, boleh la potong bang!! Aku pun kejar la kete tu sbb nak snap die punye plat no. So korang, jumpe mamat NBS 5736 ni, AVANZA, kirim salam kat die ye. cakap, jangan nak pikir diri sendiri aje. 



# Maaf bang, saya tersnap pic abg. Nasib ALLAH syg saya hari ni bang, xjadi ape2, buatnye jadi sesuatu kat saya, kesian suami & 2org anak kecik sy tu.  Korang2 termasuk diri aku, bukan kena bayar pun cakap mintak maaf, kita kan orang Melayu yg penuh dgn budi bahasa. Jadi berbudi bahasalah kita dijalan raya. Subhanallah... semoga ALLAH lembutkan lagi hati aku ni. Semoga ALLAh tebalkan lagi ketabahan dalam diri aku yg lemah ni.



UPGRADE YOUR LIFE NOW
ASK ME HOW
017-920 3587 (izzati) 012-959 2119 (iskandar)



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

Bebas Bebanan Hutang Kereta

Salam Februari 2012 semua,

Kesibukkan semakin bertambah dengan timbunan tugas2 sebagai seorang ibu, isteri, pekerja, pelajar dah jadi sikit kekangan unuk aku meneruskan coretan yang tak seberapa ni. Ditambah pula untuk menyediakan persiapan yang serba ringkas bagi menyambut kedatangan 'orang baru' dalam hidup kami tak lama lagi. Berseri-seri lagi lah keluarga kami nanti...insyaallah..amin.

Cerita pasal K.E.R.E.T.A, siapa yang sangka kini kereta bukan lagi boleh diberi istilah kemudahan dalam hidup kita semua, tapi dah jadi macam keperluan pulak kan. Sebab itu lah di bandar2 besar, kesesakan lalu lintas menjadi semakin parah kerana hampir setiap orang memiliki kereta dan menggunakannya sebagai perhubungan untuk ke tempat kerja. Istilah 'Car-Pool' pulak agak rumit, terutamanya bagi ibu2 yang mana mempunyai anak2 kecil untuk diurus sebelum ke tempat kerja.

Ya, tiba2 idea untuk berkongsi cerita dengan korang semua setelah aku terbaca article seorang blogger yang di tulis pada 2008 dan beliau kini sudah kembali ke rahmatullah * al-fatihah

Apa yang penulis luahkan adalah100% benar dan aku sangat setuju dengan pandangan yang arwah lontarkan. Hari ni, ramai masyarakat kita khususnya golongan muda remaja tidak terlepas dari bebanan hutang kereta. Kadangkala sehingga boleh diistilahkan kerana terlalu mengikutkan kemahuan, diri jadi sengsara. Ramai yang sanggup mengikat perut semata2 untuk membayar ansuran bulanan kereta hanya kerana keperluan bagi pengangkutan ke tempat kerja.

Kadangkala, ansuran bulanan yang tinggi sehingga hampir melibatkan separuh gaji agak menyulitkan pengguna. Bukan itu sahaja, malahan belum dicampur lagi bebanan untuk mengisi petrol. Semuanya memerlukan duit, duit, duit.....

Kadangkala, bukan disebabkan untuk bermewah2 atau sikap menunjuk bahawa mampu memiliki kereta, tetapi "sistem pengankutan awam di Malaysia yang tidak efisyen" masih lagi menjadi persoalan kepada semua rakyat terutamanya seperti kami yang berada di luar bandar. Bayangkan kalau di Bandar Jengka, pengankutan awam pun setakat jam 6 petang sahaja waktu operasinya dan kekerapannya setiap 2 jam sekali, itu pun hanya pada laluan tertentu sahaja. Itulah yang menyulitkan keadaan kepada ratusan orang yang bekerja di kawasan luar bandar.

Kalau kita nak bandingkan dengan negara luar, rata-ratanya pengankutan awam adalah perhubungan utama mereka. Kereta pula hanya kemudahan bagi mereka yang benar2 mampu a.ka kaya. Bahkan, bukan di kawasan bandar pun, malah di kawasan luar bandar, pengankutan awam nya sangta efisyen. Sebagai contoh di Indonesia & Australia. 2 negara yang pernah aku jejaki sendiri dan sangat berpuas hati dengan sistem pengankutan awam mereka. Walaupun Indonesia tidak la begitu selesa pengankutan awam mereka kadang2, tetapi kekerapan pengankutan awam sangat la superb bagi kawasan luar bandar seperti di Jogjakarta, Surabaya, Bandung, dl hatta ada yang beroperasi sehingga 24jam.

Yang paling memuaskan hati (itu kata Mr. Buddy aku) adalah di Perth, Australia. Melalui pembacaan dan pandangan kawan2 aku di UK adalah yang terbaik, tapi kami tak pernah kesana, jadi tak boleh diberi penilaian lagi. Perth bukan la bandar, malah kalau di tanya pada org2 Aussie, Perth di katakan kawasan luar bandar kalau nak di bandingkan dengan Melbourne dan Sydney 2 bandar mewah dan maju seperti KL & JB. 

Coretan ini bukan sekadar pandangan aku saja, malah boleh digunakan sebagai tips jika korang bercadang nak ke sana. Soal pengankutan untuk kemana2 jangan korang risau, hatta niat untuk menyewa kereta sekali pun, kalo budget tak cukup pun tak pe. Kalau setakat untuk berjalan dalam CBD Perth, korang tak perlu keluarkan 1 sen pun sebab semua nya free. Ada 3 jenis bas free yang boleh dikatakan setiap 10minit. Dipanggil C.A.T by Transperth. Ada 3 warna bas free yang boleh digunakan bermula dari jam 7 pagi samapi 8 malam. Boleh google kat link Transperth tu.




Nampak, Mr.Debot & Mr.Buddy tenagh tggu Red C.A.T kat bus stop 3. Dengan sempoinya diorang tunggu bas kan. Selama ni betapa teruknya komen bila diajak naik bas, tapi kat sana, terus ok je.




Apa beza gambar ni ngan gambar atas?? cube korang click kat gambar untuk besar kan ye!!! nampak x yang aku bulatkan tu dan ade anka panah?? ha itu penunjuk masa bas akan sampai. Paling lama kitorang pernah tunggu adalah 10 minit. Dia macam auto komputer, bagitahu berapa minit lagi bas akan sampai. Sangat awesome kan..... tak de lah rasa nak marah atau tertanya2 bas sampai pukul bape. Diorang memang punctual dan sangat menepati masa. Kalau betol 4 minit, memang tepat 4 minit kemudian, sampai la bas tu. Serius tak tipu!!!!!






Sorry sebab ter'over' plak gambar aku posing dlm bas tu.. tengok Mr.Debot pon same, dengan gaya santai. Yang penting 'No Cost'....bas ni semua PERCUMA.

Bagi kawasan atau tempat2 lain yang tak de pengankutan FREE, jangan risau kaedah nye tetap sama, cume kene beli pass harian. Ala, mcm Rapid KL buat. Tapi pass harian tu boleh gune untuk kesemua tempat dan kemana2 dalam tempoh 24jam tak kire la naik Tren, Ferri, Bas atau apa lagi yang Transperth sedia kan. Awesome kan. Ada family pass cuma AUD9 je untuk seharian bagi 2dewasa 2 kanak2 kemana aja.....tapi kalau korang menetap kat sana ada kad  ala Touch N Go gitu, yang memang utk kegunaan harian. Yang mana harganya lebih murah.






Yang ni masa kami tunggu 'public transport yang berbayar'. Transperth Tren mase nak pergi Fremantle kalau tak silap. Tapi memang sangat convenient. Mr.Buddy pun sangat puas hati dan bila kita carry baby lagi la ramai orang prihatin kat kita.

Setakat ni jela kot cerita aku pasal beban hutang kereta. Kalau la kat luar bandar ni ada pengankutan awam yang sangat convenient, memang dah lame aku xpakai kereta. Lebih baik aku naik public transport je, jimat tenaga aku, boleh rehat2 dan xpayah fikir duit minyak, duit service dan insuran & roadtax kereta yang mahal setahun sekali .Dan baik aku guna duit ansuran bulanan tu untuk simpanan kan..... Fuhhhhh


Ok lah, kalau korang de nak share cerita dan pendapat yang sama, sila lah komen dan sertakan link article korang ye.


Best regards,
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers