Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Jadikan Tujuan Kita Adalah MEMBERI

Bismillah,

Share! Share! Share!
Peringatan untuk diri sendiri juga (selfremind)

Reset minda usahawan oleh Prof. Dr Muhaya

"Jadikan tujuan kita berniaga adalah untuk MEMBERI"


Apa maksudnya?

Ini bermaksud jika betul2 nak berjaya dalam sesuatu bidang/cabang perniagaan, jadikan tujuan kita itu adalah untuk memberi. Jika kita seorang peniaga/berniaga maka selalu niatkan rezeki yg di perolehi itu adalah untuk memberi. Jangan selalu fikir apa yg kita akan DAPAT / PEROLEHI dari perniagaan itu. Jangan selalu fikir berapa keuntungan yg kita dapat, tapi selalu fikir dan niatkan hasil keuntungan kita dari berniaga itu untuk MEMBERI.

Selain itu, untuk org2 muslim jgn lupa 1 perkara. Hasil keuntungan/pendapatan dari perniagaaan itu jgn sesekali KEDEKUT untuk berZAKAT. Kadang tu, apabila terjadi sesuatu yg buruk pada perniagaan/ business seseorg, maka cuba kaji balik, kenapa selalu down & selalu rugi. Tanya pada diri sendiri, BERAPA BANYAK DARI HASIL ITU KITA ZAKATKAN? BERAPA BANYAK KITA GUNAKAN DUIT NIAGA ITU UTK SEDEKAH? Waallua'lam.




Semoga kita antara peniaga2 muslim yg xlupa tujuan perniagaan kita dan moga Allah terus beri rahmat dan barakah dalam setiap perjalanan perniagaan aku dan korang semua sehingga berjaya. Ameen, ameen, ameen.




I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar



Kene Doa Tiap Kali Lepas Solat

Bismillah,

Salam 1 Ummah semua,

MasyaAllah dah terasa lame sangat x hupdate ape2. Sebenarnye bukan sebab xde masa, kalau cakap xde masa dan bz sangat2 tipu lah, nampak sangat kita manusia yang biasa2 ni x reti nak mengurus masa. Sebenarnye idea banyak tapi x tercetus nak tulis. Maklumlah sejak bermenjak2 ade Insta ni, macam dah agak kurang rajinnye nak mencoret, bukan mencarut okeh. Kalau kat Insta, upload terus tulis caption, ha kan senang gitu ;) ececewahhh. Ok tak lambat lagi ye nak ucap Salam Aidilfitri buat seluruh muslimin & muslimat yang menyambutnya x kira walau dimana korang berada.

Berbalik pada tajuk kat atas, kenapa kita kene berdoa? Sebab bagi orang Muslim, doa tu lah yang menjadi senjata kita. Doa dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan bantu hambaNya yang lemah ini.



Raya ke-3 baru ni, Achik (mak sedara) aku buat open house, jadi masa pergi dapur, aku terbaca nota kekal yang agak besar kat peti ais die tulis bertujuan memberi peringatan buat semua penghuni rumah tu barangkali dan jugak bagi sesiapa yang melintas kawasan tu supaya boleh baca.

"MANUSIA YANG TIDAK BERDOA SELEPAS SOLAT, ADALAH MANUSIA YANG SOMBONG DENGAN ALLAH"

Nauzubillah, xnak, xnak jadi manusia yang sombong dengan Pencipta. Nota ringkas tu kire macam terkena batang hidung aku jugak. Sebab kadang2 kalau nak cepat, buru2 waktu, aku pun kadang berdoa ala kadar aje, atau kadang2 x berdoa langsung sebab biasa konon2 urgent dengan hal duniawi.

Memang patutlah Allah gandakan lagi rezeki orang2 yang boleh luangkan waktu untuk mengharap & menghadapNya walau sesibuk mana sekali pun mereka. Yang kaya terus menjadi kaya, maka boleh memberi dengan banyak pada orang lain. Semakin banyak rezeki dan kayanya orang Muslim itu, maka boleh lah memberi dengan lagi banyak sebab kita kena ingat "dalam setiap pendapatan yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain"  Sebab tu pun rezeki Achik semakin melimpah2 dan meruah2. 

Sebab tu Achik adalah salah seorang sumber inspirasi aku untuk kerja kuat2 lagi. Orang yang aku selalu rasa nak ikut jejak langkah dia. Orang yang suka tengok orang lain berjaya terutama anak2 sedara. Orang yang x sombong dengan orang paling bawah walaupun die berada di atas. Bagi aku, bukan apa yang kita perolehi dari hasil kerja kuat kita tu yang kita nak banggakan, tapi perasaan dan rasa nikmat memberi itu lebih membahagiakan jiwa kita sebenarnye. Jadi makin banyak kita perolehi, makin banyak kita boleh beri kat orang lain.


INGINKAN PERUBAHAN & TINGKATKAN TARAF HIDUP KORANG?


EMAIL : izzati.sis@gmail.com


I am nothing but ALLAH is everything



Double i
IzzatiIskandar









Speechless

Bismillah

Salam sihat & ceria. Semoga korang terus berada dalam jiwa yg tenang.


Memang xreti nak cakap apa la kan bila ada member yg post status cam gini hahahahaha :p . Hmmmmm so apa pendapat korang? bila fikir2 kan betul jugak die ni cakap. Jadi kesimpulannya, cinta yg hakiki adalah cinta pada ALLAH. Semoga kita anata hamba yg dipilih oleh Allah utk sentiasa diberi rahmat & kasih sygNya. #Ameen






I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

Make-up

Salam sihat & ceria

Manusia jarang make-up HATI tapi selalu make-up wajah. 

Sebut je pasal make-up semua cam ingat M.A.C ke Krayolan ke, Stage ke...ape2 la kan...Kenapa ye kita jarang make-up dan touch-up hati kita? ntah aku sendiri pun xdpat nak bagi jawapan. Tepuk dada tanyalah iman. Jom kita audit diri kita.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang sentiasa dirahmatiNya. Bukan hanya cantik fizikal, tapi biarlah cantik dari segala sudut. 

#Peringatan untuk diri aku sendiri juga.

* gambar ni xde kena mengena lansung dengan topic di atas oke! saja nak interprem :)



I am nothing but ALLAH is everything


Double i
Izzati Iskandar

Banyakkan Istighfar


Salam sihat & ceria,

Selalu kita dengar ramai ustaz2, ustazah2, keluarge & kawan2 kita semua cakap, bila dah usaha kene berdoa dan akhirnya kene tawakal. *ha korang semua buat macam tu x? Alhamdulillah....tau korang semua rajin berusaha & berdoa. 

Semua orang nak ape yang di doakan dan apa yang kita mintak dalam doa dimakbulkan dan diperkenankan olehNya. 




Tapi.......*ade pulak tapi-tapinya iye....tak semua doa yang kita mintak akan dimakbulkan segera. Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?....oh sila jangan tanya aku kenapa. Ini bukan kaunter pertanyaan ye dan hanya Allah saje yang tahu kenapa doa korang ada yang tak dimakbulkan.

Pagi tadi ontheway nak gi keje mase tengah pecut potong lori sawit terdengar sudut tazkirah kat ikim.fm *wahhwahh yang sempat kutip sikit tazkirah bunyinye cam ni " Jika ada antara doa-doa kita yang tidak dimakbulkan oleh Allah, maka perbanyakkan istighfar"

Ingat!!! 
Perbanyakkan istighfar kerana selain itu istighfar juga dapat menyucikan jiwa disamping penawar utk ketenangan hati.


Pesanan & nasihat ustazah Izzati pulak :: 
  • Korang2 jgn sedih2 tau kalau doa korang ada yang x dimakbulkan. Teruskan berdoa sebab mungkin Allah nak uji korang yg korang ni putus asa atau x.
  • Kedua, mungkin Allah nak hadiahkan kat korang lebih dari ape yang korang mintak. Contoh la ye korang doa mintak Allah tambah rezeki dapat beli rumah teres 2 tingkat, tapi rupa2 nya Allah nak bagi banglo 3 tingkat siap lift lagi.......wallahualam
  • Bile korang berdoa atau berharap sesuatu dariNya, berdoa dgn jelas apa yg korang harap atau mintak. Doa kita kena jelas, insyaallah Allah permudahkan. Contoh, mintak nak cepat kawen, kena sebut tarikhnya bila korang nak kawen tu siap dengan tahun sekali tau. *aku belajar mase trainning NLP -kuasa minda

Yang penting sentiasa berdoa semoga kita sentiasa diberi hidayahNya semasa masih bernafas di atas bumi yang fana ni. #Amin



Regards,
Izzati Iskandar





Anak Permata Hati

Assalamualaikum & salam Jumaat semua,

Memang dah lama sangat x update apa2 pun kat blog sini. Idea banyak tapi kesempatan kurang buat masa ni. Sampaikan kelmarin Mr.Buddy siap bertanya 'eh, awak dah lama x tulis blog ye?'  so macam semangat & roh untuk terus menaip tu berkobar2...cewahhh

Sempena hari yang baik, bulan yang baik ni, nak share 1 majlis ilmu yang aku attend & dengar yang agak terkesan dalam hati ni memandangkan sekarang aku & Mr.Buddy sudah pon berstatus IBU BAPA. 

Anak adalah Permata Hati

Pesanan ini juga khas ditujukan buat Mr.Buddy & aku khususnya.

A.N.A.K....
Perkataan anak itu sendiri mempunyai maksud yang mendalam bagi setiap pasangan yang mana nalurinya kuat ingin punyai atau yang sudah punyai anak. Maka, jaga dan didik lah anak itu dengan sebaik mungkin supaya kelak menjadi orang yang berguna.




Tips didikan anak mengikut sunnah Rasulullah ::

7 tahun pertama (1 - 7 tahun) - Didiklah anak itu dengan penuh kasih sayang & manjai mereka dengan sepenuhnya agar ikatan antara anak dan ibubapa erat.

7 tahun kedua (8 - 15 tahun) - Didiklah anak itu dengan cara displinkan mereka. Kerana diusia mereka ini, sedikit ketegasan diperlukan agar mereka tidak lalai dan berada di atas laluan yang betul

7 tahun ketiga (16- 22 tahun) - Didiklah anak itu dengan cara menjadi sahabat kepada mereka agar mereka berasa senang untuk berbual dengan kita. Dan seandainya jika mereka menghadapi sebarang kesulitan, pasti kita yang dicarinya sebagai tempat untuk mengadu.



Buat Syed Muhamad Iskandar , suamiku , ayah kepada anak2 ku & kawan baikku.


Ingatlah.............
Anak itu anugerah Allah, 
Jangan sesekali kita B.U.A.N.G anak itu kerana dia akan menjadi Saham Akhirat kita,
Mereka lah permata hati kita,
Mereka buat kita rasa kekadang ingin KETAWA dengan lawaknya,
Mereka buat kita rasa SEDIH bila dia jatuh sakit,
Mereka buat kita rasa kekadang ingin MARAH dengan kenakalannya,
Mereka buat kita rasa kekadang TIADA MASA hanya kerana ingin melayannya,
Mereka buat kita rasa PENAT dengan telatahnya,
Tapi itulah yang indahnya perasaan menjadi IBU & BAPA kepada seorang anak.
Perasaan manusia yang pelbagai ini, yang sentiasa turun dan naik inilah yang menjadikan manusia itu ciptaan yang ISTIMEWA.

Syed Muhamad Iskandar,


Ketahuilah bahawa..........
Setiap masa, keringat, peluh, penat lelah, kasih sayang dan juga WANG RINGGIT,
Yang dikeluarkan untuk anak,
Yang diberikan untuk anak,
Yang diperuntukkan untuk anak,
Semua nya adalah SEDEKAH JARIAH,
Amalan sedekah yang akan sentiasa kekal abadi dalam diri anak2,
Dan jangan sesekali MENGUNGKIT atau MEMPERTIKAIKAN apa yang telah kita berikan pada mereka,
Kerana kelak mereka juga akan mempertikaiakan keikhlasan kita sebagai IBU BAPA kepada mereka,
Dan itulah yang terjadi kepada anak2 zaman kini,
Kerana ketidak ihklasan mereka sebagai IBU BAPA lah yang menjadikan anak2 hilangnya rasa hormat pada mereka.


Alangkah ruginya bagi IBU BAPA yang tidak MENGHARGAI anak2 mereka!! waallahua'lam

p/s : Semoga hubungan antara kita, sebagai ibu dan bapa dengan anak-anak (Thaqif & adik2 nya..insyaallah) akan sentiasa erat dgn kasih syg & mendapat keredaan dariNya sehingga akhir usia kita. Amin

Sayang Mr.Debot selalu


Regards,
Izzati Iskandar

Buat TEMAN WANITA Yang Istimewa Dari Kaca Mataku

Wanita ibarat bunga,
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah" (H.R. Muslim)

Wanita ibarat bunga,
Cantik indahnya pada pandangan mata hanyalah sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya..
Kerana akhlak wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu..

Ibarat bunga,
Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan..
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya..

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa,
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita..
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka..
Walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dimiliki oleh wanita solehah..

Kerana itulah....
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah..
Sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang bersemangat..
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
Dan pastinya, sebagai hamba Allah, dia akn menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Whatever mountains satnds in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilizes you,
The prayer full of faith can remove it.

Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya,
Hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya.



Tulus,
izzati iskandar

Santapan Rohani Hari Isnin

Sekadar ingat-mengingati dan berpesan-pesan untuk muhasabah diri sendiri dan juga rakan-rakan.


Doa Nabi Adam : Doa Memohon Keampunan

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami, kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.



Renung-renungkan dan selamat beramal

Ikhlas
Izzati Iskandar


Santapan Rohani Hari Khamis


Doa ketika putus asa 

Ya Allah, hidupkan lah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik dari diriku.

Amin



Sekadar untuk renung-renungan sesama kita serta berpesan2 di antara kita.

'Renung-renungkan, dan selamat beramal'

izzati iskandar


IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers