Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Anugerah Dari Kegagalan

Cerita ini berdasarkan cerita yang sebenar yang mana pengalaman ini berdasarkan salah seorang partner aku yang kini menjadi salah seorang kawan baik aku. Jalan cerita nya masih aku kekalkan, cuma terpaksa oleh sedikit untuk mengelak dari menjadi aib serta tidak mahu mana2 pihak berkecil hati dengan entry ini. Entry ini bukan untuk menghina mana-mana pihak tetapi untuk di buat sebagai pedoman dan pengajaran khususnya buat wanita yang bergelar si 'isteri'...

Sebelum aku nak cerita panjang lebar pasal kisah utama nya, aku nak cerita dulu serba ringkas karaktor 'kawan baik'ku ini. Dia seorang isteri yang baik, agak pendiam dan mampu berdikari serta punyai anak dan telah berkahwin lebih kurang lebih 5 tahun kalau xsilap la.





Cerita nya macam ni.....................

Since kami dah jadi partner, so kami dapat dan kene handle 1 project yang biasa2 je. Masa aku kene outstation, die bermasalah. Jadi mase aku balik dah Malaysia, aku pelik kenapa dia xupdate apa2 dalam masa 1 minggu ni dan samapai lah minggu ke-2.

So, pada satu hari, aku ternampak die on9 kat chat, so terus aku tegur die.

Aku : Beb asal lame ko x on9?? kenapa xde apa2 berita pon pasal project kita. ok x??dah setel separuh? ni dah dekat deadline dah ni.
Lili : Maaf la weh, aku busy gila ni.
Aku : Asal? ko buat apa? ko kate ko free masa aku ke luar sana....
Lili : Aku setel kan problem aku ngan laki aku.
Aku : Lohhhhhh, problem apa plak??
Lili : Laki aku wat hal la.
Aku : Wat hal?? wat hal macam mane??
Lili : Weh sorry tau, aku langsung xboleh nak fikir apa dah sampai kan customer kita punye kos aku kira salah. Tapi xpe la aku tanggung apa yang rugi sikit.
Aku : Apa sebenarnya jadi ni?
Lili : Laki aku nak tiba-tiba boleh plak jatuh cinta ngan staff kat opis dia, pastu nak kahwin. Masalahnya dia xmau lepaskan aku. Yang jadi bengang sangat, si pompuan tu siap telefon aku cakap xkisah bermadu.

You all, the word bermadu tu sangat sensitip ok bagi kaum hawa terutamanya si isteri....

Aku : Lohhhhhh, abis ko cakap pe?
Lili : Aku xmo la. Gile ko, memang cakap macam sedap je, tapi yang menanggung nih? dah la anak2 aku kecik lagi, kalau anak dah besar sikit xpe...
Aku : Cube cite cam mane?
Lili : Ntah la,  aku dah gi jumpe ustaz ke ape ke, dia kata macam la, macam suami aku ni kene bodoh, tapi xtau la...suami aku ni suka melayan.
Aku : Dah bape kali ni laki ko wat cam ni??
Lili : Masuk ni dah 2 x tau...
Aku : Xpe, ko kan memang penyabar orangnye...kita tunggu dan tengok ek..ape2 hal ko hello je aku, xpela kalo ko nak mengadu ke nak share ke ngan aku k.

Lepas dari 2 minggu setelah si Lili ni bercerita dengan aku, dan setelah pelbagai usaha dia lakukan, so berkat semuanya...hubunga diorang kembali pulih...

Tapi xsampai pun 1 bulan, he make a trouble again.... Wahhh lelaki oh lelaki...............

Lili : Weh, ko ade member x atau suami ko tau x siapa2 keje kat pejabat kerajaan putrajaya?
Aku : Bahagian apa? kene spesific la..sebab sana besar.
Lili : Ntah la.
Aku : Ko ni, kenapa la nasib ko macam ni...Aku bukan nak condem ko, tapi kalau dah lebih dari 3 atau 4 kali die buat cam tu kat ko maknenye die x hargai ko tau x..ko nak lagi ke laki cam tu?? Aku xmau pecah belah kan korang sekeluarga, tapi bukan kita nak ikut semua benda yang dia buat?? sampai bila nak jadi macam ni?? nasib la hati ko ni jenis kuat..xde la nak cepat melatah ke nak sedey2 meroyan.Cer cita...macam ne boleh dia wat lagi?
Lili : Ko tau x die jumpe EX-GF dia kat FB....
Aku : Lohhhh...payah la plak cam ni...
Lili : Ko de x kawan yang tau atau leh hack kan password ke ape ke org len punya
Aku : Xde la weh... kalo ade, dah lame aku wat utk diri aku..nak gak siasat..


Kawan-kawan semua yang super gergeous,
Itu lah benda yg kita org pompuan ni takut kan seperti bayang2 plak kejar kita... *eh betol ke pepatah aku ni..bukan nak mengondemkan kaum lelaki tapi inilah hakikatnye..Lelaki terutamanya sang 'suami' apa lagi yg dicari?? dah dapat isteri yang baik dan cantik cubalah untuk setia. Jika kita asyik ikut kata hati, nafsu...kita yg akan rugi..

So, ape yang aku boleh nasihatkan untuk si 'Lili' (bukan nama sebenar) ni, walaupon aku bukans eorang pemberi nasihat yg baik, sekurang2 nye ade lah gak kata2, semamgt yg aku bagi kat die, utk menunjukkan yg aku prihatin ngan cite die nih... so aku cume cakap kat dia,
          
            "sekarang, ko fikir dengan tenang, cari ruang masa yang sesuai, fikir yang terbaik utk ko dan anak2 ko. ko ada anak2..kalo ko xde anak2, senang cite....ko pon bukan bodoh xboleh dapat keje bagus...ko cerdik..ade qualification tinggi, mungkin jika ditakdirkan ko tak kekal lame ngan die, mane tau ko lagi berjaya dari sekarang. Ataum, kalo ko masih sayangkan keluarga ko, ko jgn majakan dia. Ko bagi die sedar tanggungjawab die sikit. Laki bila dia fikir tanggungjawab xberat sebab tu die boleh nak main2 seronok je setiap masa. Ko jgn terlalu berlembut sgt....ko dah bagi peluang banyak kali dah kat die, sampai bile ko nak terus bagi peluang. Jadi lah seorang yang sedikit bertegas..bukan suh jadi Queen Control....."

So, kepada Lili, aku hadiahkan lagu ni kat ko....

Dato' Shake
Anugerah Dari Kegagalan
 
Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan

Mane lah tau....dari kegagalan ko pasni akan lebih berjaya...go Lili go!!!! Maksud 'kegagalan' aku kat sini universal, kegagalan dari sikap ko yg lame dan berubah kearah yang baru..bukan aku maksudkan kegagalan dari perkahwinan ko...Nauzubillahiminzalik


Pengajaran dari kisah ini buat korang-korang yang gorgeous dan utk diri aku sendiri jugak :
  1. Tolong ingatkan suami-suami korang bahawa, jika korang bekerja, itu adalah duit korang dan hanya utk membantu suami dlm meringankan bebanan keluarga, bukan korang punya tanggungjawab untuk membayar2 bil2, pampers anak semua. Ingat!! bukan urusan/tanggungjawab korang ye, cume korang meringankan aje. Kalo korang xmo bagi itu hak korang, sebab titik peluh korang.
  2. Buat para-para suami, korang ada tanggungjawab bila sudah berkahwin dan lagi bertambah besar jika korang ni dah punyai anak bersama..korang kene ingt, isteri tu cukup baik dah kalau nak bekerja, tambahan pulak dapat keje dengan gaji yang lagi best/besar yg boleh korang sekeluarga hidup senang skit..jadi bile dah isteri bertolak ansur untuk bmeringankan beban korang, maka korang pon kene bertolak ansur untuk berbuat baik ngan isteri2 korang
  3. Wahai2 korang2 si isteri...jaga2 la dengan FB suami korang..ini pon dah masuk dlm newspaper kan yg FB skang punca penceraian.
  4. Perihal anak, korang jangan amik mudah..jgn korang semua uruskan..bagi la cik suami korang rasa die pon main peranan penting dalam menjaga anak...rapatkan hubungan anak ngan suami....perihal barang2 dapur&rumah jugak...ajak diorang ke kedai ke kepasar ke nak beli barang2..jgn semua korang buat terus sorang...(itulah silap Lili yang mana die xmenyusahkan suaminya dalam urusan anak...sebab die ni memang baik so xnak susahkan suami)
  5. Korang kene ingt,  kita berkahwin sebab nak bina keluarga, kita kahwin sebab kita rasa dah bersedia nak pikul tanggungjawab dengan orang baru dalam hidup kita. Korang kahwin sebab korang rasa org2 sebelum ni yg de cintan2 monyet ngan korang semua xleh pakai, so isteri depan korang ni lah yang sanggup sehidup semati dan menemani korang susah senang bekeluarga sekaran..jadi kenapa perlu timbul soal Ex-GF lagi?? yang lepas tu adalah kenangan dan sejarah...sejarah bukan untuk dijadikan cerita baru tetapi untuk dikenang dan ambil ikhtibar....INGAT!!!
  6. Korang si isteri bukan asyik beri peluang kat suami korang je...sampai bile diorang nak insaf dan sedar sepenuhnya 100% kalau korang terus bagi peluang je...macam tu akan insaf jap, pastu buat balik...Yang paling aku sakit hati bila si Lili cakap, laki die xmau lepaskan die lagi sebab takut xjumpa perempuan yang sebaik lagi macam Lili, yang boleh layan ape je dia nak..ikut je kehendak suami die..xbantah pon..itulah salah ko Lili...maknenye kalo die jumpe pempuan yang betol2 lebih baik dari Lili ni, maknenye Lili akan ditinggalakn lah kan....aduhhh...korang si suami, fikirlah, kalo dari awal nak wat macam ni, kenapa nak kahwin??korang jugak yang susah!!! 
Ini lah sikit kisah dan pengalaman yang aku nak share dengan korang!! so kalau korang ade pendapat lain n nak share sila kan....di alu-alukan......mugkin ape yang aku share kan ada cacat cela, silap dan salah....maafkan ye



Tulus ikhlas,

Izzati Iskandar

Motivasi Minda : Gadis Semalu






Kenapa 'semalu'??


Apa kaitan 'gadis' dan 'semalu'?? mesti ia nya menjadi tanda tanya korang kan..so pagi tadi receive email dari my classmate from uitm. Rasa tiba-tiba nak share dengan korang, bagi yang tak pernah tahu cerita disebalik nya atau yang dah tahu, kita refreshkan ingatannya. Buat renungan sesama kita khususnya kaum 'hawa'/

Wanita ibarat pokok semalu...hanya diibaratkan sahaja, bukan wanita@gadis itu disama ertikan dengan pokok, tp besar dan dalam makna pokok semalu itu jika kita yang punyai akal fikiran yang sempurna untuk memikirkan apa yang tersurat di sebaliknya.

kisahnya..............

Pada satu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda isitu, saidatina Fatima r.a. setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kaki nya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Maka Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


  • 1- Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)
  • 2- Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  • 3- Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang kuat atau pegangan yang kuat dengan penciptaNya, Allah Rabbul Alamin.
  • 4- Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendiri nya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita sekelian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Maka, oleh yang demikian, ia sekadar motivasi minda dan santapan rohani dari aku, buat semua teman2 yang tersayang. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



Bersihkan hati, lapangkan dada,
Izzati Iskandar

Family and Friends Vacation 2011

Hi all blog reader!!

I'm thinking right now, maybe I should say that this is my 'end of the year for 2011' friends vacation kot.....hehehehe..... This time I will fly with not only my family members but also my BFF will joint too...syioookk kan. Insyaallah will hope that everything will be INERESTING &; FUN coz all person that I care and love meaning that my BFF laa (kalau my family compem2 la aku syg kot) will spend their time with me to get the quality time for friendship..(betol ke aku merepek nih??/hahaha...layan kan). I hope it will make our relationship be more strong and we can always have each other when we need someone.

Actually, we all planned at the first go to South Korea, but it must planning very carefully from first stage. We need to find many information to make sure our vacation fully with joy coz Korea kan agak susah, makanan nk kene bawak sendiri, jalan2 lagi susah skit sebab diorang xreti BI, kami plak Korea lagi lah kami xreti plak..kang mcm ckp bahasa itik ngan ayam...ape lagi..bla..bla..bla....when we made double thinking so decide yg boleh dan utk sedap bershopping sebab ada dlm group ni minah shopaholic..lastly decide ke Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong..ke Hong Kong sebab nak ber'Disneyland' la.....alang-alang kan...sambil menyelam minum air...sambil abiskan duit, buat duit balik.....hehehehe


So ini status flight kami ::

Flight AK 114 :
Depart - Kuala Lumpur (KUL) Wed 21 Sept 2011 , 20:30
Arrive - Guangzhou (CAN) Thu 22 Sept 2011, 00:30

Flight AK79 : 
Depart - Hong Kong (HKG) Sun 25 Sept 2011, 21:05
Arrive - Kuala Lumpur (KUL) Mon 26 Sept 2011, 00:50
 
So kat bawah ni itinerary a.k.a tentatif perjalanan kami nanti..semoga semuanya selamat dan lancar hendaknya...
DAY 1
  • ETA 0030 arrive CAN airport transfer to hotel 
  • Check in at Lido Hotel * located in the most famous prosperity business and shopping centre

*google this picture

DAY 2
  • Breakfast, 
  • Visit Yuexiu Park-Five Rams Statue,  
  • Saad bin abi waquas,  
  • Lunch
  • Leather wholesale market,  
  • Nan an road wholesale market 
  • Dinner
DAY 3
  • breakfast ,
  • tranfer to Shahe & Zhongshan Ba road Market of Kid’s Cloths, 
  • Lunch
  • Zhanxi road Market of Branded T-shirt, Onelink Plaza, 
  • Dinner
  • after it transfer to SZX (Shenzhen) 
  • Check-in at  Century kingdom Hotel




DAY 4
  • Breakfast, 
  • Visit Lotus park, Dengxiaoping Statue, 
  • Yuanbo Garden,  
  • Lunch
  • Windows of the world  fantastic replica park and vivid replicas of the world's wonders, historical heritages and famous scenic sites
*google pic too

  • Dongmen shopping street.
  • Dinner 
  • Transfer to Hong Kong by train

from Shenzhen to Hong Kongby train

DAY 5

This is my planning itinerary and maybe will re-change after that to ensure our trip will be more excitement. So lepas dari kami balik annti baru boleh tulis 'Journey Report' pasal trip kali ni ye...

Ape pun, kami harap semoga trip ni boleh menghasilkan trip2 yg akan dtg yg lagi best!! Insyaallah....ohw kami 1 kumpulan ada 14 orang..ramai kan..dah macam reunion plak..hehehe 12 dewasa 2 baby (termasuk Mr.Debot)











Love travel,
izzati iskandar

 
 

Eid Fitri 2011


Salam Syawal semua...masih lagi dalam bulan Syawal yg mulia kan, maka boleh la wish ampun dan maap terooos..Dikesempatan ini selaku pemilik nama IZZATI ISKANDAR ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" pada semua umat Islam di dunia ini. Segala kekurangan harap di maafkan. Segala coretan yang tidak disengajakan, mohon diampunkan..biasala, manusia biasa yg xlari dari melakukan kesilapan-kesilapan baik kecil mahupun yang besar...*terasa syahdu pulak ucapan ni.

Wahh dah lame bangat sih x update blog...memang jarang la sekarang ngadap komputer ni....(cehhh..cehhh..macam ada anak kecik plak..hihihihihi) sebab biasa lah, bila menjawat jawatan sebagai isteri, seorang mak, seorang yang bekerjaya ni memang masa tu x erapa nak cukup. Tambah pulak, sekarang ni dah bukak semester baru so tanggungjawab tu bertambah juga sebagai seorang pelajar. Fuhhhhh

Ni sama je macam orang2 lain, cerita pasal sambutan hari raya, berkumpul ramai2, pastu...pastu..dan pastu..hehehe. Tapi special sikit tahun ni sebab, hari raya 2011 ni ada gambar family yang sangat-sangat besar. Tapi tu pun baru separuh je kot, xsemua lagi, kalo semua sah-sah la kamere pon tulis...bersambung agaknye...hehehe

Hari raya 1, biasa la, memang tiap2 tahun dirumah my MIL setakat ini.. wah,wah,wah..menantu yang baik kan..xde lah, sebab kami kan duduk sama atau dalam perkataan lain, kami memang orang kampung, jadi duduk pon mestilah dikampong...org2 bandar plak balik ke kampung....ye lah mesti lah keluarga belah aku yang akan balik ke kampong, so xkan plak diorg balik sini, aku nak pi sane....hehehe

Setakat ini, raya 1 memang dirumah my MIL, xtahu lah tahun2 hadapan kan....So tahun ni tema warna untuk family IZZATI & ISKANDAR adalah kelabu. Kelabu asap ke, kelabu tahi anjing ke, kelabu tahi biawak ke..boleh la kot sebab kami bertiga, kelabu nya lain-lain...asal org panggil kelabu ok la kot..hehehe

Yang sedih nye ade plak si Mr.Debot xmo bergambar dengan mak ayah die..ceh..die nak bergambar dengan family mak long die plak.....sebab de kawan2 kan...yela kalo ngan family mak long die ade abang nga kakak.....

Hari raya 1 




Tengok...tersenyum jek die kat situ..seb baek same kaler tema kuarge mak long & pak long die....aishhhhh





Ha, ni baru de gambar die dengan Mr.Buddy....huhuhuhuhuhuhuh..punyelah payah nak bergambar dengan kitorang....


Hari raya ke-2

Owh hari raya ke-2 berkumpul plak belah family aku je...sebab semalam dah beraya dengan family SYED, so har ni beraya dengan family bukan SYED plak..hehehehe




Ha ni la potret family sebelah aku....kalo nak suh aku namakan setiap seorang pon, xberapa nak hengat la..hahahahaha...yg pasti kalo xpangkat makcik, maknenye wan(nenek) la tu...., sorang makcik aku yg habaq mai cam tu...

so nanti aku update plak potret family sebelah Mr.Buddy ye....xberapa nak siap lagi..hehehehe


K, semua berpusu2 nak pi 'open house' ni..so nanti kite jumpe lagi dlm next entry ye


Regards dan salam lebaran,
izzati iskandar


When 'HE' Confuse to Choose

Confuse in choose?? wahhh what is that?? Ape kes??


Ni pasal Mr.Debot la...kisah ni mase aku bawak die and 2 cousins die ke The Store je kat Temerloh untuk membeli susu nya, so kami ke tingkat atas sekali untuk ambik plak pampers Me.Debot nih...bila kami naik ke top floor secara otomatiknye floor yang de permainan la jugak juadahnya utk budak kecik2 nih..aduh..aku pon nengok je akal si Debot ni memilih maian....





Memula, die usha jek barang ape yang best.....so dalam 10 minit gak die berfikir..ahhahahaa lepas tu setapak kedepan dah nak tengok dari sudut dekat...mungkin nak tgk kualiti dan brand kot..hahahaha



Mase ni die nak usha memang nak grab dah.....ish budak kecik ni memang pandai betol mmilih..so aku tershoot dari angle jauh skit..



Tengok tangan die, dah nak angkat dah tu...maknenye nak pilih barang la tu. Ade la barang yang die memang berkenan kat ati..adushhh kering la poket mak die nih kalo selalu cam gini...hahahahaha
Last sekali, tanpa pikir panjang, terus je amik yang mana berkenan kat hati.....fuhhhhh emmang hebat budak kecik zaman sekarang...


Debot, Debot.....alahai...



Best regards,
izzati iskandar



My Cousin's Wedd

Salam Ramadhan semua....wah, tup tap tup tap dah 12 hari umat islam di Malaysia ni menyambut Ramdhan Al-Mubarak, semoga korang semua mendapat keberkatan di dalam bulan mulia ni hendaknye ye..

Entry ni sebenar nye dah lame nak post, tapi xde masa. Asyik2 sokmo hari Jumaat je kan yang free nye..hehehe...sorry tercampur bahasa ibunda plak. 'sokmo' tu maknenye selalu lah..kami orang di pahang ni memang cakap sokmo je, lebih kurang la ngan bahasa kelantan dan ganu tuh..tapi aku ni sejati pahang ek...hehehe

Ni cerita pasal kawen2 ni..mase aku pi kawen cousin aku ni, bulan ni memang pakej bulan orang ramai yang kawen..ahhahaa...bulan kawen kot..hehehe bye the way wish 'Thousand Congratulations' to u kak iza...ohh kak iza ni cousin aku lerr, xkan mak mertua aku plak.hehehe

So, majlis akad nikah die nie langsungnya 18 June 2011 kat masjid kat-kat umah je...ape nama dia pun aku lupe. Pic mase akad nikah xberapa nak banyak sebab camera abg aku banyak shoot. Aku mintak, xbagi-bagi lagi...cehhhh



Ni sayang mak nama nya....aku pon nak gak gile glamor bile de org nak shoot pic kami dan bukannye shoot pengantin..hahahahahaha.


Ha ni lah pengantin nye...muke cam berdebar2 kan..heheheheh...mase ni xsah lagi jadi ISTERI..ahhaha..tu baju merah ala-ala mak ngah tu aku la..tengah chat ngan Mr.Buddy aku....die nagn Mr.Debot duk belakang. yela ni dalam masjid, bukan lak nak duk dekat2..ishhhh


So, the next day majlis reception nya plak pada 18 June 2011..hari ahad kat JW Marriott KL ...mak oiiiii grand benor ek tempat majlisnye..ahhahaa..kami ni orang kampong jek....nak jejak kaki ke sana macam xlayak je kan... :( sob..sob...


Hahahahaah.....jadi layan kan jela


Ha ni la rupa paras pengantinnye...IZA & KC..yang pengapit ala-ala 'Segan Sambil Tertido' tu adik bongsu aku merangkap pak su Mr.Debot, jadi kene gak datang dan tu lah alasan ngape orang kampong cam kami ni kene datang..ahhahaa







Ha, itu lah aksi-aksi semasa berposing kami bertiga... Mr.Buddy, Mr.Debot dan aku lah..ahahhaa..tema die sebenarnye, biru turquoise jadi aku pakai hitam so general kot, ade la udung tu cat2 sikit kaler2 turquoise, kire masuk gak la tema tu..hahahahaha


 
Ha ni berposing ngan mamat pengapit tadi..ahhaah Mr.Debot cam geli2 gitu...ala-ala artis gitu aku ngan Debot sebab ramai nak bergambar ngan kami..hahahaha (main-main aje)




Last sekali aku nak tunjuk kat korang ape yang si Debot wat kat atas Dance Floor of Marriott ni..boleh plak die yang menari before si Pengantin bukak step dulu. pastu die tau plak itu dance floor..hammmboiiiii


!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


Hahahahaha....pe pun, Selamat Pengantin Baru kat Kak Iza & KC..best tengok korang kawen. teringat plak zaman kami berkahwin dulu..pengantin lame..ishh terimbau la palk..yela kami orang kampong kawen xwat kat dalam dewan-dewan bagai nih..hahahahaha...so bile teringat aku pon nak tunjuk and keluarkan la gak pic kawen aku...hehehehehe..layan ek.



Nampak tu kami mase zaman dolu-dolu..zaman muda2..ahahha cam tua la plak kan...ni biru belah Mr.Buddy nye rumah, kuning ala-ala gold gitu rumah aku...ngeh2...kawen kan, senyum pon lebarrr je..



Miss all,
izzati iskandar

Start New Course for Mr.Debot

Hi semua...kembali lagi ye. Hari ni 2 Ramadhan 1432 bersamaan 2 Ogos 2011. Dibulan-bulan yang mulia ni, makan entry kita pun kene la yang berunsur-unsur ke arah kebaikan juga...hehehehe..

Ni sebut pasal 'new course' ni...bukan ape.. bukan lah nak pi register semester baru untuk masuk U ke nak amik course baru ke untuk mak atau babah tahqif tapi ni cite bile Thaqif belajar "Subjek Baru" dalam kehidupan dia..jom layan.

Al-kisahnya adalah, bila Mr.Debot belajar pelajaran paling penting untuk sistem kerohanian dirinya sendiri dan semoga ia menjadi bekalan buat dirinya juga apabila bertemu Pencipta-nya, Allah Yang Maha Agung...iaitu bila Syed Thaqif belajar "Sembahyang" dan 'Mengaji" .......Alhamdulillah semoga sejuk perut ibu yang mengandungkan dia ni.

Sangat yeruja dan gembira bila lihat darah daging sendiri yang baru hidup di muka bumi Allah x sampai 2 tahun ni terbongkok-bongkok untuk belajar "Solat".

DAY 1 of learning

1

2

3

4
 Keterangan gambar :

1) Sebelum perform 'Solat' kene senyum dulu, biar seri muka tu naik....ngeh..ngeh

2) Dari pergerakan sujud untuk berdiri....biasalah, badan besar jadi bangun pon kene slow2

3) Siap sudah 'Solat', ni betul-betulkan kaki, lunujur bagi kendurkan urat2 yang tegang..hahaha

4) Sedia nak baca Doa...aminnnnnn


Itu baru hari yang pertama Mr.Debot 'solat' sorang2....kita layan hari ke-2 pulak..gelagat Mr.Debot bila perform 'Solat'.



DAY 2 of learning

1

2

3
Keterangan gambar :

1) Duduk antara 2 sujud

2) X berapa nak reti sujud, jadi paling mudah terus je cam tu....*siap pakai stokin lagi makkk oiii

3) Siap sudah 'Solat',amik Berkat dengan belajar baca Yaa-Sinnn (mase ni khamis malam jumaat kan)


Itu antara aksi dan keletoh Mr.Debot mase belajar 'Solat' dan 'Mengaji'. AHri yang ke-2 siap pakai stokin bagai...memang lawak betol Mr.Funny ni...
Doa dan harapan, semoga terus menjadi anak yang Soleh yang boleh banggakan umi&babah....aminnnn


Love,
Izzati Iskandar

Choose and Select

Salam 1 Malaysia!! 


Wahhh, sangat lama kot xupdate blog ni.. tersangat sibuk, yelah aku kan menggalas pelbagai tanggungjawab...(he3x)...yela, korang je yg xpercaya..cehhh...ye r..rutin harian dan jadual yg sgt padat tau....aku kan sebagai seorang isteri (yg solehah..amin), seorang ibu (mak kpd Mr.Debot), seorang kakitangan (kaki &tgn kerja2 opis), seorang pelajar (dah tua2 baru nak blajo), seorang menantu (wahh cam sopan lak), seorang anak (mesti la lahir dr mak bapak kan), seorang kakak (dah aku de adik kot) dll. siap dan lain2 weh...byk kot tanggungjawab aku pegang..ce kire bape??hahahaha...

Aku teros kepada entry aku la ek....so entry kali ni, aku nak cite pasal email yg aku terima pada 11 Julai 2011 so maknenye semalam la..


Ha, sila lihat 'arrow' dan email yg di highlight itu okeh dari AirAsia. Kalau dah namanya AirAsia mestilah berkaitan dengan penerbangan. Bukan lak berkaitan dengan resepi masakan pulak kan.


Ha, ini lah rupa parasnye isi kandungan email tu berbunyi....maknenye die suh kita berhabis duit serbu website die pilih je destinasi menghabiskan duit anda...hahahaha....

Jangan marah ek AA...hahahaha...diorang just inform bgtau 12 Julai 2011 de Big Sale!! so die suh cepat2 lerr gi website tgh harga bg destinasi korang nak.


RM 3??? bior betik?? yeke RM3?? hehehe...tapi RM3 tu just utk harge tiket je..korang jgn kompius...tp memang seyes tau...harge tiket jela RM3....xtermasuk airport tax dan fuel charge..emmmm..tp member aku pernah dapat harge tiket yg RM1 dan yg free pon de,just bayar tax and fuel gak...berbaloi2 kot..ngeh..ngeh...3x

So aku pon dok tengok and pikir la destinasi yg berharge RM3 tu mane kan....sebab kene tgk gak...wat nye RM3 tu gi ke New Delhi ke Karachi ke, kompem2 la Mr.Buddy aku xmau..hahahaha...


Kelmarin masa sembang2 ala-ala angin sepoi2 bahasa ngan Mr.buddy aku, de gak cakap, emmm jom kita pi langkawi nak tp tgk tiket murah la..kalau tiket sehengget boleh la.. he3.

So, tengok destinasi nye, je gak la Langkawi yg dalam plan kitorang nak gi termasuk dlm harge murah ala2 ketuk2 poket jugak. So kat sini aku decide nak ke 2 lokasi..bukan nak ek, tp nak pergi la...dlm perancangan...kalau nak ke Bali payah nak makan lgpun kami kene bawak Mr.Debot...so die kan kuat makan ala2 Babah nye jugak..jd payah. Jakarta memang kompem xleh sebab mmg kitorg xmau bawak si kecik ni ke kawasan yg penuh dgn asap dan rakyatnya yg sgt padat..ha3...

Tema kami kalau bercuti adalah budget+santai+relax+tenang+mudah+menarik.. hah, camno tu nak cari?? nampak cam cerewet kan, tp xde lah cerewet sgt pon..tu sbb aku pilih sama ada Langkawi atau Kota Kinabalu..ala2 kawasan yg boleh lepak2 kat pantai cam gitu..wahhhh....tu sebab aku cume Gunting 2 destinasi tu je utk di Rembat masuk ke dlm poket aku bertukar dgn duit yg semakin mengurus....hahaha

So, lepas dah pikir, punya pikir, pikir, dan pikir lagi...dah last2 xsempat berpikir takut nanti abis lak tiketnye kene rembat ngan org len...(apasal gune byk perkataan rembat nih??ni gara2 lepas tgk cite KL Gangster r ni.....)


Akhirnye, aku sebulat suara dan sehabis pikir serta status pembeliannya sudah SAH dan pilih ke Kota Kinabalu jela.....ke tempat yg agak relax dan murah kan..he3..tapi tahun depan la...lambat lagi..hahahaha....

So, total utk kami ber3 waktu ni Mr.Debot dah lebih 2 tahun, so xboleh pakai harge infant lagi dah..kene la tukar status kepada child..he3...Totalnya xsampai pun RM100 utk 3 org.. Sorg tambang lebih dan kurang dalam RM35+ je..murah la kot....klo ko naik feri pon xtau lagi bape hengget..he3

Moral nye, cume nak bagi tau korang...cepat2 la grab atau kasi pukul harge tiket tu sebelum 17 Julai 2011 ni ye..


Lots of Love
izzatiiskandar

Seksa Ketagih SYABU

Sekadar renungan dan peringatan untuk semua...tiba-tiba rasa nak share topic pasal SYABU/ICE ni sebab dunia yang semakin mengejar kemajuan semakin mundur pemikiran manusia..bukan setakat mundur je, tapi boleh di klafikasikan sebagai pemikiran manusia yg semakin bangang+bahlul.

Antara sebab kenapa rakyat Malaysia khususnya bangsa MELAYU boleh terjebak menjadi HAMBA SYABU ni antaranya :

1- kononnya alternatif paling cepat untuk KURUS atau
2- untuk tahan mata atau berjaga sebab kesan SYABU ni dikatakan boleh membuat seseorang itu TIDAK TIDUR selama 2- 3 hari atau
3- cari duit la kot....masyuk ape jual najis ni tapi memang bangang atau
4- untuk jadi agresif kot..sebab pengambilan najis ni boleh menyebabkan seseorang itu bertindak agresif.

Info DADAH : Apa itu SYABU??

Juga dikenali sebagai : Methamphetamine Hydrochloride/Ice

Cara Menggunakan : Chasing the dragon atau biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu.



Peralatan untuk menghisap SYABU


SYABU merupakan jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan dan ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan untuk tujuan mengubati. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit.


Fakta: Kesan syabu pada kesihatan



Mental dan emosi: 
Gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.
Jika pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

Kepala:
Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.
Fizikal:
Pengguna tidak tidur dan boleh bertahan selama 2-3 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan.
Sistem peranakan (wanita):
Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

Sistem seksual:
Sistem seksual terganggu (nafsu seksual menurun)



Cara pengguna SYABU

Pesanan,
JANGAN JADI HAMBA dan MANGSA SYABU.
Izzati Iskandar
 
sumber :

http://mzubairafandi.blogspot.com/2009/06/kasanova-jerat-mahasiswi.html


http://ntahapaapatah.blogspot.com/2009/08/syabu.html
 

Buat TEMAN WANITA Yang Istimewa Dari Kaca Mataku

Wanita ibarat bunga,
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah" (H.R. Muslim)

Wanita ibarat bunga,
Cantik indahnya pada pandangan mata hanyalah sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya..
Kerana akhlak wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu..

Ibarat bunga,
Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan..
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya..

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa,
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita..
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka..
Walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dimiliki oleh wanita solehah..

Kerana itulah....
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah..
Sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang bersemangat..
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
Dan pastinya, sebagai hamba Allah, dia akn menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Whatever mountains satnds in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilizes you,
The prayer full of faith can remove it.

Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya,
Hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya.



Tulus,
izzati iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers