Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Banyakkan Susu Badan Sekaligus Cepat Turun Berat & Shaping Badan

Bismillah,

Alhamdulillah, baru balik dari Mega Zero2Hero edisi ke 11. Recharge balik energy, bakar balik semangat, tambah lagi motivation dalam diri & paling penting, aura positif sentiasa berlegar2 disekeliling sebab 2 hari training dikelilingi oleh orang2 yg sangat positif.

Tahun ni ramai kawan2 yang dah mendirikan rumah tangga & ramai jugak kawan yang tengah berbahagia tunggu masa utk timang baby baru & ramai jugak yang tengah menambah umat Nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah. Semoga semuanya mendapat pewaris2 bakal ahli syurga. *Ameeen

Cuma nak share utk sesiapa je yang rasa boleh praktik dan cuba alternatif lain setelah berhempas pulas cuba utk TAMBAH SUSU BADAN dan pada masa yang sama cuba utk DAPATKAN BERAT & BENTUK BADAN ASAL.  

Ada x sesiapa yg dah putus asa & frust dengan macam2 cara yg korang guna utk tambah susu badan sekaligus cepat turun berat pada masa yg sama?  Dah cuba apa je yang kawan2 suggest tapi x bape nak menjadi?

Ok jom try cara ni pulak.

Apa yang korang perlukan ::


KURMA


F1 VANILLA


F3 BLENDED SOY


Cara ni aku dapat dari sorang kawan aku yg berjaya dgn cemerlangnya menghasilkan SUSU BADAN yg optimum pengelurannya serta dapat balik BERAT & BENTUK badan masa anak dara katanya. 

*aku x kata cara ini paling bagus antara semua berbanding yg lain2, tapi korang boleh cuba kalau nak. Tak salah berusahakan?

Caranya ::

1. Kurma tu korang rebus dulu dan buang biji. (atau buang biji dulu baru rebus *mana2 la asal mudah bagi korang)

ihsan google
Nak senangkan kerja korang, rebus sekali banyak, pastu simpan dalam peti utk buat stok. (hahahaha ni utk orang yg konon2 bz & xde masa mcm aku)

Chooooppp kenapa kurma??

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

Banyak sebenarnya kelebihan & khasiat kurma ni  utk org yang mengandung dan bersalin, jd korang boleh google sendiri malas nak tulis panjang2.


2. Blend sedikit kurma yg di rebus tadi dengan F1 Vanilla 2 scoop dan F3 Blended Soy 1 scoop dan air 400ml. 

(kenapa flavour Vanilla? sebenarnye ikut suke korang nak blend dgn falvour ape pun. Kalau tekak korang pelik2 nak tukar2 perisa lain, boleh je hari2 tukar dengan 5 perisa tu. huhuhuhu. vanilla kan boleh masuk je dgn apa2 buah pun, jd senang guna Vanilla)

Pastu buat sebagai menggantikan SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM korang. Masa dalam pantang start ambil, insyaAllah laju je korang dapat re-shape balik badan korang sebab makan nasi tengahari pun lauk berpantang kan kalori kurang :) hehehe. Alhamdulillah setakat ni, rata2 yang menuyusu & berpantang dengan HERBALIFE, anak kurang dijangkiti juandis yg teruk. Mungkin, mungkin ye aku cakap, sebab susu yg terhasil dari pemakanan yg sihat oleh si ibu.


Selain dari usaha di atas, korang juga sertakan amalan doa2 & zikir2 yang selalu kita dengar utk tambahkan susu.

#Herbalife adalah pengganti makanan yang rendah kalori, bukan ubat yang bertujuan utk mengubati penyakit. (bukan juga ubat kurus)


Selamat mencuba!!! 






I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

Kene Doa Tiap Kali Lepas Solat

Bismillah,

Salam 1 Ummah semua,

MasyaAllah dah terasa lame sangat x hupdate ape2. Sebenarnye bukan sebab xde masa, kalau cakap xde masa dan bz sangat2 tipu lah, nampak sangat kita manusia yang biasa2 ni x reti nak mengurus masa. Sebenarnye idea banyak tapi x tercetus nak tulis. Maklumlah sejak bermenjak2 ade Insta ni, macam dah agak kurang rajinnye nak mencoret, bukan mencarut okeh. Kalau kat Insta, upload terus tulis caption, ha kan senang gitu ;) ececewahhh. Ok tak lambat lagi ye nak ucap Salam Aidilfitri buat seluruh muslimin & muslimat yang menyambutnya x kira walau dimana korang berada.

Berbalik pada tajuk kat atas, kenapa kita kene berdoa? Sebab bagi orang Muslim, doa tu lah yang menjadi senjata kita. Doa dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan bantu hambaNya yang lemah ini.



Raya ke-3 baru ni, Achik (mak sedara) aku buat open house, jadi masa pergi dapur, aku terbaca nota kekal yang agak besar kat peti ais die tulis bertujuan memberi peringatan buat semua penghuni rumah tu barangkali dan jugak bagi sesiapa yang melintas kawasan tu supaya boleh baca.

"MANUSIA YANG TIDAK BERDOA SELEPAS SOLAT, ADALAH MANUSIA YANG SOMBONG DENGAN ALLAH"

Nauzubillah, xnak, xnak jadi manusia yang sombong dengan Pencipta. Nota ringkas tu kire macam terkena batang hidung aku jugak. Sebab kadang2 kalau nak cepat, buru2 waktu, aku pun kadang berdoa ala kadar aje, atau kadang2 x berdoa langsung sebab biasa konon2 urgent dengan hal duniawi.

Memang patutlah Allah gandakan lagi rezeki orang2 yang boleh luangkan waktu untuk mengharap & menghadapNya walau sesibuk mana sekali pun mereka. Yang kaya terus menjadi kaya, maka boleh memberi dengan banyak pada orang lain. Semakin banyak rezeki dan kayanya orang Muslim itu, maka boleh lah memberi dengan lagi banyak sebab kita kena ingat "dalam setiap pendapatan yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain"  Sebab tu pun rezeki Achik semakin melimpah2 dan meruah2. 

Sebab tu Achik adalah salah seorang sumber inspirasi aku untuk kerja kuat2 lagi. Orang yang aku selalu rasa nak ikut jejak langkah dia. Orang yang suka tengok orang lain berjaya terutama anak2 sedara. Orang yang x sombong dengan orang paling bawah walaupun die berada di atas. Bagi aku, bukan apa yang kita perolehi dari hasil kerja kuat kita tu yang kita nak banggakan, tapi perasaan dan rasa nikmat memberi itu lebih membahagiakan jiwa kita sebenarnye. Jadi makin banyak kita perolehi, makin banyak kita boleh beri kat orang lain.


INGINKAN PERUBAHAN & TINGKATKAN TARAF HIDUP KORANG?


EMAIL : izzati.sis@gmail.com


I am nothing but ALLAH is everything



Double i
IzzatiIskandar









Transformation Year by Year

Bismillah,

Salam EXTRAVAGANGZA semua!

Alhamdulillah, minggu yang penuh dengan berita2 gembira yang buat ramai pihak tersenyum sampai telinga. Alhamdulillah, alhamdulillah. Ade sikit2 berita yang kurang itu, take it as a positive way. So bile positive, muka lambat kedut2 tau. Hohohoho


klik untuk besarkan

Gambar di atas adalah 'body transformation' tahun ke tahun. *accecewahh. Start tahun 2008 sampai la tahun 2013. Kalau ikut kan bentuk fizikal dari gambar memang semakin lama, semakin mengembang. Tahun bertambah tahun mmg akan memBULAT. Kandar pulak seTAHUN bertambah memBENGKAK. Tapi sekarang, Alhamdulillah semuanya balik ke sedia kala. hehehehe. Oke Kandar nampak lebih muda ye skrg kan dari dulu yang bengkak2 mukanya. hahaha

Apapun, "we are still ourselves" Kandar tetap Kandar yang nakal dan berambut pacak (tengok semua rambut die, pacak2 aje) dan aku tetap Izzati yg degil suka melawan.


INGIN PERUBAHAN DALAM HIDUP KORANG?
BERUBAH KEPADA KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT?


WE ARE HEALTH & BUSINESS COACH
UPGRADE YOUR LIFE NOW
ASK ME HOW




I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar



Ini Cara Kami

Bismillah,

Salam sihat & ceria, semoga hari2 korang semua bertambah ceria dan gembira, insyaAllah.

Rasa dah berhabuk kot sbb dah lame xde post. Sibuk mengalahkan PM pulak ;) . Al-maklumlah minggu2 pilihanraya ni, sibuk pasang bendera...oooppppsss! Kandar pulak sibuk pi tampal poster 'UNDILAH PAKATAN & BARISAN SIHAT' eh? ade ke? huhuhu.

Ceritanya, bulan lepas kami struggle gile2 & finish strong utk hit WORLD TEAM. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami, so mmg bz betul2, lepas tu penuh pulak minggu2 dgn Zero2Hero, dan lepas tu terpakse skip 1 Z2H di PD sebab Double A kami, si Ajmal kena chicken pox. Eh, bape byk 'lepas tu' daaa. Ok CHICKEN POX di ulangi ye. Dugaan.... Dgn eksklusifnye doktor dari KK Chenor bg MC kat aku free2 je 3 hari sebab suruh jaga Ajmal dgn baik supaya x kan jangkit kat org lain. Fuuuuuhhhh.

Bermulanya kisah Ajmal adalah pada ptg selasa tu dah x nak makan, pastu badan panas2. So Kandar terpaksa skip keje dan balik awal. Petang tu aku balik mmg badan die panas lagi tambahan cuaca mmg agak panas kan sekarang. Lepas je maghrib, suhu badan die bertambah panas. Dengan keadaan badan yang dah lembik dan lemah sbb xmau makan, xmau susu semua jd kitorg pun susah hati. Takut panas yg melampau, so kami dgn berani nya mencuba, pegi ambil syringe, sedut ALOEVERA sampai penuh syringe tu dlm 5ml, pastu terus bagi Ajmal. Bagi macam kita bg budak2 makan ubat. Aloe vera yg pekat2 ok! xde tambah air punye. Boleh korang bayangkan x, bertapa masamnye la kan. huhuhuhuhu.. Dan rata2 herbalifer tau, salah satu fungsi ALOE drink adalah utk stabilkan suhu panas dlm badan. Tapi jangan risau, SEMUA PRODUK HERBALIFE selamat digunakan x kira dari yg kecik, sampai la yg dah tua. 

Lepas kasi Ajmal 1 shoot ALOE, so kami buat kan SHAKE F1 HERBALIFE utk Ajmal, sbb nnti kalau die lapar, tengah2 malam, kami jugak yg haru, sbb asyik nagis aje. Cara utk bagi makan SHAKE tu sama je dengan cara bagi makan ubat. Kami bancuh dlm 50ml air dan 1/2 sudu shake choclate. Kire kena bg dlm 10 kali jugak nak picit dlm mulut dia. Abis je bagi shake, dalam 2 3 minit die kentut2 & sedawa. 



Lepas tu ape lagi, aku pi ambik nasi lembik2 kan bagi makan dengan ikan. Alhamdulillah, Allah tau kerisauan kami, jadi lepas makan, lepas minum air masak, suhu badan dia terus cepat betul turun. Siap peluh2 lagi sebab dia baru pandai jalan, jadi asyik nak jalan aje. Dan tidur malamnye dengan cukup lena dalam kekenyangan. Jadi, kebimbangan utk demam tu xde la dah. 




Pagi2 esoknya, rupanya bijik2 chicken pox tu keluar. Pergi klinik, doktor x bagi ubat ape pun cuma bagi vitamin utk tingkatkan imunisasi badan aje. Kata doktor, ini virus, so nak bagi cepat die hilang, imun badan baby kene kuat, jadi kena makan vitamin. Tiap kali lepas bagi vitamin, kitorg akan bagi jugak SHAKE. 

Bab bila GATAL-GATAL? ok bile kene time gatal-gatal, nak garu kompem la x reti lagi sbb baby kot, jadi kami apply aje ALOE SOOTHING GEL ok. Sebelum ni dgr2 aje org2 dalam forum JFit cakap bagus gel ni utk kulit, so kami buat testimoni pada Ajmal dan mmg betul, chicken pox tu jadi cepat kering, dan parut die cepat hilang. 



Alhamdulillah, hari ke-2 kene tapi Ajmal dah sihat, bertenaga dan ceria aje macam baby sihat yg lain. Itu kisah kami dan CARA KAMI pada anak kami sendiri. Tak salah kan mencuba. Keputusan tidak tipikal, mungkin pada condition lain2 org, lain result dan kesannya. Yang pasti InsyaALLAH kalau korang nak bagi anak2 korang makan nutrisi yg baik, HERBALIFE tetap selamat. Cuma kena ingat, ape pun cara nya semua tu asbab aje, yg penting dari Allah. Allah yg bagi penyakit dan Allah jugak yg menyembuhkan. 

#Alhamdulillah, mungkin ini ujian kecil dari ALLAH buat kami, setelah bagi apa yg kitorg nak, jadi Allah turunkan sikit ujian kecil. Syukur sgt2 sebab atas ujian2 yg kecil ni, bulan ni ALLAH kurniakan kami rezeki dengan pendapatan HERBALIFE cecah 5 angka. Subhanallah. Kerja makan gaji 10 tahun pun belum tentu cecah 5 angka kan? Jadi renung2 kan. ;)



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar



Beauty Of HERBALIFE

Bismillah,


The BEST thing about HERBALIFE is we bring hope & dream back! :)








I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

TOKYO Jom, Jom Dapat RM18,000

Bismillah

Salam sihat & ceria semua,
Semoga ALLAH terus selamatkan kita dan tanah tumpah negara kita yg tercinta. #Ameen

Jom plan kita punya tindakan, insyaAllah kalau kita ada perancangan yg baik, semua reward & promotion akan kita capai. 

Cerita pasal promotion ni ha. Team kami, FunNFit buat promotion gila2! Crazzy Promo! Memang cool tahap apa pun xreti nak expalin dah. Hahahahahaha :)

Tak percaya? ok Jom klik utk besarkan gambar2 promotion yang mmg boleh buat org ramai jadi gelabah puyuh.

Tokyo Promo

Fuyoooo korang memang rugi kot kalau x mau grab! serius kalau x nak berjalan2 ke negara matahari terbit, korang boleh ambik cash RM7,000 dan RM18,000!! Macam2 kot boleh buat. Nak kawen pun xpayah buat loan dah. hehehe ;p


Melbourne Promo

Ok, jom plan untuk upgrade & tukar pin to the next level. Move next level, move to Active World Team so kita boleh berjimba di Melbourne, Australia.


Rasa, macam nak buat kerja laju2 je sebab x sabar ni nak pergi jalan jauh2. Jadi jom plan2, work hard & work smart! InsyaaAllah, mohon dengan Allah supaya permudahkan urusan kita. #Ameen.





I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar





Speechless

Bismillah

Salam sihat & ceria. Semoga korang terus berada dalam jiwa yg tenang.


Memang xreti nak cakap apa la kan bila ada member yg post status cam gini hahahahaha :p . Hmmmmm so apa pendapat korang? bila fikir2 kan betul jugak die ni cakap. Jadi kesimpulannya, cinta yg hakiki adalah cinta pada ALLAH. Semoga kita anata hamba yg dipilih oleh Allah utk sentiasa diberi rahmat & kasih sygNya. #Ameen






I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

Tak Salah Mencuba Dulu

Bismillah,

Salam ceria & salam sihat semua,

Alhamdulillah, baru aje selesai EOM Februari. Ramai yg tarik nafas lega sebab ramai sangat yang dah move to next levlel. MasyaAllah, luar biasa semuanya. Tahniah buat semua yang dah move. InsyaAllah, aku dan Kandar cube buat yg terbaek utk move to next level. Ya Allah mohon Kau permudahkan laluan kami dan team kami. Kawan2 jugak tolong doakan kami ye. Ameen.

Ok bercakap pasal entry hari ini, memang xsalah kalau kita nak mencuba. BerNIAGA ni adalah sunnah. Nabi kita Nabi Muhamad s.a.w pun berniaga, Khadijah pun berniaga dan menjadi peniaga yg berjaya, Abd. Rahman Bin Auf jugak berniaga & sgt berjaya, kesimpulannya, pada zaman Rasulullah org2 Islam sgt berjaya dalam perniagaan mereka. Melalui perniagaan lah diorg dapat menyumbang kepada penambahbaikkan & pembangunan Islam pada zaman itu.



Ok apa kaitan berniaga dengan Herbalife. Herbalife jugak konsepnya berniaga, cuma Herbalife perniagaan yg dilengkapi dengan sistem. Nak story panjang2, boleh direct pm aku ye. Tapi cuma nak cakap mcmni. Aku terbaca komen seseorg dalam blog http://ladyship-atie.blogspot.com berbunyi

"Maaf.. sy akui pniagaan mmg mmbawa byk kebaikan pada mnusia.. tidak kira jenis ape pn pniagaan.. perlu kn pngorbanan yg besar..usaha keras.. saya kagum dgn usaha dan kejayaan orang2 yg berniaga.. sy juga merasakan herbalife mrupakan salah satu platform yg bgus utk bjaya.. namun janganlah kita menganggap orang yg tidak mahu join herbalife tu tak nak berjaya dalam hidup.. mungkin rezeki Allah dah tetapkan mereka di tmpt lain.. tak semua org mmpu buat mcm kita buat.. tahniah utk kamu yg sgt positive kerana merasakan semua itu tidak mustahil.. saya sendiri merupakan distributor herbalife suatu ktika dulu.byk event hrbalife sy dh pg..sy tahu produknya bagus,dan sangat berkesan. sy merasakan ada aura positive disitu.. tp bukan kerana sy give up, saya hanya merasakan sy tidak mampu utk meneruskan atas sebab yg ttntu..sy skdr pngguna shj.. maaf itu hnya pndgn.. kamu teruskn dlm bdg ini.. smg bjaya.. yg tidak mahu join tu tserah..kita x blh pksa.. sma mcm mnympaikan dakwah..kita hanya menyampaikan.. terpulang pd dia nk trima ke tidak..itu semua kerja Allah.. Allahualam" 

Betul tu cakap orang yang hantar komen ni. 110% aku sokong, TAPI...mungkin maksud Atie itu adalah, "TAK SALAH KALAU NAK MENCUBA BERNIAGA DENGAN HERBALIFE DULU" sebab apa2 pun kita nak berniaga hatta jual nasi lemak sekalipun, kena ada ILMU tentang perniagaan itu. Sebab Atie share pasal berniaga Herbalife, sebab die berjaya dalam bidang dia. Mungkin kalau kita berjaya dalam perniagaan kasut, kita kan cerita kebaikkan meniaga kasut jugak. Okeh bukan back-up Atie ye, sebab Atie xkenal pun aku ni pun. :( sob..sob.. hehehe.

Tapi teringat pesan Firdaus&Nadia (Millionaire Team) masa di HOM Melaka, "Cuba stay & bagi peluang pada diri korang dengan HERBALIFE selama 2 tahun aje. Kalau dah tak ada apa pun perubahan berlaku, xde movement langsung, xde peningkatan dalam Herbalife selama 2 tahun ni, ok boleh tinggalkan Herbalife. 2 tahun pertama tu adalah tahun kita kumpul kekuatan, tenaga dan asah skill untuk maju, tapi kalau semua xdapat jugak, mmg di sarankan korang cuba bidang lain"

Ok, itu kata Firdaus&Nadia, kata2 ni jugak aku dengar dari Achik aku, Alhamdulillah sekarang Achik dah jadi Pengasas Biodex Malaysia (Siti Murni Bt Yusuf). Seorang usahawati yg sgt berjaya dan inspirasi aku jugak. "Izzati, dalam apa jugak yg kita buat kalau nak niaga ni, kena bertahan paling kurang 2 tahun yg pertama. Sebab hasilnya akan nampak betul bila masuk tahun ke-3. Jadi bertahan dengan apa yg kita buat dulu. (dia pesan akt aku masa dlm flight ke Jakarta). Waallahu'alam

Kesimpulannya, apa pun kita nak buat, mintak petunjuk dgn Allah dulu. Buat solat hajat, buat istikharah mana tau Allah bagi petunjuk. Tapi usaha kena jugak tau.


Ok, tibe2 nak upload pic 5 ahli sukan tajaan herbalife!! Fuhh Azizul Hasni Awang mmg superb mase spectacular 2013 hari tu. ngeh...ngeh...





I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

Healthy Breakfast / Sarapan Sihat

Bismillah

Salam sihat & salam penuh ceria semua.

Semoga hari2 hidup kita terus dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. #Ameen




Apakah sarapan pagi yang SIHAT korang? 

Ok jom bercakap pasal SARAPAN PAGI yg SIHAT atau HEALTHY BREAKFAST.


  • 1 Shake Herbalife ada 303 micro-gram Vitamin A
 Jadi, korang kena ambil 3 biji apple untuk jumlah yang sama.


  • 1 Shake Herbalife ada 5.2 milligram Niacin 
Niacin tu dalam bahasa lainnya Vitamin B3, elok untuk sistem penghadaman & juga conversion food pada energy/tenaga. Jadi korang kena ambil 8 biji pisang untuk jumlah yang sama.


  • 1 Shake Herbalife ada 4.8 milligram Vitamin E
Kita2 ni org perempuan kena gembira ni sebab boleh mengurangkan kurangkan kedutan pada muka. Jadi kena makan 5 biji kiwi untuk dapat jumlah yg sama.


Wahhh, korang jangan lengah2 lagi, cepat2, cepat kena pegi try SHAKE korang hari ni. 

Kesimpulannya, KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN. Apa yg kita makan sebenarnya boleh mencerminkan siapa diri kita. Dan perlu kita ingat, apa yang kita makan sekarang, tidak akan memberi kesan serta merta, tapi apa yg kita makan sekarang, akan memberi kesan untuk 10 tahun akan datang. Jadi imagine/bayangkan tubuh badan anda utk 10tahun akan dtg.







BERUBAHLAH PADA KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT & CERIA

contact
017-920 3587 (izzati) 012-959 2119 (iskandar)



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

Review & Happy Bestday

Salam sihat, ceria dan salam EOM utk bulan Januari.

Banyak perkara baru aku belajar dan dapat dalam 2013. Kadang2, ade yang aku mudah dan senang aja untuk lalui, dan kadang2 terasa macam payahnya. Itulah kehidupan. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segala jalan yg ada untuk aku lalui dengan tenang. 

Allah itu punya perancangan yang lebih baik daripada apa yg akal kita mampu fikirkan. Aku rasa banyak sangat kekurangan diri yang perlu aku baiki. Aku nak hidup aku jadi lebih baik, jadi lebih bermatlamat, supaya aku dan Kandar jadi contoh yg sebaik mungkin pada Thaqif & Ajmal. 

Kalau difikir2 kan, banyak dah masa yg xberfaedah, masa bersuka ria tanpa manfaat kitorang bazirkan. Ade orang cakap & pesan kat aku yang mana, setiap perkara yg membuang masa yg kita lakukan, atau perkara2 lagha yg tidak mendatangkan faedah & mengundang dosa yg kita lakukan akan balik pada keturunan kita. Nak ke anak2 kita lakukan perkara yg sama macam kita lakukan? Itu soalan yg mana rasa terjerut leher aku bila org yg cakap n bagi nasihat tu tanya pada aku. #Nauzubillahiminzalik.

Macam itu lah perasaan makbapak kita sekarang rasanya, bila kita buat perkara yg kurang elok pada pandangan sesetengah umum, dan bila kena turn anak2 kita, xboleh bayangkan macam mana pulak reaksi kita. Semoga Thaqif & Ajmal jadi anak2 yg soleh. #Ameen

Nasihat dari seorang sahabat utk aku jugak, " Izzati tengok realiti dunia hari ini kan, ramai yg bangga dengan pasangan yg masih tak sah lagi disisi agama. Tanpa rasa malu & dengan rasa bangga post sana sini tengah dating. Kau kena ingat Izzati, sebab tu Allah susah nak murahkan rezeki bila hubungan kita dengan pasangan yg tiada lagi kaitan lebih diutamakan dari jaga hubungan dengan Allah dan itu penyebab dunia hari ini, berlaku banyak kekacauan & penceraian dlm kehidupan rumah tangga bagi golongan muda yg baru kahwin. Diorang lebih pentingkan hubungan sebelum sah & halal disisi agama dari memikirkan hubungan dan cara terbaik utk kita lakukan lepas bernikah."

Glupp, macam terkena batang hidung sendiri pulak dulu masa zaman2 bercinta dulu. Sama aja aku dulu dgn ape yg sahabat aku pesankan. Terima kasih, N****** sebab bagi nasihat yg sangat terkesan dlm hati aku. Ye mmg susah utk kita bg nasihat kat orang, takut2 orang salah anggap apa yg kita sampaikan. Tapi, sahabat aku ni, sgt tenang aje bila ingatkan aku dan berani pada jalan yg betul. Moga Allah berkati hidupnya.

Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dgn orang yg sama2 'lagha' satu masa dahulu, kini selamat jadi suami & ayah pada anak2 aku. Moga kesalahan2 lama & dosa2 lama Allah ampunkan melalui hubungan yang sah lagi halal antara kami ini. #Ameen. 

Terima kasih byk2 pada Kandar, sebab sama2 susah, senang & gembira. Selalu jadi supporter walaupun pada masa2 yg x diperlukan :) hahaha.... dan selalu jadi 'Best Friend' yang sporting, dan akhir sekali, semoga Allah jadikan Kandar pasangan dunia akhirat yg baik & selalu ada dan akan berubah kearah yg lebih baik untuk aku. 


*Abaikan Kandar masa gemuk. Thaqif xpuas hati.


Sama2 mintak dengan Allah, supaya kita jadi ibubapa yg boleh dicontohi oleh anak2, dan jadikan diri kita ibubapa yg anak2 banggakan. Semoga sama2 berubah ke arah yg lebih baik.

!
!
!
!
!
!
!
!




4 February 2013

*Wish u all the best Abang,
*Happy 31st bestday
*Semoga Allah murahkan rezeki & semoga diberi nikmat hidup yang baik




I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar



IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers