Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Sememangnya Kreatif + Lawak

Bukan ape, saje jek boring2 duk termenung sebab kerja tak de lah bertimbun sangat, so nak bagitau la sikit benda yang aku rase sedikit mencuit hati kecik aku ni baru2 ni..


Kisah yang sedikit memancing jiwa raga aku dan Mr.Buddy ku ni mase kami travel ke Jakarta tempoh hari. Before ni, kalau ke indonesia, kami jarang makan KFC sana, kalau ade pun, hanya tempah ayam jek, yang lain macam pelik je bagi kami so kali ini kami ke KFC sebab Mr.Buddy betol2 lapar dan perot yangbulat tu dah menjerit2 mintak isi. Maka kami terkebetulan tengah bersiar-siar dalam Roxy Mas di Grogol, kami pon masuk lerr KFC indonesia ni. Buddy suh la order yang berat2 sikit. Makanya aku amik la set order yang aku tengok kiri n kanan aku semua dok order yang tu je, so aku pun order. Maka inilah rupa paras makanan yang kami order tadi. Air+ayam+sebungkus+kentang


Kalau korang pandai ape dalam bungkus tu?? Mesti korang fikir itu burger ke ape kan. Mula2 aku macam terpikir berger yang mana setiap meje ada bungkusan itu. Aku pon mase order tu tgk xde plak die tulis perkataan berger ke ape...aku rase macam lain...dan bile kami buka, punye la tergelaknya kami kerana....


Taaa daaa..........seketul nasi putih..hehehe..macam kat Malaysiakan kite baru jek ada nasi dalam 2 3 tahun lepas, itupun bukan nasi puti, tapi nasi macam rase nasi ayam sikit2, tapi diorg rupe nye dah lame dah buat set nasi+ayam. Tengokla pic Buddy mase melantak KFC ye....


Hahahaha...sangat sedap kot kate die..die kate Malaysia nasi ayam macam xsedap, nasi putih lagi masuk. Sampai kene 2 kali order tau. Buddy ni seorg yang memilih makanan, asal xsedap die mesti xmau, tapi kalau dah dua kali order dan ayam aku pun die rembat, ini maknenye memang sedap la kot....hehehehe

Banyak lagi makanan sedap2 tapi macam yang lain tu xde lah nak geletek jiwa raga aku sangat...


Ngeh,ngeh,ngeh
Izzati Iskandar

Thaqif Back to School

Finally i got my free time to write about my darling sweetheart Mr.Debot a.k.a Syed Thaqif Dinzly Bin Syed Muhamad Iskandar. I tell u guys, he is really make my life more fun everyday with his style. hahahahaha...(masih lagi tesenyum2 mase taip entry ni)

On top of that title pon dah macam org boleh agak kan, tapi betul ke si Debot ni yang baru umurnya setahun jagung bakar ni dah boleh ke sekolah. Sekolah apa yg boleh terima budak 1 tahun 3 bulan ni masuk sekolah depa??? ishh..ishh..pelik, pelik...hahaha...

Mase tangkap pic die ni memang esok nye orang mula masuk sekolah balik. So die tgk2 org lain sibuk2 siap2 nak kembali ke sesi persekolahan, so die pon sibuk jugak la...mengalahkan orang yg akan gi sekolah esok. Siap bergaya dengan beg die lagi...

Ishh, ishh, ishh...pe pun layankan aje la pic si Debot nih.



Pe pun cakap org2 lain and whatever pandangan org luar terhadap u dear, you always in my heart sayang! You always rock my heart!

"CAR WASH" NOW OPEN

CAR WASH 7days/week

Opsss!!! I mean not online car wash ye..kalau semua benda nak online macamne plak nak pos balik kereta2 anda...huhuhu.. so today's entry, sebenarnye more to my Mr.Buddy nye entry la derr. Now, the new of kandar came out with new product!! yeay i like the new of he! positive thinking and business minded. What he produce? so nama kat entry tu pon da bleh agak kan, so SYED MUHAMAD ISKANDAR and friends open a new car wash at CHENOR!

So, to all my family members, my friends, my kandar's friends, my and my and my...please sent your car or lorry or bus or truck or motorcycle or bicycle (bicycle i xtau la diorang accept ke x, i just mention jek all types of vehicle) or motorboat (if ada sape2 nak suh tolong basuh kan, al-maklumlah orang2 CHENOR kan suka main bot2 ni, so ramai yg ade bot and malas nak basuh) so jgn segan-silu, sila lah hantar ke CAR WASH mereka ye.

If you guys nak tau tahap kualiti and kebersihan nye, so jemputlah hantar. Jangan malu, jangan segan, datang la dengan orang2 kampung untuk support "Bumiputra Business" ni.

Kalau ada orang government or even any Minister yang tebaca entry i ni pun, kalau nak tolong support Bumiputra nya business, so please don't be hesitate untuk menghulurkan bantuan kewangan so boleh lah satu hari nanti kita wat franchising dalam car wash auto care ni! (fuhh tinggi betol cita2 and impian i kan. i plak yang beria2 berangan2 mat jenin).

So,  kat sini aku ada provide Map untuk korang yang dari jauh nak datang sebab nak support "bumiputra" nye biz and please, please and please war2 kan pada yang lain2 ye, lagi 1 aku nak mention yang pembantu2 or pekerja2 kat CAR WASH ni bukan "abang la" or "abang don" ye..maknenye, bukan la pakcik bangla dan mamat indon. Totally ORANG MELAYU chenor.

So and so xde la bau2 yang kurang menyenangkan seperti di kebanyakkan car wash lain terbau2.. eeee, mak geli nyah!nak muntah mak...hahahahaha (alamak, sekejap aku, sekejap i...ape daa izzati ni)

So, malas nak merepek2 lagi, sila tengok dan google sendiri kalau map yang di providekan ni xjelas. Sila google dari temerloh, pahang ke chenor,pahang.




Ni 3D map yang aku google kat internet, or nak yang aku draw sendiri, tapi macam buruk je, wat malu kot sebab i'm not professional artist..huhuhu....lukis2 ni xreti tapi kalau duit, duit reti la nak manage macam ne..hahaha

Nak xnak tengok jela ape yang aku lukis ni..senang jek nak pi chenor ni. dari Temerloh tu terus jek samapi nampak belah kanan tu Chenor or dari Kuanatan (jalan lama kuar dari Highway Maran) terus and belah kiri ye.



So, you guys aku pon nak provide la beberapa pic CAR WASH tu. Sebabnya, sekarang aku ni macam seorang marketer je dah...ceh...

Oh, kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan CHENOR ke BERA, or BERA ke KUANTAN melalui CHENOR, maka anda juga akan melihat CAR WASH ini. So, berhenti la ye...jangan malu2..

dari bandar jengka / temerloh / kg.awah


pintu gerbang Chenor

signboard kawasan sekitar Chenor

signboard to Jayadiri b4 samapi ke bandar Chenor

on left side is SMA Chenor

on right side is Masjid Jame' Chenor

So, pic di atas adalah sign2 untuk sampai ke CAR WASH ye.. sila teruskan pemanduan anda wahai semua. Dari sign2 diatas and tidak jauh dah. lebih kurang 5 minit akan tiba di destinasi.

1

2

3

4

5

Oh, pic 1 sampai 4 adalah rupa paras CAR WASH Mr.Buddy ku and friends for the first day it's operate. So, bagi lah support skit, that's why lerr aku write in dalam blog aku ni. He is my HERO kan, so he one of the people yang related with me, for sure la aku put al-kisahnye dalam blog aku ni. I hope your journey will success and never give up dude!

Opsss, pic 5 tu tertinggal la. Itu adalah balai polis Chenor. So belakang Balai Polis ni adalah TERATAK kami sekeluarga..meh la ke rumah kami. If kelapangan dan ingin melawat IZZATI and family, jemput la datang (datang bawak la buah tangan ye, jgn datang kosong2)

So, to all my friends, my family members and others...please come, WE SERVE YOU AS BEST AS CAN


Lots of LOVE
IzzatiIskandar

Dosa Gugur Apabila Suami-Isteri Bersalaman

Salam 'Jumaat' yang mulia, penghulu segala hari awal-awal tahun 2011 ni... fuhhh sedar xsedar dah 7 hari dah kita jejak kan kaki ke tahun baru 2011 ni. Sekejap je kan rasa tirai 2010 berlabuh. Cerita suka duka 2010 pon xsempat nak jilidkan dalam buku dah masuk cerita 2010...

Kali ni terdetik kat dalam jiwa raga ni nak kuarkan entry berbentuk segitiga kiub tazkirah pada hari jumaat yang mulia ni. yela, hari jumaat kan, awal2 tahun plak. rasa macam biarla buku amalan tu nampak elok skit mula2 ni..

So, berbalik pada topik kita pada hari ni, "dosa gugur apabila suami-isteri bersalaman" wah entry ni memang sesuai la orang macam aku ni sebab dah berkahwin kot dan yang belom berkahwin, sebagai rujukan la, mana tau nak wat research sikit2 sebelum kawin. Yela, untuk preparation lepas kahwin nanti supaya tetap berada bawah lembayung dan rahmat ALLAH s.w.t.

So, so, so..bape banyak kali so daaa....time kasih la kat mums acdc (salah seorang friend-list dalam FB aku merangkap office-mate aku ler kat bumi KMTPh ni) sebab die yang fowardkan tazkirah pada aku di hari jumaat yg mulia ni. Thanks again, dude!!

(model kat dalam ni tentu la aku n Mr.Buddyku)


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tiada yang indah

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya Jadilah anak yang soleh dan solehah.

Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya Usahalah sehingga berjaya.

Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid Jadilah syuhada' fisabilillah

Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya Hindari diri dari mengkhianati

Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia. Wujudkanlah keluarga bahagia

Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan. Jadilah kawan yang baik

Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat. Carilah ilmu yang berkat

Ingatlah

Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.

Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuma kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.

Lot of LOVE
izzatiiskandar

Kenapa MEKAH istimewa?

Adaptasi/sumber dari Al-Islam,edisi September 2010

Ramai yang memberi alasan kenapa mereka mengunjungi Tanah Haram itu. Apa pun mengunjungi Kota Mekah tidak kira untuk beribadah atau melancong, ia amat digalakkan dalam ISLAM!!!


Pun begitu, bukan itu yang hendak di utara dan di bincangkan sebaliknya untuk mengupas pelbagai rahsia "mengapa ibadah haji di lakukan di Makkatul Mukarramah dan mengapa Kaabah ditetapkan sebagai kiblat bagi seluruh umat Islam di muka bumi ini", itu lah yang kita nak kupas serta bincangkan.

Jika didedahkan rahsia itu, nescaya kita akan rasa, "wah, alangkah bertuahnya diri kerana dipilih menjadi seorang Islam". Rahsia itu semua akan menyebabkan kita rasa betapa agungnya tuhan, indahnya Islam dan takut kepada-Nya.

So, kali ini aku dengan ilmu yang sedikit ini cuba untuk merungkaikan melalui pembacaan dan sumber2 info yang aku perolehi...(kalo salah harap perbetulkan dengan kadar segera, sebelum pahaman bercanggah!harap maklum ya)

Rahsia yang akan di ungkaikan ini adalah dibuktikan dengan sains. Setipa sesuatu yang ALLAH jadikan ada peneranganya dari segi sains yang menyebakan kita semakin kuat dan dekat pada-Nya.

Jesteru itu, bagi sesiapa yang ingin melangka ke Bumi Suci ALLAH, ambillah apa yang ingin disampaikan ini sebagai penambah atau pemangkin keyakinana serta iman di dada. Diperintahkan ibadah haji ke Mekkah bukan sekadar menjadi rukun Islam, tetapi wujud kesannya pada spiritual, kesihatan dan kehidupan seharian.

KENAPA MEKAH??

Ada sesuatu yang menarik tertarik yang perlu di kongsi bersama iaitu mengapa "Mekah dan Kaabah itu menjadi kiblat". Sebenarnya ia bukan sekadar arah kiblat ketika bersembahyang bagi umat Islam seluruh dunia tetapi lebih daripada itu. Ia menjadi lebih menarik kerana Allah telah menyatakan perihal Kaabah di dalam firmanNya, Surah Al-Ma'aidah, ayat 97 (cari/google la maknanya ya).

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh paling mudah sekali, tentu majoriti pakai Astro kan. Pastinya setiap Astro ada piring para bola untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelite. So, utk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah kiblat atau Kaabah. Kalau xpercya, cuba balik tengok balik piring Astro di rumah bumbung anda mengadap mana?

Kenapa begitu??? Mudah saja jawapannya kerana MEKAH adalah PUSAT BUMI. Sama ada percaya atau tidak jawapannya sudah ditemui sejak kali pertam Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Katanya ia telah dibuktikan secara sainstifik olek Armstrong semasa dalam perjalannya ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yg dipancar dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yg pelik dan mereka mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi bersifat infiniti (tidak berpenghujubg). Apabila Armstrong jejakkan kaki ke Marith, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat istimewa dan paling penting infiniti. Inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dan Kaabah di akhirat.


Bayangkan anda berada di kutub utara dan aku berada di kutub selatan, di tgh2 adalah zon keseimbagan magnet atau zon magntisme sifar dan itulah Mekah. Kalau nak dibuktikan boleh. Bawa kompas ke Kaabah dan anda akan dapati, jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini adalah bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua2 medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih panjang unur dan sihat.  Tekanan graviti yg tertumpu dikawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupyaan darah untuk membawa oksigen keseluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini. 

Tidak hairanlah orang tua yg tidak boleh berjalan menjadi sihat dan tidak boleh berjalan menjadi sihat dan boleh melakukan ibadah haji dan umrah dengan sempurna walau berasak dengan jemaah2 lain. Keadaan semula jadi Mekah yg menjadi pusat bumi itu, telah memberi tenaga luar biasa kepada tetamu-Nya semasa menunaikan amal ibadah disana.

Sudah jelas bukan, Mekah adalah tempat yg paling tinggi tekanan gravitinya. Sebab itulah air zam-zam tidak akan kering dan sentiasa membuak2 keluar. Kalau dikira, dari saiznya memang tidak masuk akal apabila ia boleh membekalkan air kepada berjuta2 umat Islam. Hanya kerana tekanan graviti yg kuat sahaja boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

 Kerana itulah dalam Islam, banyak perkara yang kita lakukan perlu mengadap kiblat. Misalnya menyembelih haiwan kene ngadap kiblat, kematian dan byk lagi kene mengadap kiblat. Hanya 1 je xboleh ngadap kiblat, iaitu ketika masuk tandas atau buang air!!!

Satu contoh terbaik kenapa sembelih kene mengadap kiblat? kerana menurut kajian, darah yg mengalir akan keluar sekali membawa toksid, racun, dan kolestrol. Hasilnya, daging akan menjadi manis dan sihat.

*kedudukan Mekah di tengah2 7 benua 

 

Melayu Gagah, Melayu Perkasa

Hebat tak tajuk entry kali ni?? So, Hari ini Melayu masih GAGAH ke? Melayu masih PERKASA ke? Melayu kah kita? so tepuk dada tanya lah hati masing2. Sebab isu ini sudah semestinya isu yang agak kesesitifan nya menyentuh banyak pihak, so saya xde la nak komen banyak just want to share with all of you guys.

Saje pagi2, bulan2 terakhir, atau saja nak refresh di akhir2 tahun 2010 sebelum ia menutup tirai yang mempunyai 1001 cerita suka duka. Jom kita cuba hayati dan layan lirik lagu ni:

 
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yg kecil,
Air mata darah,
Bercampur keringat
Bumi dipijak milik org.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri,

masa depan sungguh kelam..
kan lenyap peristiwa semalam..
bersatu lah hati,
bersama berbakti,
pulih kembali harga diri..

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara
 
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
 
*sila nyanyi dengan penuh semangat ya.
 
Ha, apa pulak motif IZZATI ISKANDAR kali ini?? 

Fuhh...apakah perasaan anda semua ketika menyanyikan lagu di atas?
 
So bg aku, lagu ini sgt sentimental dan membawa maksud yang sgt mendalam dlm diri aku. sebab nya mase aku di"orentasikan" masa mula2 aku masuk UiTM, Alor Gajah, Lendu, Melaka dulu, aku telah di sekolah kan dan telah di basuh dgn LAGU ini. Fuh setiap hari , setiap jam, setiap sesi kene menyanyikan lagu ni dengan semangat semasa "minggu mesra siswa" means minggu orentasi la. Fuhhh, sampai aku dah terbawa2 n mengigau2 dalam tido daa....

Selain dan di samping itu, kerana apa aku tidak boleh berenggang dengan lagu ini? antara sebab nya mesti lah aku telah disekolahkan masa MMS di uitm dulu. Yang ke-2 nye, sbb Mr.Buddy aku a.k.a Syed Muhamad Iskandar merangkap "pemandu peribadi" aku seumur hidup adalah "org kuat BTN"..hohohoho..so sesiapa yg pernah gi BTN mesti akan menyanyikan lagu ni kan???

Hahahaha....tapi serius cakap, aku memang tabik spring kepada yg mencipta lirik lagu ni, sebab die boleh membuat aku ter'touching' dan rasa macam semangat MELAYU aku terus naik tahap impak maksima.

Apakah sumbangan anda di dalam MELAYU?

Oh, kalo tanya pasal sumbangan aku, sebesar zarah pon xde. Yela, aku mane pandai cari2 peluang untuk bergiat lebih2, takut di salah ertikan. Tapi, semasa di KAMPUS ALOR GAJAH dulu, antara sumbangan kecil pada BANGSA MELAYU yg pernah aku buat adalah mempertahankan UiTM dari di buka kepada bangsa lain. BUkan la aku pi menentang bagai, aku yg wat macam2, tapi aku telah joint DEMONSTRASI atau piket (ntah aku pon xtau ape nama nya) secara aman di dalam UiTM itu menentang kemasukan bangsa lain ke dalam UiTM.

Sangat kecik kot sumbangan aku tu.....or itu tidak dipanggil sumbangan pon..ape pon, aku tetap ingin berbakti pada bangsa dengan pertahan MELAYU KITA...

Aku pon xtau secara specifiknya, just aku dapat input ni dari seorang lecturer aku mase aku studi. itupon baru2 ni aku dapat input ni. Aku try search and google tapi mc  xbape nak jumpa jek....so, aku still cari lagi.mungkin aku salah taip maklumat ke ape ke..hahaha..

Aku xtau samaada maklumat aku  ni betol ke x. Tapi yg aku tau untuk ORANG MELAYU wujudkan UiTM, org MELAYU terpaksa korbankan beberapa ribu kerakyatan pada masa itu (mase tu xdipanggil uitm lagi) so, kita dah berkorban benda yg penting utk tubuhkan khas bagi anak ORANG MELAYU, jadi kenapa kita nak sia2 kan pengorbanan itu??? kenapa kita nak sokong kemasukan org luar/bangsa lain kerana kita dah berkorban!! bukan saja2...(wah sorri semua teremosi pulak..........)

Kita bukannya dapat UiTM itu free2 jek sebab kita golongan majoriti, tapi kita bayar HARGA UiTM itu dengan pengorbanan!! So, sedarlah wahai anak MELAYU, jika sesiapa yg menyokong uitm itu dibuka pada org luar. Itu sebab aku terus2 jek volunteer mase sertai demonstratsi secara aman. MAse itu mmg best sgt, sebab aku rasa bangga jadi ANAK MELAYU yang pertahankan BANGSA MELAYU. So, antara pic aku mase sertai demonstratsi pada tahun 2008





Ini lah antara sumbangan kecil aku dalam BANGSA MELAYU semasa mempertahankan HAK ORANG MELAYU!!!
HIDUP MELAYU!

Lots of Love
Izzati ISkandar

I'm Falling in Love with cik dot..dot..

Wah, wah, wah...i'm falling in LOVE gitu ye..hahahahahahahahaha

Macam xcukup pulak masa time ber'cintan' beruk dulu..Huh, bukan apa, tiba2 macam nak kongsi apa yang aku rasa masa aku agak terjatuh cinta dengan-nya..by the way, remember, cinta yang hakiki hanya pada-Nya ye..so ini cinta yang sampingan2 sahaja, cinta yang fana' bermakna cinta yang xkan kekal la maksudnya tu..wah..wah.wah.. aku dah pandai bermadah pujangga weh.

Okeh, back on the track..so cinta apa ya?? Mesti la cinta baru aku.....

Wah macam xsabar2 kan korang nak baca episod seterusnya. So for you guys info, i jatuh cinta pada scarf or shawl or selendang...huhuhu..that's my new love..
Macam betol2 falling in love la pulak, sebab aku dah termula suka memakainya, aku dah suka menggayakannya kerana ada seseorang telah memberitahuku bahawa org yang memakai hijab/tudung/seumpama nya kini telah mula diterima ramai dan untuk memberi penampilan yang istimewa kene lah berani menggayakan nya. so u're be a leader and others will follow u....

Ni statement from somebody yang menyebabkan aku bersemangat utk terus memperjuangkan kemuslimahan aku sebagai seorang muslimah yang sejati...(amin...)

Paling yang aku tersangat jatuh cinta adalah pada materials yang berasaakan cotton. Sebelom ni aku hanya suka untuk memakai tudung jenis 'lycra'. senang, mudah dan cepat.

Tapi, kenapa pula beralih arah kepada shawl???

Kenapa ya?kerana lycra haruslah mengiron nye atau kene menjaga kepala tudung itu sendiri. Ia adalah salah satu syarat wajib yg terpakse aku ketepikan kerana aku adalah seorang insan yg sgt suke travel, jadi secara automatiknya, penjagaan kepala itu adalah melanggar syarat..arghhhhhh....

Kalau kita compare kan melalui shawls, ia agak senang di lipat, dibungkus, dan di gulung2kan mengikut citarasa sendiri....best.best.best...hahahahaha

So, pasni kalo gi jalan jauh or mane2 xperlu la risau akan kehancuran kepala nya itu.

Tetapi, diingatkan, bukannya aku membenci atau menidakkan kemudaha tudung sarung, aku masih lagi memakainya cuma kasih syg nya sedikit berubah la dah...... tapi hanya shawl COTTON ye, yang lain aku xpernah lagi cuba, nanti dah cuba aku updatekan keserasiannya.. dan mengikut pandangan Mr.Buddy ku yang tersayang, aku agak cool+cute memaikai nya..ahahks, aku memuji diri sendiri jela..memandangkan die kan suami aku, so aku rase mcm die nak jaga hati kot..hahahahaha

Whatever la, janji keselesaan menjadi peneman ku kerana, menutup aurat adalah wajib, so kewajipan itu yg penting.


So inilah antara pic aku memakai "selendang COTTON" yang sgt istimewa kerana aku rase selesa dan...aduh bape byk dan daaaaa... ditambah dgn aksesori iaitu "inner neck" yang sgt cantik, bergaya dan harge pon agak bergaya..hahahahaha.....inner neck yg best..betol2 aku rase mcm nak pakai je selendang selalu.senang, kerana dalam kete pon boleh wat, xpayah pin2..serabut.

So, kalau pic aku yang xcantik ini menjemukan mata sesiapa atau mengundang kemarahan yg maksima kepada sesiapa, harap dimaafi ye....






Okeh, semua pic di atas adalah selendang cotton yang sgt sejuk dan menarik hati pada pandangan aku. So kalo nak dapatkannya, sila lah ke blog http://annurrizqy.blogspot.com/. tanye2 lah disitu ye..hehehehe

Maaf la teriklan plak ye, tapi serius mmg selendang ni best, sebab nye, macam2 bentuk aku boleh gayakan nya...betol xtipu.....tgk pic yg lain ye


Dan yg hitam atas kepala yg aku pakai itu adalah inner neck yg sgt selesa..huhuhuhu....so utk muka aku yg xcantik ni, boleh la nak cube2 pakai syiria ke shawls ke memandangkan inner neck ini membantu membentuk muka aku kepada sangat sesuai rasanya memakai selendang..hahahahaha



Ha, ini la inner neck nye...pada aku sgt 2 la comfirtable ye...tahnks to kimi mclaren coz yang menjualkan kepada aku..hahahaha


So, tamat la cite falling in love with selendang........


Lots of Love
Izzati Iskandar

Heroes VS Badminton

Mesti semua orang tertanye2, berthinking ape yg aku thingking kan pasal 2 benda yg macam xde relations je kan. Yela HEROES and BADMINTON..benda yg jauh panggang dari api la boleh dikatakan..hahaha

Actually, this entry is for sure la for my darling sweetheart punye story. Heroes stand for my two heroes in my life which is My MR.DEBOT a.k.a Syed Thaqif Dinzly and My MR.BUDDY a.k.a Syed Muhamad Iskandar. So, ape kene mengena kan Badminton plak? 

Okeh mari i buat penerangan ringkas , Badminton is my Buddy's favorite game. He is totally admire with this game. He is one of the fanatic about this activities, so Mr.Buddy kate, one day, he will trained my only son (sebab baru ade sorg anak kan..hehehe) to be a famous amos badminton player... so , we will see if one day all Malaysian can hear SYED THAQIF in badminton arena or not...hahahaha (kalo ada yang hope Malay person will conquer this arena, hopefully will support SYED THAQIF ya)

So sorry, terinterprem la plak pasal Mr.Debot tu...

Guys, let me introduce you all style My Mr.Buddy mase involved dlm the latest game ye


Okeh, guys ni la my Mr.Buddy i yang penuh dengan semangat kesukanan die..huhu.... Gaya xboleh blah kan, kalah Chong Wei kalo bertanding dari segi gaya..hahahahah.

Then, i nak compare plak dgn my Mr.Debot, yang mana tingkah lakunya telah di pengaruhi oleh Mr.Babah nya...so die pon ade style yang agak sukar utk aku translate kan..ye la si budak kecik kot, xtau ape yang bermain dalam pikiran nya.hahahaha.....


Ni la Mr.Debot...

Die tgh spot check padang kot mase ni..nak tgk ade leakage kat mane2 kew... ni la nama nya "style anak & bapak dalam games yang sama"..fuhh cik thaqif ni mmg di pengaruhi oleh bapak nya la.

Cube la tgk racket die carry tuh....babah nya sangat la exited untuk mencari racket utk die main dlm arena ni..pergghhhh, mmg tabik spring la sebab berusaha untuk trained anak nya. So "we wait and see" another 20 years whether you alls akan mengenali SYED THAQIF or not...

So, as a conclusion, this is my two heroes cum my sweetheart  sangat la dipengerahui antara satu sama lain. Mereka adalah org2 yg berada dalam kedudukan hati saya dengan kedudukan tangga paling teratas, so walau sape pon mereka, saya tetap menyokong mereka dengan semangat yg jitu...hahahahaha....Lantak la sape2 nak kate mereka. Janji ape yg saya nak beritahu ini adalah sukan kegemaran mereka, dan secara otometik nye saya adalah supporter terkuat di sebalik tabir..hahahaha



Lots of Love from
Ummi Thaqif
a.k.a Izzati Iskandar

Tanggungjawab SUAMI memimpin dan mendidik


Sempena dihujung2 tahun ni, yela tahun baru dah nak menjelma kan xlama lagi. Suka saya mengingatkan diri sendiri dan yang lain2. Kira2 lebih kurang ber'tazkirah' la ni....lebih kepada mengingati diri sendiri...yela, tahun baru dah nak masuk, maka mesti ada azam baru kan??

S.U.A.M.I?
Apakah yang dimaksudkan dengan suami??

Pada diri aku, suami bukan sahaja sebagai peneman hidup atau pasangan hidup kita yang telah diciptakan oleh ALLAH, malahan suami ini sebagai sebagai tempat kita berteduh, pemangkin semangat untuk diri aku dan keluarga. Pada aku kasih sayang hanya sebahagian saja unsur2 yang diperlukan dalam mengekalkan hubungan dan ikatan antara suami isteri, selebihnya sikap toleransi, hormay menghormati dan kepercayaan adalah antara penyumbang ke arah keserasian hidup bersama. (wah, aku dah boleh ganti ustazah bai'yah la plak)

Tapi, itu pendapat aku je, sebab mind set setiap individu, setiap kita-kita ni berbeza, so output pada soalan yang aku tujukan for sure la berbeza-beza.

So, aku teruskan dengan topik yang berkaitan dengan 'Tanggungjwab sang suami'.

Dalam konteks perkahwinan serta institusi kekeluargaan, suami of course la selaku ketua atau pemimpin atau nakhoda kapal layar walaupun si suami ini tidak berupaya menjalankan tanggungjwab mencari nafkah mungkin kerana faktor kesihatan dan sebagainya. So, si isterihanyalah mengambil alih peranan bagi pihak si suami namun tanggunjawab meminpin tetap di bahu si suami. Ingat ya wahai kaum2 suami!!!

Allah juga meletakkan kedudukan yang istimewa sebagai seorang yang bergelar suami namun, tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas isteri, seperti melakukan penderaan fizikal dan mental yang selalu kita duk baca kat paper and dengar kat tv. 

Banyak kisah2 yang kita dgr yang sering menakutkan kita...terutama nya kaum isteri la....yela, ade plak ke tenaga si isteri mcm tenaga jantan??? Macam kes laki yg kaki judi naik berang kerana isteri enggan melakukan hubungan seks dengan nya sehingga menyimbah asid ke muka si isteri..nauzubillah.

Jesteru, di manakah selayaknya seorang suami harus memainkan peranan sebagai pemimpin atau ketua keluarga? Sepatut dan seharusnya, seorang suami bukan sahaja pencari nafkah, tetapi berkewajipan membimbing si isteri agar sentiasa berada di landasan keretapi sebenar, sesuai dengan matlamat perkahwinan.


NUSYUZ, MEMUKUL ISTERI DALAM ISLAM

Wanita dibekalkan dengan 9 nafsu dan akal, berbeza dengan lelaki yang mana satu nafsu 9 akal. Tetapi bagi wanita, nafsu itu bukan lah hanya untuk seks semata2 tetapi ke arah boros berbelanja, ingin cantik, pemarah, sensitif dan sebagainya. Atas dasar itulah wanita perlu dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak mengikut mengikut perasaan semata-mata, namum Islam tidak membenarkan kekerasan sehingga mencederakan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jangan kalian pukul kaum perempuan!" Dalam hadis yang lain, ada juga menjelaskan bahawa, sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik kepada isterinya.

Bagaimanapun, orang selalu menyalah anggap konsep memukul. Terutamanya kaum suami. Dalam Quran mengajar suami memukul isteri dengan syarat telah menggunakan syarat 1 dan 2 iaitu nasihat scara baik dan pisah tempat tidur. Pukul pula, tidak boleh memukul bahagian muka dan tidak boleh menyakitkan atau meninggalkan bekas, tidak sampai tulang rekat dan tidak pada bahagian tubuh yang berbahaya jika terkena pukulan.


Maka, renung2 kan lah wahai sang suami....selamat beramal



Jadikan perkahwinan adalah satu hubungan yang boleh memberi pengajaran dan ikutan yang terbaik serta dijadikan contoh untuk anak2 pada generasi akan datang.


Love with Glow
izzatiiskandar

Siapa itu ISTERI

KISAH HAWA DICIPTA

isteri

Kewujudan isteri, iaitu perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seorang lelaki bermula dari kisah Nabi Adam a.s. Baginda walaupun menikmati kehidupan dan kesenangan tak terhingg di dalam syurga, namun hatinya tetap resah dan gelisah dan sering kesepian.

Kadang kala datang rindunya, baginda turun ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengar burung2 menyanyi besahut-sahutan. Namun, apakan daya, ianya masih tidak dapat mengubati kesepian Nabi Adam a.s, tetapi baginda malu untuk mengadu pada ALLAH SWT.

Walaupun baginda malu untuk memberitahu, namum ALLAH SWT maha mengetahui dan maha melihat apa yang tersembunyi di kalbu hambaNya, maka bagi mengusir kesunyian Nabi Allah Adam a.s, diciptakan Hawa untuk baginda.

Nah, sapa kata "no woman, no cry".....ceh, falsampah mana la ni kan... so ladies, we should proud to be yourself as a woman or in the specific word is to be a wife!!(for sure la legal wife ye)

Ketika Adan a.s tertidur nyenyak, ALLAH SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kirinya. Bagai dibius, baginda tidak berasa apa-apa.

Kudrat Illahi menghendakan terjadinya sesuatu hanya cukup berkata "kun" maka terciptalah HAWA dari tulang rusuk Adam a.s sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat bergurau-senda.

(oh..semestinya IZZATI diejadikan dari tulang rusuk kiri SYED MUHAMAD ISKANDAR, means mestilah IZZATI pelengkap pada insan yang bernama SYED MUHAMAD ISKANDAR...ceh, ceh, ter'inter-prem' plak aku nye modal iklan kat sini)

Sebaik terjaga dari tidurnya, Adam a.s terkejut kerana mendapati seorang jelita berada beberapa langkah dihadapannya. Maka bertanya la Adam a.s kepada Hawa dari manakah datang gerangannya. Hawa menjawab, 'Aku Hawa, datang dari Pencipta(ALLAH)....' Adam a.s melanggkah mendatangi Hawa, maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Tatkala tiba dihadapan Hawa, Adam a.s ingin menghulurkan tangannya, terdengarlah seruan: "Hai Adam..tahanlah dirimu, pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!"

Melalui pernikahan, Adam tidak lagi sunyi di dalam syurga. Itulah percintaan dan pernikahan pertama dalam sejarah umat manusia, dan berlangsung di dalm syurga yang penuh nikmat.

(melalui kisah & sirah nabi kat atas je aku dah terpikir dan terdetik, pasangan pertama dalam dunia adalah Adam dan Hawa, macam manalah otak kita boleh dijajah dan ditakluk oleh kuasa barat yang mengatakan sejarah peradaban manusia melalui orang gua, Neolitik, Paleolitik, blah..blah..apekejadah nya lagi xtau la...sudah terang lagi bersuluh kot, pasangan pertama manusia....)

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers