Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Kisah Sepetang

Salam berbahagia dan salam sihat semua,

Hehehe...entry ni khas buat opis-mate aku yg memang glamour di jalan2 Jengka ni!!! Kisah sepetang ni bermula bila aku terima mesej mase dekat2 dah nak punch-kad balik :

"beb, telefeon aku segera. Urgent!!"

Kurang lebih camtu la ayat die...kenapa urgent?? Sebabnya..........

!
!
!
!
!
!
!
!
!


*Wan tengah berhempas pulas tolong tuka tayar Cik Moni....oh Wan ni husband Lina. Wan beruntung ade mamat ntah mane nak hulurkan bantuan ala2 nak gak jadi superhero tolong tengokkan ape2 yg boleh tolong..ceh..mentang2 lah kete Cik Moni...laju la nak bantu tu...cube yg jadi tu driver laki, kompem terus sambung minum air kat kedai je.


*Siapa Cik Moni?? ha ni lah dia...Cik Moni yg bertudung pink...kesian plak aku tengok. Ni mesti tgh bersoal jawab ngan Man. Man tu laki Cik Moni ye.


*Ha, ni pandangan kete Cik Moni yang terbengkalai di tepi jalan Jengka. Uishhh ni mesti Lina & Cik Moni tgh melepak minum2 kat gerai tinggalkan Wan sorang2 gi tukar tayar...Dalam hati Wan kompem membara sebab peluh2 wat sorang2, owner kete boleh plak berehat2 minum, dah r x ajak.

Hahahahahahaha...ini KISAH SEPETANG Cik Moni kita yang nak rush balik awal, jadi yg terakhir yg sampai rumah utk petang semalam.

Ape peranan aku??
Weh ade jugak peranan aku sikit2 dalam drama sebabak ni. Aku tolong hantar Lina ke tempat kejadian sbb laki die si Wan tgh berpeluh2 tukar tayar Cik Moni, jadi xsempat nak amik dia..hahahahahaha....

Moralnya??
macam nak tergelak jugak dengan drama sepetang cam ni.....Cik Moni kompem mase ni tengah hangin2 badan sbb lambat balik. So , kepada Cik Moni, banyakkan istighfar dan berselawat okeh..Teruskan usaha mem'post' tazkirah pagi2 di FB. Tu sebab Allah hantar pertolongan dengan cepat semalam..hehehehe.


*Cik Moni, ko jgn amrah aku pulak.....cerita diatas bukan rekaan. Tiada kene mengena dgn org lain yang hidup atau mati.

*Cik Moni baju yg ko pakai tu memang kene simpan elok2 dalam almari, x pun kene rendam dgn air Yassin..baju yg agak suu-wey sikit bila ko di jalan raya...hehehe (astagfirullahazim..khurafat..sila jgn caye)



Senda sepetang,
Izzati Iskandar

Tiba-tiba Mr.Buddy Marah

Salam semua, ha..ha..xtau..kenapa? tengok title post dah macam takut sikit kan? *agak takut jugakla..takut suam2 kuku* 

Kenapa Mr.Buddy a.k.a Syed Muhamad Iskandar cam ala-ala nak marah?? Ok, malas nak jawab soklan tu, layan kan aje ye pic kat bawah ni,mase chat ngan die.

*click untuk besarkan
huhuhuhu....perkataan yg di highlight merah itu adalah bahasa yg menunjukkan die sedikit marah....tapi mintak maaf semua ye..sila abaikan perkataan itu dalam penggunaan bahasa seharian anda..agak tidak sopan bahasa tu ye..hehehehe

Oh....hari ini keje mendownload cite Adam & Hawa episode 6..hahahaha..best..best..lapan ribu kali best. 


Senyum sokmo,
Izzati Iskandar

Penegak Agenda Yahudi

Salam, share info buat semua pembaca blog izzatiiskandar.blogspot


Siapakah Mustafa Kamal Ataturk?

Dia lah Penegak agenda Yahudi!! Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Dalam buku2 teks sekolah menengah yang kita baca semua menerangkan yang Mustafa Kamal ni bapa pemodenan Turki walhal adalah disebaliknya. Mustafa Kamal bukan utk disanjung oleh orang Islam. Itulah betapa pentingnya membaca dan juga pentingnya membaca dari pelbagai sudut bahan bacaan.



Best,
Izzati Iskandar

Salam Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri semua!! Walaupun dah lame berlalunya 1 Syawal, tp still masih dalam mood raya lagi selagi bulan Syawal yg mulia ni x abis lagi....

Di kesempatan yg mulia ini, kami *Izzati, Mr.Buddy, Mr.Debot and Mr.Debot II* menghulur 10 jari memohon maaf andai kepada semua yg mengenali kami.

Uwarggghhhh sangat lame dah x berblogging sebab taaadaaaaaa.....................kehadiran adik kepada Mr.Debot menyebabkan masa sangat tidak cukup okeh!


Nampak..nampak x?? Muke ahli baru kami yg terselit tu?? Apa pun.......Selamat Hari Raya dari kami!!


Best regards,

Izzati Iskandar

Backdated : Agar-agar M.I.L.O

Salam 1 Rejab semua.....

Sebenarnya ni macam cite dah lapuk dah..tapi tetap nak cite sebab sepanjang aku pregnantkan Mr.Debot atau yang kali ni, aku  xpernah langsung pon ngidam ape2... *eh yeke?? ye..comfirm seconfirmnye... hatta loya2 ke makan masam2 ke nak asam ke morning sickness ke semua x de sampai la yang pregnantkan insyaallah 'Adik' Mr.Debot ni... Syukur & terima kasih ya Allah sebab sayangkan aku & permudahkan urusan aku sepanjang pregnant (kecuali Mr.Buddy...haha die ade kot loya2 ni, suka makan masam2..terbalik plak).

Cume pada bulan April lalu, aku punye opismate update status dlm FB pasal agar-agar MILO yg pekat+likat..perghhh kecur air liur...aku de tercomment n ckp kat die mcm sedap je dan xsangke2 25 April tu die buatkan pulak untuk aku sebekas khas utk aku...sebenarnye 2 bekas..sebekas kongsi2 org dlm opis, sebekas lagi aku punye ngadap sorang...memang terharu betol...tengssss Puan Moni keropok moni !! 

sila click pada pic utk besarkan dan merasa kecur air liur okeh

Alangkah bahagianya bile tengah2 sejuk dari dlm freez tu bawak kuar dan ngap..perghhh...6 ketul tu aku sekali hadap je dlm beberapa saat!! Best..best..beginilah kasih syg opismate..ngeh..ngeh..ngeh

Pssssstttt... korang mesti leleh2 air liur..tp memang mantap+terbaek dr ladang beb.... 



Best,
Izzati Iskandar



Aliran Pendapatan BERGANDA

Salam jumaat yang penuh barakah semua!

Cuma nak share sedikit info. Bila sebut je bab P.E.N.D.A.P.A.T.A.N je mesti macam2 reaksi. Ada yang tersenyum, tersengih dan ada gak yang mencebik...hehehe...tapi bila sebut je PENDAPATAN BERGANDA, mesti semua macam ternganga je mulut....termasuk la aku jugak.




Apa RAHSIA si KAYA? Macam si KAYA menggandakan pendapatan mereka? 

Apakah sebenarnya rahsia si kaya & apah strategi mereka yang dah memang kaya menambahkan lagi pendapatan mereka? 

Jawapannya adalah aliran pendapatan yang berganda. Bermaksud, tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan saja. Sekiranya kita hanya ada satu je punca pendapatan, seperti makan gaji, apa akan terjadi sekiranya pendapatan tersebut terhenti?

Contohnya, jika kakitangan kerajaan hanya bergantung kepada gaji bulanan yg diperolehi semata2, dan terdapat kebarangkalian sebab-sebab yg tak dapat di elakkan yg menyebabkan kita terpaksa berhenti kerja, apakah yang akan terjadi pada aliran pendapatan kita? Bayangkan sekiranya ini terjadi kerana kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi kepada aliran pendapatan kita untuk 6 bulan kemudian...sudahkah korang bersiap sedia dengan simpanan yg cukup untuk jangkamasa 6 bulan kemudian kiranya terjadi sesuatu? Tepuk dada, tanya la diri sendiri.

Aliran pendapatan berganda sering diamalkan oleh ramai golongan kaya. Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca sahaja. Bagi seorang usahawan, separuh dari keuntungan perniagaan mereka itu akan dilaburkan pada satu perlaburan yang lebih lumayan untuk menambah aliran pendapatan yang sedia ada.

Labur lebih dari satu tempat

Apabila melabur, bukan melabur pada satu akaun perlaburan sahaja. Ramai yang melaburkan keuntungan mereka dengan membeli hartanah kemudian menyewakan hartanah tersebut untuk memperoleh lebih keuntungan. Sebagai tambahan juga, bidang hartanah boleh juga menjadi punca pendapatan berganda. 

Terdapat 2 jenis perlaburan iaitu perlaburan jangka masa pendek & perlaburan jangka masa yang panjang. Bidang hartanah adalah contoh jangka masa yang panjang dan semestinya selamat tapi perlu diingatkan juga, untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat, perlaburang jangka pendek juga diperlukan bg menampung sama aliran pendapatan yang sedia ada.

Oleh itu, fikir-fikirkan & renung-renungkan bagaimana kita (korang dan termasuk aku jugak) boleh menggandakan pendapatan yg sedia ada kini.


Semoga terus 'Success'
Double I # izzatiiskandar

Menjaga SOLAT

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Nak share sikit info "Rahsia Khusyuk Dalam Solat" dari apa yang aku dengar supaya ianya dapat aku sendiri praktikkan satu hari nanti...insyaallah.

Macammana kita nak jaga 'solat' kita supaya kita boleh rasa khusyuk & tawaddu' semasa dalam solat?

Dari tazkirah ringkas yang aku dengar dari Ustaz Dr. Jamnul Azhar, ada banyak punca dan sebab kita boleh khusyuk dalam solat. Kekhusyukan dalam solat ni pada zaman Rasulullah dulu sampai tahap kesakitan yang perit pun x terasa. 

Seperti kisah Saidina Ali R.A yang mana pada satu hari dalam sebuah peperangan, beliau telah terkena panah di betis, dan para sahabat yang lain mencari jalan untuk menanggalkan anak panah tersebut dengan berhati-hati tetapi yang kedengaran hanya raungan dan jeritan yang kuat dari Saidina Ali kerana sakitnya apabila sahabat ingin mencabut anak panah itu. Lantas para sahabat meminta pandangan Rasulullah dan Baginda telah menyuruh para sahabat mencabut ketika Saidina Ali sedang bersolat. Dan ketika dicabut semasa Saidina Ali bersolat, langsung tiada suara yang keluar dari mulut Saidina Ali bahkan tiada kesakitan yang dirasa ketika anak panah itu dicabut semasa dalam solat. 

Tengok, alangkah hebatnya bila rasa khusyuk dalam solat.




Dari banyak2 petua, cuma nak rungkaikan 2 cara untuk menjaga solat kita supaya khusyuk.

1. Jaga pemakanan & minuman

Maksud menjaga makan & minum adalah mengelak dari memakan dari sumber yang tidak diketahui halal haramnya.

Kenapa perlu mencari yang halal ?
Kerana sumber yang halal boleh menjaga & membersihkan hati kita dan hati yang bersih boleh membawa kepada rasa khusyuk semasa solat.

Seperti ada 1 kisah dulu dimana ada seorang yang alim akan membawa sebiji timun yang ditanamnya & diusahakannya sendiri di ladang miliknya tiap kali ke bandar. Apabila ditanya oleh anak muridnya, maka jawabnya, adalah untuk mengelakkan dari terbeli & makan di kedai makan sungguhpun begitu takut-takut sumber yang datang ke kedai makan itu diyakini tidak bersih & haram.

Subhanallah..


2. Jaga pandangan & percakapan


Maksudnya di sini, hendaklah kita menjaga mata & lidah dari benda2 yang 'lagha' iaitu benda yang melalaikan.

Kenapa perlu menjaga pecakapan?
Kerana membicarakan perkara2 yang melalaikan/lagha boleh mengeraskan hati. Hubungan antara lidah & hati sangat kuat. Maka perlu jaga lidah kita supaya terjaga hati kita untuk mendapat khusyuk dalam solat.


Untuk renungan diri sendiri supaya beroleh rasa khusyuk itu...insyaallah



Regards,
Double i (Izzati Iskandar)

Wordless Friday

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia semua.

Semoga 1001 keberkatan, kebaikkan dan keredhaan di hari Jumaat hari diberikan oleh Allah kepada kita.

# Buat Mr.Buddy a.k.a  Syed Muhamad Iskandar semoga hari Jumaat yang mulia ini Allah memberkati & memberikan kebaikkan ke atas kamu serta sentiasa dipinpin atas jalan yang benar sentiasa.

 * Ikhlas dari Thaqif@Mr.Debot a.k.a anakandamu & Izzati Iskandar ( II)

* Mr.Debot ajak snap gambo buat memek muka...oh terpaksa main grab aje tuala untuk tutup kepala. hehehe #love u  more Debot


Regards,
Double i - Izzati Iskandar

Anak Permata Hati

Assalamualaikum & salam Jumaat semua,

Memang dah lama sangat x update apa2 pun kat blog sini. Idea banyak tapi kesempatan kurang buat masa ni. Sampaikan kelmarin Mr.Buddy siap bertanya 'eh, awak dah lama x tulis blog ye?'  so macam semangat & roh untuk terus menaip tu berkobar2...cewahhh

Sempena hari yang baik, bulan yang baik ni, nak share 1 majlis ilmu yang aku attend & dengar yang agak terkesan dalam hati ni memandangkan sekarang aku & Mr.Buddy sudah pon berstatus IBU BAPA. 

Anak adalah Permata Hati

Pesanan ini juga khas ditujukan buat Mr.Buddy & aku khususnya.

A.N.A.K....
Perkataan anak itu sendiri mempunyai maksud yang mendalam bagi setiap pasangan yang mana nalurinya kuat ingin punyai atau yang sudah punyai anak. Maka, jaga dan didik lah anak itu dengan sebaik mungkin supaya kelak menjadi orang yang berguna.




Tips didikan anak mengikut sunnah Rasulullah ::

7 tahun pertama (1 - 7 tahun) - Didiklah anak itu dengan penuh kasih sayang & manjai mereka dengan sepenuhnya agar ikatan antara anak dan ibubapa erat.

7 tahun kedua (8 - 15 tahun) - Didiklah anak itu dengan cara displinkan mereka. Kerana diusia mereka ini, sedikit ketegasan diperlukan agar mereka tidak lalai dan berada di atas laluan yang betul

7 tahun ketiga (16- 22 tahun) - Didiklah anak itu dengan cara menjadi sahabat kepada mereka agar mereka berasa senang untuk berbual dengan kita. Dan seandainya jika mereka menghadapi sebarang kesulitan, pasti kita yang dicarinya sebagai tempat untuk mengadu.



Buat Syed Muhamad Iskandar , suamiku , ayah kepada anak2 ku & kawan baikku.


Ingatlah.............
Anak itu anugerah Allah, 
Jangan sesekali kita B.U.A.N.G anak itu kerana dia akan menjadi Saham Akhirat kita,
Mereka lah permata hati kita,
Mereka buat kita rasa kekadang ingin KETAWA dengan lawaknya,
Mereka buat kita rasa SEDIH bila dia jatuh sakit,
Mereka buat kita rasa kekadang ingin MARAH dengan kenakalannya,
Mereka buat kita rasa kekadang TIADA MASA hanya kerana ingin melayannya,
Mereka buat kita rasa PENAT dengan telatahnya,
Tapi itulah yang indahnya perasaan menjadi IBU & BAPA kepada seorang anak.
Perasaan manusia yang pelbagai ini, yang sentiasa turun dan naik inilah yang menjadikan manusia itu ciptaan yang ISTIMEWA.

Syed Muhamad Iskandar,


Ketahuilah bahawa..........
Setiap masa, keringat, peluh, penat lelah, kasih sayang dan juga WANG RINGGIT,
Yang dikeluarkan untuk anak,
Yang diberikan untuk anak,
Yang diperuntukkan untuk anak,
Semua nya adalah SEDEKAH JARIAH,
Amalan sedekah yang akan sentiasa kekal abadi dalam diri anak2,
Dan jangan sesekali MENGUNGKIT atau MEMPERTIKAIKAN apa yang telah kita berikan pada mereka,
Kerana kelak mereka juga akan mempertikaiakan keikhlasan kita sebagai IBU BAPA kepada mereka,
Dan itulah yang terjadi kepada anak2 zaman kini,
Kerana ketidak ihklasan mereka sebagai IBU BAPA lah yang menjadikan anak2 hilangnya rasa hormat pada mereka.


Alangkah ruginya bagi IBU BAPA yang tidak MENGHARGAI anak2 mereka!! waallahua'lam

p/s : Semoga hubungan antara kita, sebagai ibu dan bapa dengan anak-anak (Thaqif & adik2 nya..insyaallah) akan sentiasa erat dgn kasih syg & mendapat keredaan dariNya sehingga akhir usia kita. Amin

Sayang Mr.Debot selalu


Regards,
Izzati Iskandar

Bebas Bebanan Hutang Kereta

Salam Februari 2012 semua,

Kesibukkan semakin bertambah dengan timbunan tugas2 sebagai seorang ibu, isteri, pekerja, pelajar dah jadi sikit kekangan unuk aku meneruskan coretan yang tak seberapa ni. Ditambah pula untuk menyediakan persiapan yang serba ringkas bagi menyambut kedatangan 'orang baru' dalam hidup kami tak lama lagi. Berseri-seri lagi lah keluarga kami nanti...insyaallah..amin.

Cerita pasal K.E.R.E.T.A, siapa yang sangka kini kereta bukan lagi boleh diberi istilah kemudahan dalam hidup kita semua, tapi dah jadi macam keperluan pulak kan. Sebab itu lah di bandar2 besar, kesesakan lalu lintas menjadi semakin parah kerana hampir setiap orang memiliki kereta dan menggunakannya sebagai perhubungan untuk ke tempat kerja. Istilah 'Car-Pool' pulak agak rumit, terutamanya bagi ibu2 yang mana mempunyai anak2 kecil untuk diurus sebelum ke tempat kerja.

Ya, tiba2 idea untuk berkongsi cerita dengan korang semua setelah aku terbaca article seorang blogger yang di tulis pada 2008 dan beliau kini sudah kembali ke rahmatullah * al-fatihah

Apa yang penulis luahkan adalah100% benar dan aku sangat setuju dengan pandangan yang arwah lontarkan. Hari ni, ramai masyarakat kita khususnya golongan muda remaja tidak terlepas dari bebanan hutang kereta. Kadangkala sehingga boleh diistilahkan kerana terlalu mengikutkan kemahuan, diri jadi sengsara. Ramai yang sanggup mengikat perut semata2 untuk membayar ansuran bulanan kereta hanya kerana keperluan bagi pengangkutan ke tempat kerja.

Kadangkala, ansuran bulanan yang tinggi sehingga hampir melibatkan separuh gaji agak menyulitkan pengguna. Bukan itu sahaja, malahan belum dicampur lagi bebanan untuk mengisi petrol. Semuanya memerlukan duit, duit, duit.....

Kadangkala, bukan disebabkan untuk bermewah2 atau sikap menunjuk bahawa mampu memiliki kereta, tetapi "sistem pengankutan awam di Malaysia yang tidak efisyen" masih lagi menjadi persoalan kepada semua rakyat terutamanya seperti kami yang berada di luar bandar. Bayangkan kalau di Bandar Jengka, pengankutan awam pun setakat jam 6 petang sahaja waktu operasinya dan kekerapannya setiap 2 jam sekali, itu pun hanya pada laluan tertentu sahaja. Itulah yang menyulitkan keadaan kepada ratusan orang yang bekerja di kawasan luar bandar.

Kalau kita nak bandingkan dengan negara luar, rata-ratanya pengankutan awam adalah perhubungan utama mereka. Kereta pula hanya kemudahan bagi mereka yang benar2 mampu a.ka kaya. Bahkan, bukan di kawasan bandar pun, malah di kawasan luar bandar, pengankutan awam nya sangta efisyen. Sebagai contoh di Indonesia & Australia. 2 negara yang pernah aku jejaki sendiri dan sangat berpuas hati dengan sistem pengankutan awam mereka. Walaupun Indonesia tidak la begitu selesa pengankutan awam mereka kadang2, tetapi kekerapan pengankutan awam sangat la superb bagi kawasan luar bandar seperti di Jogjakarta, Surabaya, Bandung, dl hatta ada yang beroperasi sehingga 24jam.

Yang paling memuaskan hati (itu kata Mr. Buddy aku) adalah di Perth, Australia. Melalui pembacaan dan pandangan kawan2 aku di UK adalah yang terbaik, tapi kami tak pernah kesana, jadi tak boleh diberi penilaian lagi. Perth bukan la bandar, malah kalau di tanya pada org2 Aussie, Perth di katakan kawasan luar bandar kalau nak di bandingkan dengan Melbourne dan Sydney 2 bandar mewah dan maju seperti KL & JB. 

Coretan ini bukan sekadar pandangan aku saja, malah boleh digunakan sebagai tips jika korang bercadang nak ke sana. Soal pengankutan untuk kemana2 jangan korang risau, hatta niat untuk menyewa kereta sekali pun, kalo budget tak cukup pun tak pe. Kalau setakat untuk berjalan dalam CBD Perth, korang tak perlu keluarkan 1 sen pun sebab semua nya free. Ada 3 jenis bas free yang boleh dikatakan setiap 10minit. Dipanggil C.A.T by Transperth. Ada 3 warna bas free yang boleh digunakan bermula dari jam 7 pagi samapi 8 malam. Boleh google kat link Transperth tu.




Nampak, Mr.Debot & Mr.Buddy tenagh tggu Red C.A.T kat bus stop 3. Dengan sempoinya diorang tunggu bas kan. Selama ni betapa teruknya komen bila diajak naik bas, tapi kat sana, terus ok je.




Apa beza gambar ni ngan gambar atas?? cube korang click kat gambar untuk besar kan ye!!! nampak x yang aku bulatkan tu dan ade anka panah?? ha itu penunjuk masa bas akan sampai. Paling lama kitorang pernah tunggu adalah 10 minit. Dia macam auto komputer, bagitahu berapa minit lagi bas akan sampai. Sangat awesome kan..... tak de lah rasa nak marah atau tertanya2 bas sampai pukul bape. Diorang memang punctual dan sangat menepati masa. Kalau betol 4 minit, memang tepat 4 minit kemudian, sampai la bas tu. Serius tak tipu!!!!!






Sorry sebab ter'over' plak gambar aku posing dlm bas tu.. tengok Mr.Debot pon same, dengan gaya santai. Yang penting 'No Cost'....bas ni semua PERCUMA.

Bagi kawasan atau tempat2 lain yang tak de pengankutan FREE, jangan risau kaedah nye tetap sama, cume kene beli pass harian. Ala, mcm Rapid KL buat. Tapi pass harian tu boleh gune untuk kesemua tempat dan kemana2 dalam tempoh 24jam tak kire la naik Tren, Ferri, Bas atau apa lagi yang Transperth sedia kan. Awesome kan. Ada family pass cuma AUD9 je untuk seharian bagi 2dewasa 2 kanak2 kemana aja.....tapi kalau korang menetap kat sana ada kad  ala Touch N Go gitu, yang memang utk kegunaan harian. Yang mana harganya lebih murah.






Yang ni masa kami tunggu 'public transport yang berbayar'. Transperth Tren mase nak pergi Fremantle kalau tak silap. Tapi memang sangat convenient. Mr.Buddy pun sangat puas hati dan bila kita carry baby lagi la ramai orang prihatin kat kita.

Setakat ni jela kot cerita aku pasal beban hutang kereta. Kalau la kat luar bandar ni ada pengankutan awam yang sangat convenient, memang dah lame aku xpakai kereta. Lebih baik aku naik public transport je, jimat tenaga aku, boleh rehat2 dan xpayah fikir duit minyak, duit service dan insuran & roadtax kereta yang mahal setahun sekali .Dan baik aku guna duit ansuran bulanan tu untuk simpanan kan..... Fuhhhhh


Ok lah, kalau korang de nak share cerita dan pendapat yang sama, sila lah komen dan sertakan link article korang ye.


Best regards,
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers