Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

1 Rahmat

Salam ceria & salam sihat semua.

Salam Jumaat semua.

Bersyukur hari ini kerana Allah masih beri kita sihat berbanding dgn kawan2 kita yg terlantar sakit dan bersyukur atas nikmat yg paling besar kerana Allah masih hidupkan kita berbanding dgn rakan2 kita yg telah pergi meninggalkan kita. #Subhanallah.

Apa kaitan dengan tajuk RAHMAT hari ini? 

Sekarang status kawan2 kat FB byk yg telah pregnant. Alhamdulillah tambah lg umat Nabi Muhammad s.a.w. Tapi ramai jugak yg statusnya pening2, muntah2, loya2, morning sickness, alahan semua tu kita rasa kesian & sedih kan. Tapi tu semua pengorbanan jadi ibu. Macamana mak kita dah lalui, mcm tu la sekarang turn kita pulak yg rasa. 

Tapi Alhamdulillah sehingga hari ini, dah selamat lahirkan 2 org cahaya mata yg super gojes tu ,tp sikit pun Allah x bagi aku rasa pengalaman tu semua. Betul, setiap org lain2 pengalamannya, tapi sepanjang 2x aku mengadung, dari start mengandung sampai melahirkan, tak ade benda yg aku pernah mengidam, xde benda yg aku mintak dgn Kandar, xde benda jugak yg boleh buat aku muntah bagai. Kuasa Allah kan. 


Ni pic mase gi Kundasang, Sabah. Masa ni 12 Mei 2012 2minggu sebelum deliver Ajmal Ariff okeh. Ajmal lahir 27 Mei 2012. Jangan tanya macam mana aku boleh lepas naik flight. hahahaha. Masih cergas & tersenyum riang aje tu. hahaha


Ni pic atas & bawah dengan semua kakak2 ipar & biras aku masa kat Ho Chi Minh. Alhamdulillah, selamat juga & xde apa2 rasa pun.  Masa ni dah baby 31 minggu kalau xsilap. Sebab xpernah rasa apa2 atau pening2 kot, itu sebab Kandar berani bawak gi mana2. Kire ala2 super woman kononnya. huhuhu



Semua kakak2 ipar aku & kawan2 opismate cakap, xkena dan xmerasa morning sickness & alahan masa mengandung tu adalah 1 rahmat. Kakak ipar aku yg kedua ckp, kalau la mengandung tu senang bg die, die nak aje mengandung selalu. Sbb kene morning sickness & alahan yg teruk sampai 9bulan kandungan, die dah serik mengandung. Ramai yg cakap, kalau kita xde rasa semua2 yg menyusahlan masa mengandung adalah 1 rahmat. Ameen

Semoga Allah terus kurniakan rahmat itu pada aku & aku doakan semoga korang2 yg baca ni pun tak akan mengalami kesukaran masa mengandung. Ameen.

Korang yg tengah mengandung atau yg plan nak mengandung, if korang rasa xmau kena morning sickness dan nak bagi baby korang dapat khasiat nutrisi yg bagus, jgn lupa amik HERBALIFE. Rata2 testimoni org yg mengandung atau mengalami alahan amik herbalife, Alhamdulillah ok aje aku tgk. Tapi bergantung pulak pada kehendak Allah. Cuba lah, kita kan kena berusaha. InsyaAllah, siapa tahu apa yg kita usahakan itu, Allah akan banu permudahkan.  :)

INGIN SIHAT & BERTENAGA TIDAK KIRA APA JUA USIA?
CONTACT 017-9203587 / 012-9592119

I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar





Terima Kasih Korang!

Salam sihat & ceria,

Rasanya xterlambat kot lagi ucap Tahun Baru 2013. Tapi entry ni bukan berkaitan dengan azam tahun baru ke, perubahan tahun baru ke dan sebagainya, tapi cuma yang penting setinggi-tinggi syukur padaNya dan ucapan ribuan terima kasih buat semua org yg terlibat secara langsung atau tidak.




Pertama sekali panjat syukur kepada ALLAH kerana masih lagi diberi ruang utk bernafas. 2013 ni InsyaAllah tahun yang penuh dengan keberkatan dan limpahan rezeki dariNYA buat kami sekeluarga. Benarlah kata2 dari ramai insan2 yg baik hati berpesan pada aku.  

"IZZATI, ALLAH TURUNKAN UJIAN SEKARANG BUAT KAU, SEBAB ALLAH NAK BAGI SESUATU YG LEBIH BESAR"

Alhamdulillah, betul, ALLAH itu maha adil. Rezeki yg tiba2 meluas datang pada tahun 2013 ini. Terima kasih buat korang semua. Aku rasa bertuah sgt sebab aku punyai keluarga yg cukup hebat. 

  • Aku punyai adik-beradik yg hebat (abang & adik), 
  • Aku punyai mak abah yg hebat, 
  • Aku punyai mertua yg hebat, 
  • Aku punyai kakak2 ipar yg hebat & baik hati (long, ngah, cik dee, andak & kak mawar), 
  • Aku punyai kawan2 yg sgt hebat, 
  • Aku punyai rakan2 sekerja yg hebat juga (sayang korang2 yg ada kat KMTPh),
  • Aku punyai team SUPERWOMAN yg sangat baik hati & hebat (yana, bada, wawa)
  • Aku punyai anak2 yg cekup hebat dan
  • Aku ada 'kawan baik' & suami yg sgt hebat.

Terima kasih korang2 diatas. Aku bertuah sebab ada korang sebagai keluarga aku. Tapi yang paling maha hebat semestinya ALLAH, sebab ALLAH yg maha hebat maka Dia datangkan aku dengan org2 yg hebat macam korang2. Doa2 korang utk kami bila ALLAH dtgkan ujian pada kami, ALLAH dengar dan makbulkan. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.




TINGKATKAN TARAF HIDUP ?


017-920 3587 (izzati) 012-959 2119 (iskandar)



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar


Diorang Boleh Buat, Kita Pun Boleh


Salam sihat & salam ceria!!

Siapa yang super HEBAT? Subhanallah tentu2 lah, ALLAH yg paling hebat. Sebenarnya, tak pelu jadi orang yg hebat utk hasilkan sesuatu yg HEBAT, tak perlu jadi org yg luar biasa tapi cukuplah jadi org biasa tetapi boleh menghasilkan tindakkan yg LUAR BIASA. #Boleh macam gitu? Belit2 x ayat aku? Maaf!

Ape kaitan org yg luar biasa & hebat dgn entry aku hari ni? Ok, org biase macam kita yang cukup anggota fizikal yg ALLAH bg kalau kita tak maanfaatkan sebaiknya, macam mana Allah nak bantu kita berjaya? So kita yang cukup anggota ni jgn jadi P.E.M.A.L.A.S utk berusaha #Peringatan utk diri sendiri & Kandar.  Kandar, sila take note.
 Pic ni aku amik kompem2 la dari adik yg tgh bergambar dgn akak tu. Sori dik, pinjam gambar.

Situasi 1: Akak ni sangat berjiwa kental. tengok, akak ni nak berjaya pun usaha kuat walaupun akak kelainan upaya dari kita. Dan akak ni dah buktikan, lain daripada org lain pun boleh BERJAYA! Korang tak rasa tercabar ke dgn akak ni? Fuhhhhhh. Kalau kita kesiankan diri kita sendiri, kita mesti usaha laju2 dan kuat2.

Tak kira lah dalam apa jua korang buat, sama ada joint HERBALIFE ke, JUAL BAJU ke, JUAL HANDPHONE ke, jadi KONTRAKTOR ke, jual KEROPOK LEKOR ke, jd PEMBORONG BAJU ke, nak berjaya kena berusaha dgn sungguh2 bukan main2, bukan sekerat jalan, bukan kejap buat kejap xbuat. Kemudian jgn lupa mintak tolong dari ALLAH melalui doa. Doa pulak kena dari awal berusaha, semasa tgh berusaha dan setelah siap berusaha. Maknenye doa bukanlah pengakhiran jalan malah sebelum, semasa dan masa dah siap kita buat perkara tu kena mintak dgn ALLAH.
Pic dari FB Wan Anuar Wan Mahadzir.

Situasi 2 : Hebat bukan, brother ni kerja dgn anak kot. Memang super menarik korang semua ni. Siapa kata buat HERBALIFE xde masa dgn anak2? Ia membuktikan, dengan HERBALIFE, korg boleh train diri korang jadi bapa yg mithali gitu. *eh yeke. Di samping mengajar anak utk berusaha dgn gigih. Anak2 bawah 6 tahun perkembangan otak mereka serupa span akan serap sebyk mungkin apa yg mereka lihat. So korang nak suruh anak korg rajin berusaha nnti, korg yg kena tunjukkan pada mereka, mcmana cara utk berusaha kuat.

Banyak lagi la cerita2 dan gambar yg lagi menarik yg boleh korang tgk dan yg pasti semua org2 yg gigih ni tadi, mmg berbaloi dgn usaha diorg jugak hasilnya. So, kalau diorg boleh, siapa korang kata xboleh? Cuma MALAS aje yg jadi penghalangnya.

To all Herbalifer kat luar sana, jgn give-up! Sila berulang kali baca & faham ape yg Amalina tulis #pesanan terutama kat aku & Kandar


@AmalinaPeter said :: 
2007 and 2008, is a learning time of my Herbalife life. They say never quit Herbalife until 3 years. 2 tahun pertama aku attend SEMUA STS, mini trainings di center2 kecik, dan semualah event yang ada. 2 tahun, takde efek sangat bisnes aku, sebab aku tak buat INVITATION secara massive. Sebab tula bila aku coach orang sekarang, aku amat menekankan Invitation, sebab aku tahu kenapa orang tak grow. They focus on too many complex things. Simple thing mcm INVITATION takde. As if you focus too much on preparing the best wedding, tapi kau lupa nak bg invitation card. Atau buat invitation cincai2 je. Sape nak attend kan? Jadilah wedding gempak, takde orang. Mcm tula kalau kite buat Herbalife, presentation power mcm mana pun, takde invitation, takdela orang dalam event.That's why aku selalu nasihat orang, dugaan semua orang lain2. Journey semua orang lain2. Macam Puan Kamilah laju gila naik GET, tp stuck di posisi GET Team selama 2 atau 3 tahun. But kalau total up journey dia dalam Herbalife jadi President Team pun 6 tahun. Aku stuck kat Supervisor 2 tahun, WT setahun lebih, pastu dah x berapa stuck dah Alhamdulillah, pun 6 tahun utk jadi Pres Team.



TINGKATKAN TARAF HIDUP ANDA?
&
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN?
017-920 3587 (izzati) 012-959 2119 (iskandar)



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar


Gaji HERBALIFE Masuk Beb!

Salam Jumaat & salam saiyyidul ayyam semua,

Semoga hari2 anda lalui hari ini lebih baik dari semalam. Mesti korang semua masih dlm mood kekecewaan & frust sebab semalam Harimau Malaya x dapat melangkah ke akhir seperti yg diharapkan. Aku pun sama2 rasa frust sebab permainan yg unfair. Sob, sob, sob :( sebab aku dah cadang2 jugak nak book tiket akhir nanti. Tak pelah, janji HM dah tunjukkan permainan mereka sebaik mungkin sampai 'Mat Yo' siap bersilat tengah padang kata Hasbullah Awang. Hahahaha. Ape pun Harimau Malaya tetap menjadi pujaan aku..cewaaaah

Lain pulak halnya dengan semua HERBALIFER hari ni. Mood rasa kecewa semalam dah terubat sebab mood happy gaji nak masuk beb esok!! Gaji beb, gaji. Oh kalau korang nak tau, gaji HERBALIFE masuk setiap 15hb setiap bulan ok!! Mesti hari ni org2 HERBALIFE tengah buat list ape yg nak beli kan? Korang memang super dasyat..

Aku tulis entry ni bukan sebab nak menunjuk jauh sekali rasa riak # Masya Allah, sebab kalau nak banding dgn diorang yg lain semua lagi tinggi2 beb gajinye. Aku nak cerita sbb nak korang tau, kita usaha kuat mane, ha itu yg kita dapat. Aku dgn Kandar ni sekadar cari duit poket tepi sbb kitorg pekerja sepenuh masa yg berdedikasi. HERBALIFER yg lain ramainye full-time & student, so commitment x banyak sgt macam aku. So padan lah dengan usaha diorang yg super mabeles tu gaji nye. Aku punye, sekadar lepas batuk tepi tangga berpatutan la dengan usaha kitorg yg sekadar batuk2 tepi tangga jugak. Subhanallah, malasnye kitorg kan. Haipp Kandar, kerja kuat2 sikit, boleh banyak2 bayar zakat mudah2 han lagi Allah bersihkan rezeki kami. #Ameen

klik kalau korang nak tengok. 

aku dah specifickan lagi

 statement DECEMBER baru keluar


Ok, 2 gambar kat atas tu gaji aku yg dibayar utk bulan NOVEMBER 2012. So utk DECEMBER 2012 esok keluarnya. Jadi kompem2 la duit xmasuk lagi kan. Tapi payment dah seminggu keluar. Subhanallah, rezeki ALLAH itu sangat luas cuma kita saje yg kena rajin berusaha. Rezeki yg ALLAH bagi kat kami ni berapa lah sangat (bukan nak kufur nikmat tapi nak bandingkan dgn org lain) tapi kami tetap bersyukur ya ALLAH. Lain kalau nak dibanding kan dengan Mamy Poko yg umurnya baru 20 tapi 5 angka kot setiap bulan. kalau xsilap lebih dari RM10,000 sebulan atau lagi super hebat Mel a.k.a Amalina Peter yg umur baru 23 tapi income dia 6 angka kot. lebih dari RM100,000 sebulan. Ini bukan auta, bukan tipu2, bukan reka2. Ini yang sebetulnya. Usaha diorang yg sangat super hebat tu disampaing dgn niat diorg tu ALLAH bayar dgn setimpal.

Semoga ALLAH terus redha dengan kita semua, dan semoga ALLAH berkati rezeki yg diberikan dan limpahkan kasih-syg ALLAH buat aku sekeluarga dan korang semua. #Ameen





KAMI MENCARI SESIAPA YANG INGIN NAK BUAT PART-TIME/EXTRA INCOME UNTUK BEKERJA SAMA2 KAMI
UPGRADE YOUR LIFE NOW
ASK ME HOW
017-920 3587 (izzati) 012-959 2119 (iskandar)



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar


Oh!! NBS 5736

Salam sihat & ceria semua!

Hari2 bangun pagi kena bersyukur sebab ALLAH bagi extra 1 hari lagi untuk kita terus bernafas di bumi ALLAH yg maha luas ni. Semoga ALLAH lebih memberkati hidup aku dan korang semua, lebih beri kasih sayang pada kita, dan murah kan rezeki kita semua. Allahumma amiin.

Pagi tadi tak de lah terkejar2 sangat nak ke tempat keje, sebab hari ni awal sikit, tapi xde la bawak kete melinggang kangkung cam gitu. Cuma hari ni agak 'terkejut mak' sebab hampir ade insiden, tapi nasib ALLAH masih bagi peluang & sayang aku lagi. Fuhhhh

Ceritanya cam gini, pagi tadi aku nak potong lori balak yg ada 2 langkau depan aku. Depan aku si Avanza, and then depan Avanza itu adalah lori balak yg mmg kompem2 la berat. So, Avanza tu mcm xde hint nak motong, dengan sehemah yg mungkin nak potong aku pun bagi la signal, dan2 nak potong, baru je nak potong, tanpa bagi signal tiba2 si Avanza tu cross jalan aku, sama nak potong jugak. Ha, korang macam boleh imagine kan, tp utk bg clearkan lagi, aku dah siap2 lukis dah.

Tapi maaf la lukisan gaya cakar ayam kot..hahaha sebab melukis tu bukan bidang aku..hahahaha ;p

 
Aku dah siap labelkan sekali semua..hahahaha. Oh sebab xreti & langsung xpandai melukis, 'tangan bangku' haha maka semua bentuk kerete ke lori ke aku lukis petak juga ye. 1 tu adalah lori balak, 2 si Avanza, 3 kompem la aku yg berhemah tu. Tengok kiri kanan jalan tu, kan ade mcm belon2, itu bukan belon ok, itu sawit2 hutan2 bagai. Kan ke jalan jengka, kompem la byk sawit2.

Ha, kejadian ni jadi kat jalan antara jengka 15 dan jengka 16. Kan jalan yg straight tu, sape penah lalu, tau kot. Jalan tu dari dulu mmg teruk, baiki pun tetap teruk jugak, lobang sane sini + tepi2 tanah yg xbape elok jalannye.

Aku mula2 dah siap2 bagi signal nak potong, cool je aku nak potong, tibe2 si Avanza boleh plak cross jalan aku, tanpa bg signal. Makk aii terkejut r aku, nasib aku sempat kontrol stereng beb. Tapi terjatuh gak r kete aku kat tanah tepi jalan tu, masuk lubang2 kecik. Tengok no tu. 1 Avanza tu main cross je aku, no 2, aku terjatuh dan termasuk kat lubang kcik tepi jalan. Hati aku sakit jugak. sebab dia ape pun xde buat. Angkat tgn ke ape ke, yg die buat die terus pecut. Takut r tu dah salah.

Hello abang!!! kita same2 pengguna jalan raya, jalan tu bukan jalan abg sorg, berhati2 sikit. Bukan abang aje lambat nak ke tempat keje, semua org pun macam tu. Bertolak ansur la sikit abang. Bukan nak dengar abang ucap maaf pun, tp sekurang2 nye angkat la tgn tanda maaf. Mentang2 kereta aku bawak kecik, macam di ayam2 kan aje.. Lagipun abang Avanza, jalan jengka ni xbape elok, lubang sane sini, kesian sikit kereta org lain.

Peringatan juga untuk brother tu dan aku, nak potong, tgk dulu cermin belakang, kiri kanan. Line clear, boleh la potong bang!! Aku pun kejar la kete tu sbb nak snap die punye plat no. So korang, jumpe mamat NBS 5736 ni, AVANZA, kirim salam kat die ye. cakap, jangan nak pikir diri sendiri aje. 



# Maaf bang, saya tersnap pic abg. Nasib ALLAH syg saya hari ni bang, xjadi ape2, buatnye jadi sesuatu kat saya, kesian suami & 2org anak kecik sy tu.  Korang2 termasuk diri aku, bukan kena bayar pun cakap mintak maaf, kita kan orang Melayu yg penuh dgn budi bahasa. Jadi berbudi bahasalah kita dijalan raya. Subhanallah... semoga ALLAH lembutkan lagi hati aku ni. Semoga ALLAh tebalkan lagi ketabahan dalam diri aku yg lemah ni.



UPGRADE YOUR LIFE NOW
ASK ME HOW
017-920 3587 (izzati) 012-959 2119 (iskandar)



I am nothing but ALLAH is everything



Double i
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers