Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Pakat Mai Cuba Resepi SHAKE

Salam Jumaat

Salam ceria & sihat selalu

Pernah korang di sapa cam gini?

# Have You Had Your SHAKE today?
atau
# Sudahkah anda minum minuman GONCANG anda hari ni?
atau
#SHAKE perisa apa buat hari ni?
atau
#Beb, bape kali minum SHAKE hari ni?
atau
#Bro, camne nak buat SHAKE ni?
atau
#Sis, macamne nak melazatkan lagi SHAKE yg LAZAT ni?

Semua soklan diatas adalah selalu akan ada org tanya. Malas cite panjang2 just nak share resepi untuk nak MELAZATKAN untuk buat korang lagi EXCITED minum SHAKE.


credit to kak Pam utk resepi SHAKE yg lazat

SHAKE Strawberry 'yummy'

2 scopp F1 Strawberry
1 scoop F3 Protein
3 biji buah Strawberry
100ml 'bliss' yougut perisa Strawberry
100ml air kosong
Ais ketul (ikut suka - *suggestion 10ketul) 

*Blend semua sekali dan sedia minum


SHAKE Manggo  'terbaek'

2 scopp F1 Vanilla
1 scoop F3 Protein
1/2 biji manggo
100ml 'bliss' yougut perisa Manggo
100ml air kosong
Ais ketul (ikut suka - *suggestion 10ketul) 

*Blend semua sekali dan sedia minum


SHAKE Blueberry 'mantap'

2 scopp F1 Strawberry
1 scoop F3 Protein
5 biji buah Bluberry
100ml 'bliss' yougut perisa Strawberry
100ml air kosong
Ais ketul (ikut suka - *suggestion 10ketul) 

*Blend semua sekali dan sedia minum






Waaahhhh sangat senangkan disamping LAZAT & SIHAT!!! hidangan pun cam menarik...serius sangat sedap okeh...aku pernah cube yang Kak Pam buatkan...mmg terangkat abis...So enjoy dengan resipi2 yg *simple *magic dan *fun ni..

Pada korang yang x pernah rasa lagi SHAKE F1 cam gini atau nak tahu resepi SHAKE ni atau nak rasa SHAKE yg Izzati pulak buat...so jgn segan2, jgn malu2..terus laju2 SMS @ PM - 017-9203587



Regards,
Izzati Iskandar




Have You Had Your SHAKE today?

Salam jumaat !!

Salam ceria & sihat semua.

Tup..tup.. dah hari Jumaat kan..sekejap je masa berlari2 skrg..sape rase cam gitu angkat tangan?? Hari ini sebenarnye plan nak tulis entry lain, tapi cam lain je entry yg tertulis ni..wahh sgt byk benda nak tulis dan share..bukan ape sebab tak mau semua perkara penting2 yang kene save dalam kotak memori fikiran ni hilang dan if nak paste atas paper and print out pulak takut banyak sangat kertas2 bertaburan dalam rumah.. so alternative adalah write & post dalam blog je..abis cite..so nanti if someone request that note ke hape ke, just share je dengan diorang...hehehe

So, ini adalah double post ok. Re-post ke dalam blog. Dah post dalam FB tapi biase la kalau post dlm FB nnti xtau tang mane nak cari dah sebab sejak 2 3 menjak tertukar kepad timeline ni, sgt menykitkan hati jek...cehhhhh

Pagi tadi borak2 dengan si Nazri. Owh dia adalah opismate aku suka melepak2 okeh... (*maaf nazri klo mu bace entry aku ni ye..hahaha)

Nazri :Ti, mu minum shake ok dop?
Aku : Ok je bg aku sihat & energy
 Nazri : Bini aku cite Prof. Dr.Muhaya pun minum SHAKE pagi2. Bini aku ni peminta setia Prof. Muhaya, sampai semua makanan kegemaran die die semua bini aku tau.
Aku : Oh yeke? Dah ko bile lagi nak bg family ko makanan sihat?

google pic ni dari blog http://pandadila.blogspot.com


Wahhhh..dan sangat wahhh.....Prof, kita serupa la..amik SHAKE dan minum Tea-mix juga...hopefully dapat duplicate semua positive aura from Prof. Jadi orang yang selalu berbahagia dengan hidup ini...#Amin

# Fewwwwiiittt korang bila lagi nak bg makanan sihat kat tubuh badan korang?? ce cite..ce cite?? sayang x dengan anak2 korang? sayang x dgn isteri korang? sayang x dgn kawan2 korang? sayang x dgn mak ayah korang? sayang x dengan adik beradik korang?  sayang x org yg sayang kat korang?


Korang jang malu2, jangan segan2 je dengan aku.. Nak jadi kesayangan org yg kita sayang, so bg lah mereka SIHAT!!

SMS @ pm aku laju2 : 017-9203587

Regards,
Izzati Iskandar

♥♥♥



















Lambaian 'Baitullah' buat Tok Abah!!

Salam ceria & salam sihat.

Semalam kami semua (kami semua itu termasuk Mr.Buddy, Mr.Debot dan Double A dan juga MIL & FIL okeh) hantar 'Tok Bah' ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. 

Wahhh, berseri2 muka 'Tok Bah' nak berangkat ke Tanah Suci. Actually 'Tok Bah' punye flight KT37 so check-in supposedly 9.30 pm tapi disebabkan kesesakan di Madinah katanya, so postponed jadi 10.45 baru nak check-in.

ni yg pic kami ber-4 yg sempat disnap di tengah2 lautan manusia

#Feel sedih2 ok mase nak salam2 tapi Mr.Debot boleh pulak buat lawak cam gini ::

Thaqif : ok, babai cemua, along nak icut Tok Bah gi Mekah. Gi wat haji. Babai umi, babai abah...jgn cedih2 along pegi kejap je, kejap je ok!


Hape ekau ingt Mekah tu boleh balik hari? hehe..yg paling lawaknye beberapa hari sebelum ni, die ikut Aki gi jalan2 dalam Chenor, siap Si Thaqif ni canang dekat Tok Penghulu dan beberapa orang kampung lagi die nak gi Mekah ok!! 
# Thaqif memang geng2 dgn orang2 tua ye di kampung.....harap maklum


Ade 1 benda yg nak share dengan korang mase aku wakilkan que utk amik kelengkapan & beg haji yg gantung kat leher tu.

Kakak 1 : Adik wakilkan mak ayah ke sendiri pergi?
Aku : Wakilkan je kak. Sy punye turn x sampai lagi..Akak?
Kakak 1 : Akak dah pernah pegi dah tahun 2004. Ni beraturkan utk mak. Tapi rindu nak pergi lagi jugak.
Aku : Akak (selang 1 depan aku) pulak dah kali ke bape?
Kakak 2 : Alhamdulillah ini kali ke-3...
Aku : Terkejut & kagum...wahhhhhh..rezeki akak melimpah2 ye
Kakak 2 : Dikteringin ye pergi?
Aku : Mestilah kak, rindu nak jejak tanah suci.
Kakak 2 : Kalau adik nak sgt pergi, pergi lah buat umrah dulu. niatkan mase gi umrah semoga Allah terima adik utk jadi tetamu Dia masa musim haji pulak. 
Kakak 1 : Aah dik. Insyaallah, kalau kita x kedekut & x berkira untuk keluarkan hasil titik peluh kita pegi buat umrah, Allah mesti panggil kita lagi untuk buat haji sebab Dia tahu kita tak berkira untuk pergi beribadat padaNya.

*Mood aku masa kaka tu cakap sangat tersentuh hati okeh

Insyaallah, semoga Allah permudahkan urusan aku & keluarga untuk jejakkan kaki ke sana juga. #Amin.


"Allah pasti akan sentiasa beri ruang dan peluang pada kita ke tanahNya jika kita tidak berkira untuk membelanjakan harta dijalanNya" #pesanan untuk diri sendiri

Semoga segala urusan Abah disana dipermudahkan dan semoga Tok Bah mendapat haji yang Mabrur! Amin




Regards,
Izzati Iskandar

Banyakkan Istighfar


Salam sihat & ceria,

Selalu kita dengar ramai ustaz2, ustazah2, keluarge & kawan2 kita semua cakap, bila dah usaha kene berdoa dan akhirnya kene tawakal. *ha korang semua buat macam tu x? Alhamdulillah....tau korang semua rajin berusaha & berdoa. 

Semua orang nak ape yang di doakan dan apa yang kita mintak dalam doa dimakbulkan dan diperkenankan olehNya. 




Tapi.......*ade pulak tapi-tapinya iye....tak semua doa yang kita mintak akan dimakbulkan segera. Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?....oh sila jangan tanya aku kenapa. Ini bukan kaunter pertanyaan ye dan hanya Allah saje yang tahu kenapa doa korang ada yang tak dimakbulkan.

Pagi tadi ontheway nak gi keje mase tengah pecut potong lori sawit terdengar sudut tazkirah kat ikim.fm *wahhwahh yang sempat kutip sikit tazkirah bunyinye cam ni " Jika ada antara doa-doa kita yang tidak dimakbulkan oleh Allah, maka perbanyakkan istighfar"

Ingat!!! 
Perbanyakkan istighfar kerana selain itu istighfar juga dapat menyucikan jiwa disamping penawar utk ketenangan hati.


Pesanan & nasihat ustazah Izzati pulak :: 
  • Korang2 jgn sedih2 tau kalau doa korang ada yang x dimakbulkan. Teruskan berdoa sebab mungkin Allah nak uji korang yg korang ni putus asa atau x.
  • Kedua, mungkin Allah nak hadiahkan kat korang lebih dari ape yang korang mintak. Contoh la ye korang doa mintak Allah tambah rezeki dapat beli rumah teres 2 tingkat, tapi rupa2 nya Allah nak bagi banglo 3 tingkat siap lift lagi.......wallahualam
  • Bile korang berdoa atau berharap sesuatu dariNya, berdoa dgn jelas apa yg korang harap atau mintak. Doa kita kena jelas, insyaallah Allah permudahkan. Contoh, mintak nak cepat kawen, kena sebut tarikhnya bila korang nak kawen tu siap dengan tahun sekali tau. *aku belajar mase trainning NLP -kuasa minda

Yang penting sentiasa berdoa semoga kita sentiasa diberi hidayahNya semasa masih bernafas di atas bumi yang fana ni. #Amin



Regards,
Izzati Iskandar





Gemuk Dahulu, Sihat Sekarang!!



Salam sihat & ceria semua,

Nak share dgn semua 1 cerita!!!

Ada orang panggil ia testimoni. Ape pun yang orang panggil ia adalah cerita BENAR! bukan rekaan dan bukan image effect okeh. 

My Mr.Buddy start gain weight lepas kawen. Mungkin kerana terlalu riang gembira & happy gile kawen, so makan adalah hobby dia kot. Yang pasti figure badan die agak besar. 




Semua gambar diatas adalah SYED MUHAMAD ISKANDAR pada tahun 2010-2011 yang mana berat nya sekitar 85-87kg. Ye, 85-87kg !!

Kenapa nak kurus??

Ini soalan yang selalu orang akan tanya Mr.Buddy !! x tahu lah kalau orang lain. Tapi inilah antara sebab dan jawapan dia pada orang yang bertanya ::

1- Mr.Buddy seorang yg sangat cintakan badminton. Tiap2 malam bercinta dengan badminton di dewan sebelah rumah. jadi bila nak jumping ke nak smash ke nak lompat ke *ntah ape lagi bahasa badminton pun aku xtau la yg pasti kene lompat2 tak berapa nak cun sebab berat. So nak badan jadi ringan sikit senang nak jumping katanya.

2- Nak sihat! Nak sihat! Nak sihat

Resultnya / hasilnya ::

1- Badan memang jadi ringan. Mr.Buddy turun lebih 13kg dalam masa hanya 6 minggu tanpa skip makan nasi. Nasi x tinggal ok. boleh makan dengan biasa. Cuma sarapan pagi tu, di ganti dgn sarapan sihat. 

2- Secara tak langsung lutut Mr.Buddy yang dulu x boleh nak duduk antara 2 sujud dengan sempurna dah boleh jadi lebih baik. Dah boleh tunaikan tanggungjawab yang paling utama kepada Pencipta dengan lebih baik. Alhamdulillah. Itu bonus!!

3- Stress, sakit kepala & seangkatan dengan nya dah beransur hilang.

4 Energetic & tak letih bila kat pejabat

Sebenarnya, yang paling penting untuk tubuh badan kita adalah SIHAT! Kesihatan yang paling penting. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara ada sebut SIHAT sebelum sakit. Jika kita sihat itu dah cukup bagus, dan andainya kita gemuk  maka TURUN BERAT badan itu adalah BONUS kepada SIHAT!! *belit2 x ayat aku..hehehe

Apa yang paling penting, kita manfaatkan kehidupan seharian kita dengan jadikan kehidupan ini satu laluan yang seronok untuk kita tempuhi hari2. Baru kita akan jadi seorang yang gembira.




Wahhhh ini adalah Mr.Buddy yang berwajah baru!! Malaysia di hatiku katanya.

#Oh..sila jangan ingat SYED MUHAMAD ISKANDAR dah tak riang gembira & happy ye sekarang!!!  OOOO mentang2 dia dah x gemuk...statement itu dah x boleh nak apply utk Mr.Buddy "gemuk kerana senang hati" oh tidak..tidak boleh apply dah pada Mr.Buddy. Sebab sekarang lagi bertambah2 CERIA, GEMBIRA & SIHAT


Nak cerita panjang lebar secara terperinci, nanti jumpa dalam next entry!!

Jangan tunggu lama2, sila SMS/PM laju2 terus kat kami ::
Izzati - 017-920 3587
Mr.Buddy - 012-959 2119


Love,
Izzati Iskandar

Riang Raya 2012

Salam sihat, ceria & bahagia....

Update riang raya 2012!! Fuyoooooo..meriah raya dengan 3 hero sekarang beb. Hero besar si Mr.Buddy bersama 2 hero kecik Mr.Debot dan si Double A!! Semuanye sgt awesome.

Raya : 2012
Tema Raya : Sihat bergaya di hari raya
Tema Warna : Hitam & Putih
*semangat kenegerian Pahang Darul Makmur
 Watak Utama : Mr.Buddy, Mr.Debot, Double A & Aku 


 * tengok, memang ceria betul semua di pagi raya si Debot & the Gang

 * Mr.Debot & Geng utara

 
 *pose ala2 artis/model gitu


 * sam2 nak bertakbir raya

*anak abah

 *cantik bergaya di hari raya! Anak Herbalife gitu..hahaha

 *mr.debot yg sgt cool

 
 *riuh rendah 'Keluarga Black & White
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
dan

Selamat Hari Raya 2012 dari kami!!
From left - Thaqif, Izzati, Ajmal Ariff, Iskandar

*oh, si Double A first time beraya bersama2...jadi macam takut2 sikit...sebab tu ala2 nangis..hahaha



Best regards,
Izzati Iskandar

1st Macau Trip : 2nd Hong Kong Trip

Salam sihat & ceria....

Wahhhh, bunyi macam BEST kan..hehehe...Macau+Hong Kong? serius,serius dan serius?? Yup dari 12/9 sampai 16/9 ni...HK dah de dalam bayang sebab dah penah jejak tapi Macau cam xleh nak imagine lagi.

1st time kami ke Macau, tp 2nd time kami ke HK!!

Hajat Mr.Buddy adalah untuk terjah Mongkok Market..wooohaaaaa..nak balas dendam..ye ah..nnti leh pow die  suh belanje yeaaaaay.


Accommodation kami kat The Venetian Macau Resort-Hotel  !!! sangat ohsem dan gojes..klik link tu okeh.

Nak FREE Vacation macam kami?? FREE?? FREE ?? ye Free atau PERCUMA..ok jgn lupe laju2 sms / PM kami ye...


Regards
Izzati Iskandar



Hadi :: Move to NEXT level!!

Salam sihat & ceria,

Wahhhh...dan sangat wahhhh.....nak wahhhh lapan ribu lapan kali wahhhh...knp? knp? dan knp?

Hadi nak jadi SUPERVISOR??? O.M.G = Oh Menarik Gile ... Oh hadi yang sangat ohsem dan cool..... Hadi dah turun 3kg..ape?? 3 kg ?? so Hadi terus nak jadi supervisor katanya. 


Ha anda pula bagaimana?? Adakah anda orang yang ::

  • nak SIHAT?
  • nak TURUN BERAT badan?
  • nak TAMBAH BERAT badan?
  • nak CERGAS?
  • nak CANTIK?
  • nak MENARIK?
  • nak GORGEOUS?
  • nak
  • nak
  • nak
  • nak
  • nak TAMBAH DUIT POKET juga?
Ok, sila tanya saya bagaimana..cepat..cepat..cepat..tanya terus atau SMS Mr.Buddy a.k.a Syed Muhamad Iskandar  laju-laju juga ye.


Best, best, best
Izzati Iskandar

Kempen Derma Darah Bukan.......

Salam Jumaat yang penuh baraqah semua,

Semalam unit tabung darah HoSHAS datang wat Kempen Derma Darah Bukan Derma Dara okeh!! Sila sebut dengan jelas & nyata.

Ramai opismate aku yg telah berhijrah kearah kebaikan (*alhamdulillah) telah bermurah hati menderma darah2 mereka (*sangat tersentuh jiwa aku konon2nye) kuikuikui.



*Borang register Lina konon2 nye.....ntah ikhlas ntah x Lina nak derme ni weh?? Owh ic kene block.. P&C.. umur pun cik Lina kita suh P& C kan..so kena lah bertindak mengikut arahan..hehe 


 * Oh diorang tengah busy isi borang...aku plak kene jadi makcik kamera..konon2 hari bersejarah nak diabadikan..hehehe 






* Tengok !! bertapa pemurahnye dan baik hatinya warga KMTPh. Berduyun2 & berebut2 nak derma darah. Memang terbaek la korang!!! hehehe


* Ohwh....jejaka2 konon2 idaman malaya yg x bape nak idaman sgt pun dah berhijrah byk wat kebaikan..Alhamdulillah.... same sibuk nak muncul dalam post aku ni..hahaha..#Taki & Kecik jgn marah wokeh..hahaha
  



* 2 pic kat atas ni mase sesi diorg test darah bagai semua. Staff HoSHAS yg x bape nak termasuk dlm kamera sgt.. #maaf bang...ade permintaan ckp xpayah sgt snap muka abg2 ni..nampak sipi2 pun dah ok..


* Oh..itu aku last2 sekali baru sempat interprem jugak..hahaha..itupun interprem ngan Lina... Ape? aku? Eh mesti lah nak derma jugak, tp setiap kali keikhlasan aku nak derma, diorg lak reject...bukan sebab TINGGI yg diorg reject k, tp sbb darah masin sikit katenye...hahaha


* Ni mmg sangat drama okeh pic ni....yg reality nye sikit je, yg lain semua D.R.A.M.A..hahahaha



* Cik Moni pun dengan bangga update status semalam....huhuhu 
#cik Moni ko jgn nak marah aku, aku print screen status ko..bangga sikit weh, pemes amos nnti. kire ko berbakti kepada rakyat Malaysia...siapa yg dapat darah cik Moni mmg abislah...

Ha, ape cite cik Lina?? mane pic die derma darah??owh sememang nye cik Lina kita mmg berDRAMA aje..hahaha..die mmg xleh derma atas sebab2 tertentu..xpasti katanya...so, impian tinggal angan2 jela cik Lina..hehehehe

So, aku petik ayat cik Moni, ha, anda pula bagaimana? Bila nak menyumbang bakti dengan menderma darah?



Love,
Izzati Iskandar



Backdated : Family Baru si Double A

Salam ceria & salam sihat semua...

3 4 bulan kebelakangan ni sangat lama x berblogging..hehehe...dalam pantang,susah la nak berblogging, nak update status bagai semua. Oh ada 'orang baru'??


Ye, kami ada family baru ye!! Harap maklum. Ni introduce story pasal "Double A" so malas nak cite panjang2 lagi dari A sampai Z tentang Double A lahir camne, next..next..post la baru cite pasal masuk labour room bagai semua..ini baru nak introduce our family member yang kiut-miut je dulu(*hehehe)

Oh, Double A stands for AJMAL ARIFF....ta daaaaaa




Syed Muhamad Ajmal Ariff B Syed Muhamad Iskandar
 D.O.B : 27 Mei 2012 
Venue : HoSHAS, Temerloh
Time : 4.06 a.m
Weight : 2.47 kg

Di hening pagi ahad yang nyaman







Double A adalah junior kepada Mr.Debot!!! 


Best regards,
Izzati Iskandar

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers