Name:
Phone no
Email Address:
Where Do You Live?
How Can We help You? Lose Weight
Gain weight
Improve Skin
Improve Health
Increase Energy
Nutrition For Pregnancy & Lactation
Earn Extra Income

This HTML form was created by Freedback.

ADS

Kenapa MEKAH istimewa?

Adaptasi/sumber dari Al-Islam,edisi September 2010

Ramai yang memberi alasan kenapa mereka mengunjungi Tanah Haram itu. Apa pun mengunjungi Kota Mekah tidak kira untuk beribadah atau melancong, ia amat digalakkan dalam ISLAM!!!


Pun begitu, bukan itu yang hendak di utara dan di bincangkan sebaliknya untuk mengupas pelbagai rahsia "mengapa ibadah haji di lakukan di Makkatul Mukarramah dan mengapa Kaabah ditetapkan sebagai kiblat bagi seluruh umat Islam di muka bumi ini", itu lah yang kita nak kupas serta bincangkan.

Jika didedahkan rahsia itu, nescaya kita akan rasa, "wah, alangkah bertuahnya diri kerana dipilih menjadi seorang Islam". Rahsia itu semua akan menyebabkan kita rasa betapa agungnya tuhan, indahnya Islam dan takut kepada-Nya.

So, kali ini aku dengan ilmu yang sedikit ini cuba untuk merungkaikan melalui pembacaan dan sumber2 info yang aku perolehi...(kalo salah harap perbetulkan dengan kadar segera, sebelum pahaman bercanggah!harap maklum ya)

Rahsia yang akan di ungkaikan ini adalah dibuktikan dengan sains. Setipa sesuatu yang ALLAH jadikan ada peneranganya dari segi sains yang menyebakan kita semakin kuat dan dekat pada-Nya.

Jesteru itu, bagi sesiapa yang ingin melangka ke Bumi Suci ALLAH, ambillah apa yang ingin disampaikan ini sebagai penambah atau pemangkin keyakinana serta iman di dada. Diperintahkan ibadah haji ke Mekkah bukan sekadar menjadi rukun Islam, tetapi wujud kesannya pada spiritual, kesihatan dan kehidupan seharian.

KENAPA MEKAH??

Ada sesuatu yang menarik tertarik yang perlu di kongsi bersama iaitu mengapa "Mekah dan Kaabah itu menjadi kiblat". Sebenarnya ia bukan sekadar arah kiblat ketika bersembahyang bagi umat Islam seluruh dunia tetapi lebih daripada itu. Ia menjadi lebih menarik kerana Allah telah menyatakan perihal Kaabah di dalam firmanNya, Surah Al-Ma'aidah, ayat 97 (cari/google la maknanya ya).

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh paling mudah sekali, tentu majoriti pakai Astro kan. Pastinya setiap Astro ada piring para bola untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelite. So, utk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah kiblat atau Kaabah. Kalau xpercya, cuba balik tengok balik piring Astro di rumah bumbung anda mengadap mana?

Kenapa begitu??? Mudah saja jawapannya kerana MEKAH adalah PUSAT BUMI. Sama ada percaya atau tidak jawapannya sudah ditemui sejak kali pertam Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Katanya ia telah dibuktikan secara sainstifik olek Armstrong semasa dalam perjalannya ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yg dipancar dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yg pelik dan mereka mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi bersifat infiniti (tidak berpenghujubg). Apabila Armstrong jejakkan kaki ke Marith, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat istimewa dan paling penting infiniti. Inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dan Kaabah di akhirat.


Bayangkan anda berada di kutub utara dan aku berada di kutub selatan, di tgh2 adalah zon keseimbagan magnet atau zon magntisme sifar dan itulah Mekah. Kalau nak dibuktikan boleh. Bawa kompas ke Kaabah dan anda akan dapati, jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini adalah bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua2 medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih panjang unur dan sihat.  Tekanan graviti yg tertumpu dikawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupyaan darah untuk membawa oksigen keseluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini. 

Tidak hairanlah orang tua yg tidak boleh berjalan menjadi sihat dan tidak boleh berjalan menjadi sihat dan boleh melakukan ibadah haji dan umrah dengan sempurna walau berasak dengan jemaah2 lain. Keadaan semula jadi Mekah yg menjadi pusat bumi itu, telah memberi tenaga luar biasa kepada tetamu-Nya semasa menunaikan amal ibadah disana.

Sudah jelas bukan, Mekah adalah tempat yg paling tinggi tekanan gravitinya. Sebab itulah air zam-zam tidak akan kering dan sentiasa membuak2 keluar. Kalau dikira, dari saiznya memang tidak masuk akal apabila ia boleh membekalkan air kepada berjuta2 umat Islam. Hanya kerana tekanan graviti yg kuat sahaja boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

 Kerana itulah dalam Islam, banyak perkara yang kita lakukan perlu mengadap kiblat. Misalnya menyembelih haiwan kene ngadap kiblat, kematian dan byk lagi kene mengadap kiblat. Hanya 1 je xboleh ngadap kiblat, iaitu ketika masuk tandas atau buang air!!!

Satu contoh terbaik kenapa sembelih kene mengadap kiblat? kerana menurut kajian, darah yg mengalir akan keluar sekali membawa toksid, racun, dan kolestrol. Hasilnya, daging akan menjadi manis dan sihat.

*kedudukan Mekah di tengah2 7 benua 

 

Melayu Gagah, Melayu Perkasa

Hebat tak tajuk entry kali ni?? So, Hari ini Melayu masih GAGAH ke? Melayu masih PERKASA ke? Melayu kah kita? so tepuk dada tanya lah hati masing2. Sebab isu ini sudah semestinya isu yang agak kesesitifan nya menyentuh banyak pihak, so saya xde la nak komen banyak just want to share with all of you guys.

Saje pagi2, bulan2 terakhir, atau saja nak refresh di akhir2 tahun 2010 sebelum ia menutup tirai yang mempunyai 1001 cerita suka duka. Jom kita cuba hayati dan layan lirik lagu ni:

 
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yg kecil,
Air mata darah,
Bercampur keringat
Bumi dipijak milik org.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri,

masa depan sungguh kelam..
kan lenyap peristiwa semalam..
bersatu lah hati,
bersama berbakti,
pulih kembali harga diri..

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara
 
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
 
*sila nyanyi dengan penuh semangat ya.
 
Ha, apa pulak motif IZZATI ISKANDAR kali ini?? 

Fuhh...apakah perasaan anda semua ketika menyanyikan lagu di atas?
 
So bg aku, lagu ini sgt sentimental dan membawa maksud yang sgt mendalam dlm diri aku. sebab nya mase aku di"orentasikan" masa mula2 aku masuk UiTM, Alor Gajah, Lendu, Melaka dulu, aku telah di sekolah kan dan telah di basuh dgn LAGU ini. Fuh setiap hari , setiap jam, setiap sesi kene menyanyikan lagu ni dengan semangat semasa "minggu mesra siswa" means minggu orentasi la. Fuhhh, sampai aku dah terbawa2 n mengigau2 dalam tido daa....

Selain dan di samping itu, kerana apa aku tidak boleh berenggang dengan lagu ini? antara sebab nya mesti lah aku telah disekolahkan masa MMS di uitm dulu. Yang ke-2 nye, sbb Mr.Buddy aku a.k.a Syed Muhamad Iskandar merangkap "pemandu peribadi" aku seumur hidup adalah "org kuat BTN"..hohohoho..so sesiapa yg pernah gi BTN mesti akan menyanyikan lagu ni kan???

Hahahaha....tapi serius cakap, aku memang tabik spring kepada yg mencipta lirik lagu ni, sebab die boleh membuat aku ter'touching' dan rasa macam semangat MELAYU aku terus naik tahap impak maksima.

Apakah sumbangan anda di dalam MELAYU?

Oh, kalo tanya pasal sumbangan aku, sebesar zarah pon xde. Yela, aku mane pandai cari2 peluang untuk bergiat lebih2, takut di salah ertikan. Tapi, semasa di KAMPUS ALOR GAJAH dulu, antara sumbangan kecil pada BANGSA MELAYU yg pernah aku buat adalah mempertahankan UiTM dari di buka kepada bangsa lain. BUkan la aku pi menentang bagai, aku yg wat macam2, tapi aku telah joint DEMONSTRASI atau piket (ntah aku pon xtau ape nama nya) secara aman di dalam UiTM itu menentang kemasukan bangsa lain ke dalam UiTM.

Sangat kecik kot sumbangan aku tu.....or itu tidak dipanggil sumbangan pon..ape pon, aku tetap ingin berbakti pada bangsa dengan pertahan MELAYU KITA...

Aku pon xtau secara specifiknya, just aku dapat input ni dari seorang lecturer aku mase aku studi. itupon baru2 ni aku dapat input ni. Aku try search and google tapi mc  xbape nak jumpa jek....so, aku still cari lagi.mungkin aku salah taip maklumat ke ape ke..hahaha..

Aku xtau samaada maklumat aku  ni betol ke x. Tapi yg aku tau untuk ORANG MELAYU wujudkan UiTM, org MELAYU terpaksa korbankan beberapa ribu kerakyatan pada masa itu (mase tu xdipanggil uitm lagi) so, kita dah berkorban benda yg penting utk tubuhkan khas bagi anak ORANG MELAYU, jadi kenapa kita nak sia2 kan pengorbanan itu??? kenapa kita nak sokong kemasukan org luar/bangsa lain kerana kita dah berkorban!! bukan saja2...(wah sorri semua teremosi pulak..........)

Kita bukannya dapat UiTM itu free2 jek sebab kita golongan majoriti, tapi kita bayar HARGA UiTM itu dengan pengorbanan!! So, sedarlah wahai anak MELAYU, jika sesiapa yg menyokong uitm itu dibuka pada org luar. Itu sebab aku terus2 jek volunteer mase sertai demonstratsi secara aman. MAse itu mmg best sgt, sebab aku rasa bangga jadi ANAK MELAYU yang pertahankan BANGSA MELAYU. So, antara pic aku mase sertai demonstratsi pada tahun 2008





Ini lah antara sumbangan kecil aku dalam BANGSA MELAYU semasa mempertahankan HAK ORANG MELAYU!!!
HIDUP MELAYU!

Lots of Love
Izzati ISkandar

I'm Falling in Love with cik dot..dot..

Wah, wah, wah...i'm falling in LOVE gitu ye..hahahahahahahahaha

Macam xcukup pulak masa time ber'cintan' beruk dulu..Huh, bukan apa, tiba2 macam nak kongsi apa yang aku rasa masa aku agak terjatuh cinta dengan-nya..by the way, remember, cinta yang hakiki hanya pada-Nya ye..so ini cinta yang sampingan2 sahaja, cinta yang fana' bermakna cinta yang xkan kekal la maksudnya tu..wah..wah.wah.. aku dah pandai bermadah pujangga weh.

Okeh, back on the track..so cinta apa ya?? Mesti la cinta baru aku.....

Wah macam xsabar2 kan korang nak baca episod seterusnya. So for you guys info, i jatuh cinta pada scarf or shawl or selendang...huhuhu..that's my new love..
Macam betol2 falling in love la pulak, sebab aku dah termula suka memakainya, aku dah suka menggayakannya kerana ada seseorang telah memberitahuku bahawa org yang memakai hijab/tudung/seumpama nya kini telah mula diterima ramai dan untuk memberi penampilan yang istimewa kene lah berani menggayakan nya. so u're be a leader and others will follow u....

Ni statement from somebody yang menyebabkan aku bersemangat utk terus memperjuangkan kemuslimahan aku sebagai seorang muslimah yang sejati...(amin...)

Paling yang aku tersangat jatuh cinta adalah pada materials yang berasaakan cotton. Sebelom ni aku hanya suka untuk memakai tudung jenis 'lycra'. senang, mudah dan cepat.

Tapi, kenapa pula beralih arah kepada shawl???

Kenapa ya?kerana lycra haruslah mengiron nye atau kene menjaga kepala tudung itu sendiri. Ia adalah salah satu syarat wajib yg terpakse aku ketepikan kerana aku adalah seorang insan yg sgt suke travel, jadi secara automatiknya, penjagaan kepala itu adalah melanggar syarat..arghhhhhh....

Kalau kita compare kan melalui shawls, ia agak senang di lipat, dibungkus, dan di gulung2kan mengikut citarasa sendiri....best.best.best...hahahahaha

So, pasni kalo gi jalan jauh or mane2 xperlu la risau akan kehancuran kepala nya itu.

Tetapi, diingatkan, bukannya aku membenci atau menidakkan kemudaha tudung sarung, aku masih lagi memakainya cuma kasih syg nya sedikit berubah la dah...... tapi hanya shawl COTTON ye, yang lain aku xpernah lagi cuba, nanti dah cuba aku updatekan keserasiannya.. dan mengikut pandangan Mr.Buddy ku yang tersayang, aku agak cool+cute memaikai nya..ahahks, aku memuji diri sendiri jela..memandangkan die kan suami aku, so aku rase mcm die nak jaga hati kot..hahahahaha

Whatever la, janji keselesaan menjadi peneman ku kerana, menutup aurat adalah wajib, so kewajipan itu yg penting.


So inilah antara pic aku memakai "selendang COTTON" yang sgt istimewa kerana aku rase selesa dan...aduh bape byk dan daaaaa... ditambah dgn aksesori iaitu "inner neck" yang sgt cantik, bergaya dan harge pon agak bergaya..hahahahaha.....inner neck yg best..betol2 aku rase mcm nak pakai je selendang selalu.senang, kerana dalam kete pon boleh wat, xpayah pin2..serabut.

So, kalau pic aku yang xcantik ini menjemukan mata sesiapa atau mengundang kemarahan yg maksima kepada sesiapa, harap dimaafi ye....






Okeh, semua pic di atas adalah selendang cotton yang sgt sejuk dan menarik hati pada pandangan aku. So kalo nak dapatkannya, sila lah ke blog http://annurrizqy.blogspot.com/. tanye2 lah disitu ye..hehehehe

Maaf la teriklan plak ye, tapi serius mmg selendang ni best, sebab nye, macam2 bentuk aku boleh gayakan nya...betol xtipu.....tgk pic yg lain ye


Dan yg hitam atas kepala yg aku pakai itu adalah inner neck yg sgt selesa..huhuhuhu....so utk muka aku yg xcantik ni, boleh la nak cube2 pakai syiria ke shawls ke memandangkan inner neck ini membantu membentuk muka aku kepada sangat sesuai rasanya memakai selendang..hahahahaha



Ha, ini la inner neck nye...pada aku sgt 2 la comfirtable ye...tahnks to kimi mclaren coz yang menjualkan kepada aku..hahahaha


So, tamat la cite falling in love with selendang........


Lots of Love
Izzati Iskandar

Heroes VS Badminton

Mesti semua orang tertanye2, berthinking ape yg aku thingking kan pasal 2 benda yg macam xde relations je kan. Yela HEROES and BADMINTON..benda yg jauh panggang dari api la boleh dikatakan..hahaha

Actually, this entry is for sure la for my darling sweetheart punye story. Heroes stand for my two heroes in my life which is My MR.DEBOT a.k.a Syed Thaqif Dinzly and My MR.BUDDY a.k.a Syed Muhamad Iskandar. So, ape kene mengena kan Badminton plak? 

Okeh mari i buat penerangan ringkas , Badminton is my Buddy's favorite game. He is totally admire with this game. He is one of the fanatic about this activities, so Mr.Buddy kate, one day, he will trained my only son (sebab baru ade sorg anak kan..hehehe) to be a famous amos badminton player... so , we will see if one day all Malaysian can hear SYED THAQIF in badminton arena or not...hahahaha (kalo ada yang hope Malay person will conquer this arena, hopefully will support SYED THAQIF ya)

So sorry, terinterprem la plak pasal Mr.Debot tu...

Guys, let me introduce you all style My Mr.Buddy mase involved dlm the latest game ye


Okeh, guys ni la my Mr.Buddy i yang penuh dengan semangat kesukanan die..huhu.... Gaya xboleh blah kan, kalah Chong Wei kalo bertanding dari segi gaya..hahahahah.

Then, i nak compare plak dgn my Mr.Debot, yang mana tingkah lakunya telah di pengaruhi oleh Mr.Babah nya...so die pon ade style yang agak sukar utk aku translate kan..ye la si budak kecik kot, xtau ape yang bermain dalam pikiran nya.hahahaha.....


Ni la Mr.Debot...

Die tgh spot check padang kot mase ni..nak tgk ade leakage kat mane2 kew... ni la nama nya "style anak & bapak dalam games yang sama"..fuhh cik thaqif ni mmg di pengaruhi oleh bapak nya la.

Cube la tgk racket die carry tuh....babah nya sangat la exited untuk mencari racket utk die main dlm arena ni..pergghhhh, mmg tabik spring la sebab berusaha untuk trained anak nya. So "we wait and see" another 20 years whether you alls akan mengenali SYED THAQIF or not...

So, as a conclusion, this is my two heroes cum my sweetheart  sangat la dipengerahui antara satu sama lain. Mereka adalah org2 yg berada dalam kedudukan hati saya dengan kedudukan tangga paling teratas, so walau sape pon mereka, saya tetap menyokong mereka dengan semangat yg jitu...hahahahaha....Lantak la sape2 nak kate mereka. Janji ape yg saya nak beritahu ini adalah sukan kegemaran mereka, dan secara otometik nye saya adalah supporter terkuat di sebalik tabir..hahahaha



Lots of Love from
Ummi Thaqif
a.k.a Izzati Iskandar

Tanggungjawab SUAMI memimpin dan mendidik


Sempena dihujung2 tahun ni, yela tahun baru dah nak menjelma kan xlama lagi. Suka saya mengingatkan diri sendiri dan yang lain2. Kira2 lebih kurang ber'tazkirah' la ni....lebih kepada mengingati diri sendiri...yela, tahun baru dah nak masuk, maka mesti ada azam baru kan??

S.U.A.M.I?
Apakah yang dimaksudkan dengan suami??

Pada diri aku, suami bukan sahaja sebagai peneman hidup atau pasangan hidup kita yang telah diciptakan oleh ALLAH, malahan suami ini sebagai sebagai tempat kita berteduh, pemangkin semangat untuk diri aku dan keluarga. Pada aku kasih sayang hanya sebahagian saja unsur2 yang diperlukan dalam mengekalkan hubungan dan ikatan antara suami isteri, selebihnya sikap toleransi, hormay menghormati dan kepercayaan adalah antara penyumbang ke arah keserasian hidup bersama. (wah, aku dah boleh ganti ustazah bai'yah la plak)

Tapi, itu pendapat aku je, sebab mind set setiap individu, setiap kita-kita ni berbeza, so output pada soalan yang aku tujukan for sure la berbeza-beza.

So, aku teruskan dengan topik yang berkaitan dengan 'Tanggungjwab sang suami'.

Dalam konteks perkahwinan serta institusi kekeluargaan, suami of course la selaku ketua atau pemimpin atau nakhoda kapal layar walaupun si suami ini tidak berupaya menjalankan tanggungjwab mencari nafkah mungkin kerana faktor kesihatan dan sebagainya. So, si isterihanyalah mengambil alih peranan bagi pihak si suami namun tanggunjawab meminpin tetap di bahu si suami. Ingat ya wahai kaum2 suami!!!

Allah juga meletakkan kedudukan yang istimewa sebagai seorang yang bergelar suami namun, tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas isteri, seperti melakukan penderaan fizikal dan mental yang selalu kita duk baca kat paper and dengar kat tv. 

Banyak kisah2 yang kita dgr yang sering menakutkan kita...terutama nya kaum isteri la....yela, ade plak ke tenaga si isteri mcm tenaga jantan??? Macam kes laki yg kaki judi naik berang kerana isteri enggan melakukan hubungan seks dengan nya sehingga menyimbah asid ke muka si isteri..nauzubillah.

Jesteru, di manakah selayaknya seorang suami harus memainkan peranan sebagai pemimpin atau ketua keluarga? Sepatut dan seharusnya, seorang suami bukan sahaja pencari nafkah, tetapi berkewajipan membimbing si isteri agar sentiasa berada di landasan keretapi sebenar, sesuai dengan matlamat perkahwinan.


NUSYUZ, MEMUKUL ISTERI DALAM ISLAM

Wanita dibekalkan dengan 9 nafsu dan akal, berbeza dengan lelaki yang mana satu nafsu 9 akal. Tetapi bagi wanita, nafsu itu bukan lah hanya untuk seks semata2 tetapi ke arah boros berbelanja, ingin cantik, pemarah, sensitif dan sebagainya. Atas dasar itulah wanita perlu dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak mengikut mengikut perasaan semata-mata, namum Islam tidak membenarkan kekerasan sehingga mencederakan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jangan kalian pukul kaum perempuan!" Dalam hadis yang lain, ada juga menjelaskan bahawa, sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik kepada isterinya.

Bagaimanapun, orang selalu menyalah anggap konsep memukul. Terutamanya kaum suami. Dalam Quran mengajar suami memukul isteri dengan syarat telah menggunakan syarat 1 dan 2 iaitu nasihat scara baik dan pisah tempat tidur. Pukul pula, tidak boleh memukul bahagian muka dan tidak boleh menyakitkan atau meninggalkan bekas, tidak sampai tulang rekat dan tidak pada bahagian tubuh yang berbahaya jika terkena pukulan.


Maka, renung2 kan lah wahai sang suami....selamat beramal



Jadikan perkahwinan adalah satu hubungan yang boleh memberi pengajaran dan ikutan yang terbaik serta dijadikan contoh untuk anak2 pada generasi akan datang.


Love with Glow
izzatiiskandar

Siapa itu ISTERI

KISAH HAWA DICIPTA

isteri

Kewujudan isteri, iaitu perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seorang lelaki bermula dari kisah Nabi Adam a.s. Baginda walaupun menikmati kehidupan dan kesenangan tak terhingg di dalam syurga, namun hatinya tetap resah dan gelisah dan sering kesepian.

Kadang kala datang rindunya, baginda turun ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengar burung2 menyanyi besahut-sahutan. Namun, apakan daya, ianya masih tidak dapat mengubati kesepian Nabi Adam a.s, tetapi baginda malu untuk mengadu pada ALLAH SWT.

Walaupun baginda malu untuk memberitahu, namum ALLAH SWT maha mengetahui dan maha melihat apa yang tersembunyi di kalbu hambaNya, maka bagi mengusir kesunyian Nabi Allah Adam a.s, diciptakan Hawa untuk baginda.

Nah, sapa kata "no woman, no cry".....ceh, falsampah mana la ni kan... so ladies, we should proud to be yourself as a woman or in the specific word is to be a wife!!(for sure la legal wife ye)

Ketika Adan a.s tertidur nyenyak, ALLAH SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kirinya. Bagai dibius, baginda tidak berasa apa-apa.

Kudrat Illahi menghendakan terjadinya sesuatu hanya cukup berkata "kun" maka terciptalah HAWA dari tulang rusuk Adam a.s sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat bergurau-senda.

(oh..semestinya IZZATI diejadikan dari tulang rusuk kiri SYED MUHAMAD ISKANDAR, means mestilah IZZATI pelengkap pada insan yang bernama SYED MUHAMAD ISKANDAR...ceh, ceh, ter'inter-prem' plak aku nye modal iklan kat sini)

Sebaik terjaga dari tidurnya, Adam a.s terkejut kerana mendapati seorang jelita berada beberapa langkah dihadapannya. Maka bertanya la Adam a.s kepada Hawa dari manakah datang gerangannya. Hawa menjawab, 'Aku Hawa, datang dari Pencipta(ALLAH)....' Adam a.s melanggkah mendatangi Hawa, maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Tatkala tiba dihadapan Hawa, Adam a.s ingin menghulurkan tangannya, terdengarlah seruan: "Hai Adam..tahanlah dirimu, pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!"

Melalui pernikahan, Adam tidak lagi sunyi di dalam syurga. Itulah percintaan dan pernikahan pertama dalam sejarah umat manusia, dan berlangsung di dalm syurga yang penuh nikmat.

(melalui kisah & sirah nabi kat atas je aku dah terpikir dan terdetik, pasangan pertama dalam dunia adalah Adam dan Hawa, macam manalah otak kita boleh dijajah dan ditakluk oleh kuasa barat yang mengatakan sejarah peradaban manusia melalui orang gua, Neolitik, Paleolitik, blah..blah..apekejadah nya lagi xtau la...sudah terang lagi bersuluh kot, pasangan pertama manusia....)

Sayang ISTERI tangan-tangan


Tajuk & isu yang agak sensitif kot rasanya. Apa pun, isu yang 'universal', memberi gambaran dan maksud yang luas terhadap seseorang individu itu. Maka, berfikir dan fahamilah secara rasionalnya.

Artikel yang diadaptasi dari sinarharian.com (jumaat,30/04/2010)

Biasa kita dengar perumpamaan "sayang anak pukul-pukulkan, sayang isteri tinggal-tinggalkan" Namun dalam konteks perkahwinan hari ni, dengan pelbagai halangan dan pancaroba yang dihadapi pasangan, isteri juga memerlukan 'treatment' sama macam anak-anak.

Wah, macam menakutkan je statement ni kan...aku yang bertindak sebagai seorg isteri yang baik dan mithali sejati pon takut gak dengar tazkirah ni..huhuhu...mula la berpikir2 negetif tahap gaban impak maksima, ye la mana tau esok lebam mata, lusa koyak telinga, tulat tercabut hidung.Uishh xsampai setahun penuh plak tanah perkuburan..stop bab2 mengarut ni..mohon maaf ye, kite sambung semula ya

Kaum isteri ni perlu 'ditangan-tangankan' agar tidak tersasar dari landasan dan matlamat perkahwinan itu sendiri. Walaubagaimanapun, perlu diingat kan bahawa "sang suami", tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa mereka! disini nak di tegaskan sekali lagi. Suami TIDAK seharusnya MENYALAHGUNAKAN kuasa ya, apatah lagi MENGAMBIL KESEMPATAN atas KEKURANGAN ISTERI kerana "sebaik-baik kesenangan itu ialah seorang isteri (wanita) solehah"

to be continued...

Majlis Aqiqah S.T.D.S.M.I

Just want to recap Majlis Aqiqah Syed Thaqif Dinzly bin Syed Muhamad Iskandar on 12 June 2010.

Majlis aqiqah ni sebenarnye dan sepatutnye nak buat mase si Mr.debot ni umur nye around 3 or 4 years months, walaubagaimanapun or akan tetapi...terpakse di tunda siarannya pada bulan 6 kira-kira umur si Debot lebih kurang 8 bulan sebab nak wat sekali ngan cousinnye Mohamad Iman yang akan pulang dari Penang. Kire Mak Dee nak joint venture la sekali harung.. jimat kos..ngeh,ngeh..

Memandang kan si Debot akan ber'qiqah' dgn orang lain, al-kisah nya perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 2 ekor kandang kambing sebagai bahan dan ramuan utamanya. Mak aii...punya lah susah nak pi cari cik kambing ni... sian my darling sweetheart Mr.Buddy, lebih seminggu la gak pi cari cik kambing nih... Yela, anak jantan abahkan, keutamaan diberi..huhuhuhu

Setelah berhempas pulas, sekerah tenaga+usaha+takwa+mulia maka, akhirnya jumpalah rupa paras kambing yang akan di qiqahkan nanti untuk anakanda ku Mr.Debot & cousinnya.



Yang mana 1 Mr.Debot punye??? Ntah?aku sendiri pon xtau la plak..hahaha

Pe pun, majlis berjalan dengan meriah+tenang+best+nyaman sekali..hahaha.. kerana lauk pauk kami yang sedap itu mesti la chef yg paling best masak. Kami memang telah dikurniakan anugerah yg ternilai dan beharga kerana mempunyai "family chef" yang tersendiri iaitu "ayah andak" merangkap, suami pada dewina, ayah pada syirah dan cikgu otai sekolah J18..hahaha.. biasa la kalau de ape2 kenduri ke function ke dalam family, die memang secara otometik jadi chef utama.

1

2

3

4

5


Pictures kat atas ni semua aktiviti & agenda-agenda yang berlangsung secara langsung ataupun tidak pada hari berkenaan. Walaupun cuaca yg begitu dan sgt terik, tetamu yg datang tetap best & sproting termasuk la tuan rumah... hehehe

Oh ya, guys let me explain a little bit of pics kat atas ni

Picture 1: Ini lah rupa parasnya khemah untuk tutup panas tetamu yg datang. yela, bukan lak nak makan atas padang plak kan.

Picture 2 & 3 : Ni la sukarelawan yang xberapa suka..hahaha ataupun dengan perkataan lain, abg2 catering pada hari ni. 

Picture 4 & 5 : Alhamdulillah walaupun mase ni berbondong2 kenduri kat umah org lain, yela sebab cuti sekolah kan, maka ramailah yg wat kenduri kahwin semestinya, tapi kunjungan tetamu yg dijemput, tetap dtg bagi support kot kat Mr.Debot especially nya...huhuhu



Aikk, pic aku pon terkena snap gak..hahaha.. yela nama pon kenduri anak kot, maka dengan seikhlas hati pon kene wat keje banyak berbanding dgn org lain.. mmg nampak je macam sibuk kan... wat2 sibuk je sebenarnya....

Mr.Treller yang hampeh

09/12/2010, khamis 7.50a.m

wah..wah..pagi yang agak geram hari ni... yela macam mana aku tak geram dan emo melampau batas, dah la aku lambat tahap gaban, boleh plak die main2 ngan aku.


Apesal IZZATI ISKANDAR ter'emosional' pagi khamis yang mulia ini?
a) terlambat
b) bergaduh
c) terlapar
d) tiada satu pun di atas

*teeeeet.. jawapan nya semestinya lah D for Dodol

Memang tak de satu pun di atas sebab ni kan kisah Mr.Treller yang hampes..so mestilah berkaitan treller.Treller yang panjang nak mampus tu menyebabkan keceriaan pagi khamis ku ini tercalar..hahaha
Al-kisah nya macam ni, aku keluar dari Chenor, Maran, Pahang jam 7.28 a.m untuk ke tempat kerje ku di Bandar Pusat Jengka yang mana jaraknya lebih kurang 25km. Tengok2, plak minyak dah E, ceh, terpakse la singgah sebentar di petronas Kg.Awah. Adushhh, terlewat la lagi...

Dengan berhemahnya aku pon teruskan pemanduan aku menaiki Lamborghini ku. Agak2 sampai di jengka 19, aku terfollow la lori treller yang panjang..nak memotong, die macam tau2 jek aku nak potong, so die pon laju.mentang2 la die xberat, so die dengan berlagaknya memecut laju jugak.. mungkin tercabar disebabkan Lamborghini ada kat belakang die kot.

Ni la Mr.Treller yang hampes itu






Ha ni lah die paras rupa nya Mr.Treller yang hangit di perkatakan di atas. Opps termasuk plak pic wiper Lamborghini aku nih. Sorry ye, coz i interprem my Lamborghini's wiper... jgn marah...
So, aku terus la follow and follow jela tanpa rasa ape2, niat dihati memang nak memotong, sebab mcm die ni main2 kan aku jek.. Tercabar dan trbakar jugakla isi hati aku nih kerana jam sudah menunjukkan masa untuk memotong telah tiba, berikutan waktu untuk me'manch' kad sudah hampir sampai dipenghujung waktu hidupnya.

"Ah, ini x boley jadik ni, by hook or by crook, aku kene dan mesti memotong la", kata hatiku.

Yang menjadi masalah nye, seperti di atas2 tadi, bile tibe time Lamborghini aku nak potong or dalam bahasa orang putih, "cut the lorry", die pon nak memotong jugak kenderaan di depannya. Dah la die gedabak besar, memotong plak makhluk yang separuh besar dari diri die iaitu lori angkut sawit. Adoyai treller ni sudah menjadikan kesabaranku berada di tahap paling maksima.

Dan-dan juga Lamborghini ku nak memecut serta memberi signal, die pon dan-dan tu jugak memotong. Masyaallah, si Mr.Treller yang hampes ni, memang nak kene renjis dengan Lamborghini aku nih. 

Yang menarik dan tertarik untuk aku men'snap' pic ni, wah, tengah memandu pon boleh snap ye. (amaran, jangan melakukannya di rumah, hanya yang professional sahaja boleh melakukannya) cehhhwahhh kire macam aku ni pro la plak.. uweeekk jgn marah la guys, sebab i announced myself as a professional.

Si Mr.Treller ni boleh memotong si lembab lori angkut sawit tu. Itu xde lah menjadi kesalahan kan kalo di ikutkan sebab si lori angkut sawit ni dah memang lembab, tetapi.....

Die nak juga memotong walaupun si lori lembab itu telah memberi isyarat kanan yang membawa maksud xboleh memotong kerana ada kenderaan di arus bertentangan dihadapan....

Ini lah rupanya cara memotong Mr.Treller yang hampes itu


Nampak kan signal dari lori angkut sawit tu?? mmg kalo tengok2 dari mata kasar, tiada kereta di hadapan, tapi sebenarnya ada. Sebab kereta sana sangat laju, dan Mr.Treller ni pon bukan la ade turbo untuk men'turbo'kan diri nya memotong dgn lebih pikap.

Aku hanya menggelengkan aje kepala ku ini. Dan seterusnya, giliran Lamborghini aku memotong lori sawit itu serta Mr.Treller yang hampes itu. Aku renjis sikit la kat die bagi die hangin sikit..hahaha

Kesimpulannya, aku sampai ke pejabat dengan kelewatan 2 minit.. Maka, merah la kedatangan aku...hahahaha


*p/s : saja nak show off ni, pic yang di ambil di atas adalah menggunakan  nokia N8 yang aku beli baru-baru ini. tak de editing langsung ye harap maklum. walaupun tengah memandu, tiada gegaran langsung untuk pic yang aku ambil..


*p/s: Kepada k.nini, ni la hasil menggunakan nokia N8 yang mana camera nya 12.1 megapixel

Nokia N8 - review, price, specifications

Nokia N8 - review, price, specifications

Ni la keistimewaan N8 pada pandangan mata kasar aku. so anyone yang nak wat argument, sila mengutarkan pandangan anda tentang N8, dan aku bersama boypren yang ku cin tercinta selaku N8 user tetap menentang mana2 artikle yang memesongkan akidah pandangan orang lain mengenai N8!!! kami tetap menyokong N8 (sebab kami masih lagi memaikainya, mungkin bile dah nak tukar nanti, pandangan pon bertukar kot).... ngeh, ngeh, ngeh

* Oppppsss lupe plak nak mention, sila klik pada link kat atas tu untuk ke laman sesawang labah-labah yang menerangkan spesifikasinya, harganya, dan berbagai2 nya lah

Berfikir Sejenak

 

 

 

 

 

TAZKIRAH: TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Cuba hayati teka-teki ini


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.

Renung-renungkan dan selamat beramal

My New Friend "Miss Nokia N8"

Hi semua,

Semalam, (05 Dec 2010) kami se'family' cadang-cadang nak pi kuantan sbb nak pi wat BBQ, memandangkan akak ipar yg kat penang tu ada balik untuk lebih kurang 1minggu, so akak iparku yg di kuantan ajak la wat bakar-bakar ikan la katanya. (konon-konon la)

Sesampai kat kuantan, si 'my boypren' a.k.a mr.Buddy pon suggest kan kat diri aku..katanya nk pi survey2 'talipon tangan'

Aku pon ter'excited' la nak pi memandangkan duit yang setengah kembung dalam wallet aku ni menari-nari nak keluar. syaitan pulak datang berbondong-bondong menggoda aku suh pi membazir. Pada perancangan awal nya aku berhajat nak memiliki "BabyBlack" sebab aku ni suka beremail, byk benda la yg seangkatan nya untuk aku menjalankan kerja2 yg sewaktu dengannya. Plus "BabyBlack: ni macam ade style kan,


sekali tengok memamng la tersangat la smart kan, kan dah kata.....herge pon boleh tahan smart gak. rata2 area RM1500 - Rm1700..fuyooo.....macam gaji aku rm10,000 plak nafsu nak pakai ini talipon tangan..

Pasal "BabyBlack" ni kite tolak tepi dulu la sebab nya, yang menjadi masalah nye 'my boypren' ni minat kat "mr.I" a.k.a iPhone...yang menjadi bosan nya, iPhone yang penciptanya si America ni bukan la best mana pon, setakat wat propaganda je 'mat2 saleh hampeh' ni. Style and gaye mmg superb habis, tu sebab 'my boypren', tido siang malam duk teringat kat "mr.I" ni...


memang cita rase 'boypren' aku ni mcm jerung la...nak habuan yg besor2 je kan..cube tgk, style and design mmg superb, harge pon lebih kurang gak around RM1500-RM1700 tapi itu second-hand. Yang original or new set lebih kurang RM2300..mak aii dah boleh beli rantai emas labuh 916 labuh dah..iPhone 3Gs ni lebih kurang same je mcm iP4 tapi cume xde video call 3G je...

Fikir punye fikir, memandangkan keburukan nya lebih banyak berbanding kebaikannya (ini org kedai yg kate la, biasa la si cina kedai tu mmg suka kate mcm2 barang yg kita mint..kitorg pon mmg cepat terpengaruh..hahahaha..sbb aku mmg gile gadget, si 'boypren' aku pon 2x5 jek). Kami suh mamat kedai ni decide kan. So, finally kami dah sepakat dan kerjasam, sebab kami kan adalah terikut2 si kartun 'wonderpets' tu, then kami decide nak features yang ;

1. speed laju
2. latest sekali (lebih ke arah show off sikit la..hahaha)
3. memory besor
4. boleh 3G (sebab kami suke gaduh2 manje, so kami nakberbaik2..ngehngeh)
5. wifi,blah........dan lain2

hasil nya, kami dengan sepakat membawa berkat, maka terbeli lah ini


NOKIA N8

yang mana antara kelebihan nya (yang dikatekan oleh si mamat tu la)

1. boleh connect terus ke 'home theater'
2. screen LED
3. live TV3, 8TV, CNN, NATIONAL GEOG
4. dan lain2 kelebihan yang ntah ape2 lagi

Total harge dan duit kami terbang pada 1 hari itu sahaja lebih kurang RM3,400. sebuah beherge RM1700 x 2..tapi kami trade in la dgn hp lame kami..xkan plak nak pakai byk2 hp..ingat kami tokey minyak nak pakai byk2 hp...tapi berapa sangat la harge hp buruk kami ni..huhuhu




Nak tau berapa je die amik hp2 kami yang sangat canggih dah superb ni..hahaha hanya RM600++ jek....haiya..

So, kesimpulan nye kami hanye membayar lebih kurang RM2,850 uwaaaaa...
melayang macam tu jek duit kan.. sungguh membazir!!! tapi kami pulang dgn hati yang sedikit gembira la...

Oh, lupe pulak, si debot kami pon ikot gak, hahahah tapi kesian kat die, xpasal2 terpakse terheret duk kat kedai phone berjam2 untuk menemani mak n bapak nye yg menghabiskan duit je keje nye..sampai tertido kat atas babah die jek..sian sangat2 kat anakandaku ini.

WHAT and WHY


From left : Me, Mr.Debot and Mr.Buddy
WHAT and WHY

SYED MUHAMAD ISKANDAR : cool, generous

SYED THAQIF DINZLY : my strength

MARRIED : sharing, loving & caring

VIOS : saving

CCK8587 : awesome

TRAVEL : experience

MECCA (MEKAH) : holy & dream place

VANICE : romantic place in the world

8 & 7 : unique number, year of birth

BUSINESS : money, money, money

IZHAM & IZWAN : my dearest siblings

UITM : education place! love it

CHENOR : current place where I stay now

GOMBAK : birth & grow up place

BLACK, WHITE & RED : i think, this is my favorite colour kot

IZZATI dan ISKANDAR

Daisypath Anniversary tickers